Posts

Showing posts with the label Motivasi Diri

Doakan Secara Berdepan

Alhamdulillah...syukur kerana masih mampu menulis di sini. Kali ini saya berminat untuk berkongsi satu cara yang amat elok, yang sentiasa diamalkan oleh rakan-rakan Arab, iaitu doakan rakan secara berdepan serta mengaminkan bersama-sama. Bagi saya, itu adalah satu cara yang elok serta membahagiakan hati orang yang mendengarnya. Amalan ini adalah biasa dikalangan orang-orang Arab, tetapi amat jarang ditemui dalam masyarakat kita, sehinggakan saya terasa seolah-olah begitu berat untuk menuturkannya. Sebenarnya ia akan menjadi mudah jika kita melatih tabiat ini semenjak kecil, kerana ia adalah di antara perkataan asas dalam pertuturan. Doa-doa ini boleh digunakan dalam bahasa kita, selagi ia mampu difahami orang yang mendengarnya. Saya dapat bayangkan betapa gembiranya insan yang berkomunikasi dengan kita, bila ungkapan kita sentiasa diselitkan dengan doa-doa yang indah. Kita boleh melatih anak-anak kita menggunakannya, menggantikan perkataan-perkataan kasar yang boleh mengguris ...

Bergaya didalam Rumah

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita masih mampu bernafas serta melakukan aktiviti sehari-hari. Bila melayari internet terdapat pelbagai website yang mempromosi jualan pakaian wanita. Pelbagai corak dan warna disediakan untuk kita tampil bergaya diluar rumah agar nampak cantik pada pandangan masyarakat. Apakah pula penampilan kita semasa dirumah? Apakah secantik penampilan diluar atau ala kadar? Kadang-kadang kita terlalu ingin orang luar tertarik dengan gaya dan fesyen pakaian kita, sehingga melupakan insan terdekat dengan kita. Sepanjang bergaul dengan wanita Arab, saya melihat satu perbezaan ketara dengan cara kita. Bila diluar rumah, mereka cuma memakai abaya hitam dan tudung hitam tetapi bila berada dirumah mereka begitu bergaya, mengenakan pelbagai jenis pakaian yang cantik. Alhamdulillah masih begitu ramai yang mempraktikkan cara terbaik untuk wanita berpakaian. Ketika berada dirumah, wanita bebas memakai apa saja menurut keinginan hati mereka, tanpa perlu memi...

Indahnya Memberi

Alhamdulillah...   Surirumah sepenuh masa sebenarnya mempunyai masa yang agak terluang jika dibandingkan dengan surirumah yang bekerja, jika masa kita diurus dengan teliti dan teratur.   Oleh itu bersyukurlah serta carilah peluang untuk memberi sumbangan kepada masyarakat yang lebih besar, kerana di situ letaknya keindahan hidup kita. Janganlah kita menyempitkan hidup dengan hanya melihat anak-anak dan suami sahaja.   Mungkin ada yang menganggap bahawa 'aku dah ada pelbagai tugasan dirumah yang tak habis-habis, buat apa keluar membantu orang lain!'   Yakinlah bahawa kita akan dapat kekuatan bila kita mendedahkan diri kepada aktiviti-aktiviti diluar rumah, paling kurang sekali seminggu.   Ini kerana kebanyakan surirumah hari ini adalah surirumah yang terpelajar, wanita yang pernah menghabiskan sebahagian besar masa diluar rumah. Dari situ sebenarnya kita mendapat kekuatan diri.   Jika kita mengubah cara kita memandang hidup ini...

Apa yang Telah Kau Buat dengan Hidupmu?

Satu persoalan yang selalu bermain difikiran ini ialah apakah yang telah aku lakukan setakat ini? Apakah kesan yang akan aku tinggalkan untuk ummah?   Soalan-soalan ini lebih mudah dijelaskan dengan satu soalan lagi iaitu "Apakah yang telah kau buat dengan hidupmu?"   Soalan-soalan ini menjadikan kita seorang yang akan memikirkan secara serius tentang kehidupan seharian kita, apakah ia berlalu tanpa apa-apa makna ataupun ia adalah sebahagian daripada gerakkerja untuk memenuhi tuntutan hidup kita sebagai khalifah Allah dialam ini.   Bila kita selalu berfikir tentang tujuan hidup kita, insya Allah jalan-jalan yang dilalui sehari-hari akan menuju ke arah mencari Redha Ilahi.   Namun jika jalan yang dipilih mengenepikan persoalan ini, mungkin hidup kita hanyalah untuk memenuhkan perut semata-mata. Moga dijauhkan daripada semua itu.   Kebanyakan surirumah hari ini adalah terdiri daripada insan-insan terpelajar, insan yang memiliki pelbagai ...

Tazkirah buat Diri...

Setakat mana kita berusaha untuk membaiki diri kita ke arah yang lebih baik? Setakat mana kita berusaha untuk membantu insan-insan disisi kita ke arah kejayaan? Setakat mana keyakinan kita dengan pilihan kita sehari-hari? Apakah kita meletakkan diri kita kedalam kelompok insan-insan yang berjaya? Setakat mana pula kita berusaha meninggalkan sifat-sifat negatif kita? Setakat mana pula kita berusaha memupuk sifat-sifat positif? Muhasabah diri ke arah yang lebih baik, untuk kejayaan didunia dan diakhirat. Sebaik-baik usaha kita ke arah kejayaan ialah dengan meninggalkan segala sifat-sifat negatif, menghiasi diri dengan sifat-sifat positif...ketika itu Allah akan membuka kelebihan-kelebihan yang ada dalam diri kita. Maka berusahalah untuk menpraktikkan segala kelebihan yang dikurniakan oleh Allah swt kepada kita. Moga kita berjaya didunia dan diakhirat.

Moga Termotivasi

Alhamdulillah perjalanan hidup diteruskan dalam episod seterusnya, bermula dengan tahun baru sama ada hijrah atau masihi. Ia hanyalah perkiraan tarikh, apa yang penting kita masih bersemangat untuk meneruskan kehidupan kita. Apakah perjalanan episod hidup anda pada tahun lepas menggembirakan hati anda? Ataupun ia hanyalah episod biasa-biasa sepertimana tahun-tahun sebelumnya? Bagi saya 2011 meninggalkan kesan yang begitu besar dalam diri saya. Begitu besar dugaan dan ujian yang disediakan oleh-Nya selama tempoh tersebut. Alhamdulillah saya masih mampu menghadapinya, moga Allah memberi kekuatan semangat buat diri ini. 2011...satu nombor yang bertahun-tahun tercatat dalam imaginasi ini, hinggakan saya tertanya-tanya apakah yang ada pada 2011? Kini setelah 2011 berlalu, barulah saya tahu jawapan kepada semua persoalan selama ini. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Saya terasa seolah-olah rahsia tersebut telah dibuka, dan saya telah selesai menjalaninya...Alhamdulillah. Namun begitu ta...

Doa Melembutkan Hati Suami

Perjalanan hidup berumahtangga tidaklah selalu manis, kadang-kadang kita terpaksa menempuh pelbagai ujian semasa mengharungi hidup bersama-sama. Apa yang pasti, jika kita menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada Allah, Dia akan menunjukkan jalan terbaik untuk kita selesaikan masalah tersebut. Setiap orang memiliki perangai dan ragam sendiri yang begitu sukar untuk difahami, kadang-kadang membawa kepada perselisihan yang berpanjangan. Ketika itu salah seorang mestilah mengalah, untuk menyelamatkan suasana. Semasa saya mengikuti kelas perubatan Islam dengan ustaz Ismail Kamus dua tahun lepas, ada diberitahu tentang doa-doa yang boleh dibaca untuk melembutkan hati suami dan insan-insan lain yang keras hatinya. Ada berbagai ayat yang diajar, tetapi ayat yang melekat dihati saya adalah ayat akhir surah Ali Imran  يا أيها الذين آمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون   yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran...

Kembali Bersemangat

Alhamdulillah pagi ini tergerak tangan ini untuk menaip sesuatu untuk blog ini yang sudah berbulan-bulan tidak diupdate. Apakah tuan punya blog ini masih bermotivasi untuk menulis disini? Sebenarnya tiap kali menatap blog ini hati saya menjadi sayu, sedih kerana terasa tiada apa yang dapat dikongsikan, sedangkan banyak pengalaman bersama-sama surirumah disini dapat dikongsikan.  Jadi bertepatan dengan hari Arafah ini, saya akan mula berkongsi beberapa idea yang saya perolehi disini, sama ada daripada pembacaan ataupun pengalaman sehari-hari.   Alhamdulillah saya masih lagi berusaha membantu rakan-rakan surirumah disini untuk menikmati keindahan hidup ini. Apa yang pasti, saya ingin melihat mereka ceria dan bersemangat dalam hidup setelah bertahun-tahun hidup diperantauan, jauh daripada sanak-saudara. Sebenarnya ia turut membantu diri saya membina jatidiri semula, membina kekuatan diri sendiri, agar dalam masa yang sama saya dapat membantu raka...

Susahkah Berada di Rumah?

Saya selalu bertanya diri...susahkah berada dirumah? Suasana tenang, segala keinginan hati boleh dicapai, apa lagi yang saya inginkan? Mungkin saya yang terlalu memikirkannya, maklumlah sudah terbiasa berada dialam pekerjaan, sudah biasa dilanda stress setiap hari. Bila berada dirumah terasa seakan-akan saya tidak berbuat apa-apa, walaupun rutin setiap hari dilaksanakan, termasuklah rutin membaca buku. Suami selalu menyatakan bahawa saya akan kembali ceria jika saya bekerja diluar, tetapi saya menafikannya. Bagi saya, berada dirumah adalah anugerah Allah swt, jadi saya mestilah memanfaatkannya sebaik-baiknya. Ada suatu kurniaan yang mesti saya cari dari sini. Bila ditambah kebiasaan hidup susah semenjak kecil, bila berada dalam situasi lapang sebegini.saya terasa seolah-oah kehilangan sesuatu. Tapi apakah ia? Selalunya hati terasa tenang, tetapi bisikan-bisikan tentang mengapa saya memilih untuk berada dirumah, sedangkan saya boleh menabur bakti diluar, sentiasa menganggu diri ini....

Tenangnya Mereka...

Dalam kesibukan urusan seharian, apakah kita masih mampu mengekalkan sifat tenang kita? Apakah kita masih mampu bersabar dengan pelbagai kerenah insan lain? Apakah pula tidakan kita bila ditimpa musibah? Sebenarnya saya berkesempatan bertemu dengan beberapa orang surirumah yang menyatakan bahawa mereka begitu tenang, hinggakan tidak terasa apa-apa apabila melihat anak-anak mereka jatuh ataupun bergaduh. Mereka menyatakan bahawa mereka seolah-olah lali dengan keadaan sebegitu. Alhambulillah 'ala kulli hal... Seronok juga jika kita mampu bersikap sebegitu, kita akan terasa tenang walau apapun yang berlaku disekeliling kita. Teringat pula kejadian gempabumi dan tsunami di Jepun beberapa hari lepas. Saya amat kagum dengan sikap penduduk-penduduk Jepun yang ternyata amat tenang menghadapi suasana begitu. Masih terbayang-bayang dimata bilamana menonton laporan operasi menyelamat dilakukan, ketika itu ada gambar seorang wanita muda mencari-cari ahli keluarga beliau ditempat runt...

Mencari Ketenangan

Ketenangan tidak boleh digantikan dengan apa juga yang ada didunia ini. Apalah gunanya harta berjuta jika tiada ketenangan. Oleh sebab itulah kita dapati dimana-mana saja insan sanggup hidup ala kadar, asal ketenangan bertakhta dihati. Islam mengajar kita pelbagai cara untuk mendapat ketenangan, dan yang paling utama ialah memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Bagaimanakah caranya? Jagailah amalan seharian kita kerana dari situ bermula ketenangan sejati. Kemudian sentiasalah bersangka baik terhadap apapun yang berlaku kepada kita, serta jauhilah daripada berkeluh-kesah. Insya Allah jika kita mampu menjaganya, kita akan mulai merasa tenang dalam urusan hidup kita.  Perbaikilah sikap kita dengan sentiasa mengamalkan sikap positif, lama kelamaan ia akan dapat menghilangkan sifat-sifat negatif kita. Ketika itu juga kita akan dapat merasai ketenangan yang tiada tandingannya.  Berusahalah untuk mencari ketenangan kerana wanita yang tidak tenang akan mudah melakukan...

Masih Bahagia

Saya masih dalam mood untuk bercerita tentang kebahagiaan dan kegembiraan, yang mana ia merupakan suatu topik yang amat penting buat surirumah. Ya lah kita sebagai surirumah selalu berdepan dengan pelbagai soalan bila duduk bersama-sama ahli masyarakat. Ketika itulah perasaan bahagia kita berada dirumah akan diuji dengan pelbagai soalan maut yang mampu mengugat ketenangan yang kita rasa. Mungkinkah anda juga merasai perasaan seperti ini? Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita seolah-olah menyambungkan diri kita kepada satu mesin untuk menjadikan kita bahagia. Apakah kita sanggup untuk menjadi seorang insan yang terlalu bergantung kepada unsur lain untuk merasa bahagia? Sedangkan kita tahu bahawa semua unsur tersebut tidak kekal...malah akan hilang bila tiba masanya. Ketika itu kita akan mencari-cari unsur lain untuk kita sambungkan tenaga kita demi memiliki rasa bahagia yang kita impikan. Apakah yang kita rasakan bila kita terpaksa bergantung kepada orang lain dalam s...

Surirumah dan Ramadhan

Alhamdulillah kita bertemu lagi Ramadhan kali ini, bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam seluruh dunia untuk melipatgandakan ibadah dan mendidik diri menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bila bercerita tentang Ramadhan, ia amat berkait dengan wanita khasnya surirumah. Ini kerana jadual kerja surirumah akan berubah daripada kebiasaan, daripada memasak tengahari kepada memasak tengah malam. Malah ada surirumah yang akan dibebani dengan permintaan makanan yang berbeza-beza daripada ahli keluarga. Sekiranya pada bulan biasa surirumah memasak makanan yang biasa-biasa sahaja, tetapi biasanya pada bulan Ramadhan surirumah akan menyediakan makanan luarbiasa (ye ke?) Kadang-kadang makanan yang tak pernah dimasakpun akan dicuba pada bulan ini, sekadar ingin mengubah menu makanan setiap hari. Jika tidak percaya lihatlah apa jenis makanan yang muncul di Bazaar Ramadhan dimana-mana. Sememangnya ia mampu menarik perhatian orang-orang berpuasa untuk berbelanja lebih serta makan berlebihan. Bag...

Apakah masih belum Termotivasi?

Saya selalu bertanya diri sendiri, apakah aku masih belum termotivasi? Apakah cara lain yang perlu aku cari untuk mendapat motivasi? Sememangnya bila kita berada dirumah, agak sukar untuk kita kekalkan semangat juang sebagaimana yang mampu kita lakukan ketika bekerja diluar rumah. Bila kita bekerja diluar, kita akan lebih aktif dengan pelbagai keperluan dan tugas didalam dan diluar rumah, jadi setiap waktu kita terisi dengan jadual yang agak padat, hingga terkadang kita tidak sempat memanjakan diri sendiri. Namun begitu bila berada dirumah terkadang kita jadi leka dengan ketenangan yang kita perolehi, tiada lagi hambatan tugasan kerja diluar, tiada lagi insan yang akan mengarah kita untuk melakukan itu dan ini. Semuanya mesti datang dari dalam diri kita. Ya....semua tugasan yang kita lakukan dirumah mesti datang daripada keinginan diri kita...'apakah yang aku ingin buat...." bukannya 'apa yang aku mesti buat..." Jika kita masih menganggap tugasan kita dirumah ada...

Kejayaan Surirumah

Alhamdulillah, baru sekejap sempat bersembang dengan jiran seorang surirumah Sudan tentang tugas surirumah. Inilah peluang mendengar pengalaman orang lain yang lebih berusia dan telah mempunyai menantu, atau dalam kata lain 'lebih lama makan garam' daripada saya. Seronok bila mendengar cerita-cerita mereka sepanjang mendidik anak-anak. Memang tugas mendidik akan berkurangan bila anak-anak sudah besar, tapi masih banyak urusan anak-anak yang perlu difikirkan. Biasanya bila anak-anak sudah besar dan berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, orang akan menganggap ibubapa tersebut telah berjaya mendidik anak-anak mereka. Ini kerana kita menganggap tugas ibubapa tersebut telah selesai bila anak-anak telah bekerja dan berkahwin. Apakah betul tanggapan tersebut? Apakah kejayaan kita menempatkan anak-anak kita belajar di universiti, kejayaan mereka mendapat pekerjaan yang hebat itulah petanda kejayaan ibubapa? Itulah tafsiran kejayaan mendidik dalam dunia sekarang. Di mana-mana ...

Belajar dari Kesilapan Orang lain

Dalam hidup ini kita bukannya mampu hidup lama untuk belajar semuanya daripada kesilapan kita sendiri. Oleh itu kita hendaklah belajar daripada kesilapan orang lain, jadikan ia pedoman untuk kita. Bila menyentuh tentang hidup berkeluarga, semua insan inginkan kehidupan yang bahagia hingga ke akhir hayat. Jalan untuk mencapai kebahagiaan tersebut bukan semudah yang disebut, terdapat pelbagai liku yang harus ditempuhi, malah ia memerlukan pengorbanan daripada semua ahli keluarga. Ada yang terlalu asyik dengan fikiran sendiri, hingga terkadang melukakan hati dan perasaan ahli keluarga yang lain. Bayangkan seorang anak yang terlalu mabuk cinta, sehingga melupakan tentang hati dan perasaan ibubapa. Ketika itu ibubapa terpaksa mengorbankan hati dan perasaan hanya untuk memenuhi keinginan anak tersebut. Apapun nasihat tidak akan didengari, keinginan hati itulah yang dituruti. Bayangkan pula suasana ketika seorang isteri mengambil tindakan untuk berpisah dengan suami. Ketika itu dia lupaka...

Kebahagiaanmu dari dalam Dirimu...

Kebahagiaanmu berada dalam dirimu, mengapa kita perlu mencarinya jauh-jauh, kadangkala kita terpaksa bermusafir untuk mendapatkannya. Inilah diantara tajuk-tajuk yang terdapat dalam buku "La Tahzan..wabtasim lilhayat". Bila membaca tajuk buku tersebut saya ingatkan buku Dr. Aidh Qarni, rupa-rupanya buku ini tulisan Mahmud Misri. Jadi inilah peluang menambah input baru daripada penulis lain mengenai "Jangan bersedih". Di antara pesanan ringkasnya ialah: 1- Kebahagiaan itu berada didalam dirimu. 2- Kebahagiaan kita berada pada keimanan kita pada Allah swt. 3- Kebahagiaan kita berada pada keredhaan kita kepada Allah dan keredhaan-Nya pada kita. 4- Kebahagiaan kita apabila kita bersahabat dengan kitab suci al-Quran serta mengamalkan setiap ajaran didalamnya. 5- Kebahagiaan kita apabila kita mampu mengembirakan hati orang-orang susah, anak-anak yatim, orang-orang sakit dan orang yang sedang bersedih. 6- Kebahagiaan kita juga apabila kita zuhud didunia ini, serta beru...

Rasa Rendah Diri...bagaimana nak atasi?

Sepanjang bergaul dengan surirumah pelbagai keluhan yang saya dengar, terutamanya perasaan rendah diri. Malah ada surirumah menyalahkan berada dirumah sebagai sebab dia tidak mampu menyusun jadual harian beliau. Inilah dilema surirumah terpelajar. Bayangkan apabila kita melihat wanita-wanita lain diluar, kita melihat segala kelebihan yang mereka perolehi hasil gaji mereka sedangkan kita berada dirumah, bergantung sepenuhnya kepada pemberian suami. Kemudian kita melihat berapa banyak pakaian dan perhiasan yang mereka ada, selalu berganti sedangkan surirumah terpaksa berfikir panjang sebelum meminta dibeli sesuatu.  Kemudian bila berkumpul dalam majlis, kita akan ditanya apakah kerjaya kita, apakah pencapaian kita? Ketika itu datang lagi perasaan rendah diri tersebut. Memang jika nak dihitung terlalu banyak suasana yang menyebabkan surirumah sepenuh masa merasa rendah diri.  Malah perasaan ini jika tidak diuruskan dengan betul boleh menyusahkan diri s...

Mengapa berada di Rumah?

Bila kita bercerita tentang wanita, banyak isu perbincangan berkaitan dengan kerjaya, penglibatan wanita dalam kerja-kerja sosial dan politik serta pelbagai lagi isu. Namun bila kita melihat senario yang berlaku sekarang ramai wanita terpelajar berada dirumah. Malah ramai wanita mula berfikir tentang bagaimana menjana pendapatan dari rumah. Apakah ini perjuangan baru wanita setelah letih berjuang menuntut persamaan hak di luar rumah? Di negara-negara barat pula makin ramai ibu yang memilih 'homeschool', sebagai satu kebangkitan setelah kehancuran sosial berlaku dinegara mereka. Bila kita menjenguk di internet banyak kumpulan yang memperjuangkan konsep ini. Persoalannya mengapa ini berlaku?  Dalam masa yang sama apakah yang berlaku dalam negara-negara Islam? Ketika ramai wanita barat sudah kembali berada dirumah semula, wanita-wanita Islam berjuang untuk keluar bekerja. Kadang-kadang saya terfikir, mengapakah kita selalu ketinggalan? Apakah bekerja diluar itu lebih...

Senang tak Menjadi Surirumah Sepenuh masa?

Minggu lepas saya sempat menonton siri "Ana Wa Ikhwati", siri kegemaran anak-anak. Selalunya kami sama-sama menonton TV dan berbincang tentang pengajaran yang mampu dikutip daripada apa yang kami tonton. Kebetulan pula siri tersebut berkaitan dengan ahli keluarga yang memandang remeh tugas ibu (surirumah), yang dinyatakan sebagai tugas senang jika dibandingkan dengan tugas bapa. Jadi si ibu ingin menguji setakat mana mereka mampu bertahan jika si ibu tidak menjalankan tugas beliau setiap hari. Bayangkan anak-anak akan ke sekolah tanpa sarapan, suami juga tidak bersarapan, kemudian balik sekolah tidak sediakan makanan tengahari, begitu juga makan malam. Itu baru bab makanan, belum masuk urusan pakaian, membersih, menjemur, melipat dan menggosoknya. Kemudian urusan kebersihan tempat tinggal serta pelbagai perkara lagi. Pendek kata, jika surirumah mogok seperti yang digambarkan dalam cerita tersebut, susahlah orang lelaki. Baru sehari mogok kumpulan lelaki (ahli keluarga) sud...