Posts

Showing posts from February, 2010

Rasa Rendah Diri...bagaimana nak atasi?

Sepanjang bergaul dengan surirumah pelbagai keluhan yang saya dengar, terutamanya perasaan rendah diri. Malah ada surirumah menyalahkan berada dirumah sebagai sebab dia tidak mampu menyusun jadual harian beliau. Inilah dilema surirumah terpelajar. Bayangkan apabila kita melihat wanita-wanita lain diluar, kita melihat segala kelebihan yang mereka perolehi hasil gaji mereka sedangkan kita berada dirumah, bergantung sepenuhnya kepada pemberian suami. Kemudian kita melihat berapa banyak pakaian dan perhiasan yang mereka ada, selalu berganti sedangkan surirumah terpaksa berfikir panjang sebelum meminta dibeli sesuatu.  Kemudian bila berkumpul dalam majlis, kita akan ditanya apakah kerjaya kita, apakah pencapaian kita? Ketika itu datang lagi perasaan rendah diri tersebut. Memang jika nak dihitung terlalu banyak suasana yang menyebabkan surirumah sepenuh masa merasa rendah diri.  Malah perasaan ini jika tidak diuruskan dengan betul boleh menyusahkan diri sendiri dan keluarga. Apakah tiada

Mengapa berada di Rumah?

Bila kita bercerita tentang wanita, banyak isu perbincangan berkaitan dengan kerjaya, penglibatan wanita dalam kerja-kerja sosial dan politik serta pelbagai lagi isu. Namun bila kita melihat senario yang berlaku sekarang ramai wanita terpelajar berada dirumah. Malah ramai wanita mula berfikir tentang bagaimana menjana pendapatan dari rumah. Apakah ini perjuangan baru wanita setelah letih berjuang menuntut persamaan hak di luar rumah? Di negara-negara barat pula makin ramai ibu yang memilih 'homeschool', sebagai satu kebangkitan setelah kehancuran sosial berlaku dinegara mereka. Bila kita menjenguk di internet banyak kumpulan yang memperjuangkan konsep ini. Persoalannya mengapa ini berlaku?  Dalam masa yang sama apakah yang berlaku dalam negara-negara Islam? Ketika ramai wanita barat sudah kembali berada dirumah semula, wanita-wanita Islam berjuang untuk keluar bekerja. Kadang-kadang saya terfikir, mengapakah kita selalu ketinggalan? Apakah bekerja diluar itu lebih elok untuk

Senang tak Menjadi Surirumah Sepenuh masa?

Minggu lepas saya sempat menonton siri "Ana Wa Ikhwati", siri kegemaran anak-anak. Selalunya kami sama-sama menonton TV dan berbincang tentang pengajaran yang mampu dikutip daripada apa yang kami tonton. Kebetulan pula siri tersebut berkaitan dengan ahli keluarga yang memandang remeh tugas ibu (surirumah), yang dinyatakan sebagai tugas senang jika dibandingkan dengan tugas bapa. Jadi si ibu ingin menguji setakat mana mereka mampu bertahan jika si ibu tidak menjalankan tugas beliau setiap hari. Bayangkan anak-anak akan ke sekolah tanpa sarapan, suami juga tidak bersarapan, kemudian balik sekolah tidak sediakan makanan tengahari, begitu juga makan malam. Itu baru bab makanan, belum masuk urusan pakaian, membersih, menjemur, melipat dan menggosoknya. Kemudian urusan kebersihan tempat tinggal serta pelbagai perkara lagi. Pendek kata, jika surirumah mogok seperti yang digambarkan dalam cerita tersebut, susahlah orang lelaki. Baru sehari mogok kumpulan lelaki (ahli keluarga) sud

Makanan dan Ubat

Alhamdulillah banyak ilmu yang mampu saya perolehi ketika bergaul dengan orang-orang Arab disini. Begitu juga ketika menonton TV bersama anak-anak. Satu perkara yang ingin saya kongsikan ialah diantara amalan orang Arab yang menyediakan makanan dan minuman harian daripada bahan-bahan yang mengandungi unsur-unsur perubatan. Sebagai contoh menyediakan minuman harian daripada halba yang mempunyai khasiat yang besar untuk mengelakkan selsema dan batuk, begitu juga minuman barli dan serat gandum. Begitu juga mereka memasukkan habbatus sauda', minyak zaitun, za'faran dan lain-lain ke dalam makanan yang dimasak. Bagi saya, inilah cara terbaik untuk kita memastikan kesihatan ahli keluarga kita terjaga dengan baik. Bila menonton program tentang cara wanita menyediakan masakan harian, itulah satu ciri yang tidak ada dalam masyarakat kita. Kita mengasingkan makanan dan ubat, sedangkan bila kita mengabungkannya dalam satu masakan, ia lebih mudah dan senang. Begitu juga cara memasak ya

Apakah Sarapan Kita?

Alhamdulillah kita sudah berada dalam bulan kedua, tahun hijrah dan masihi. Bagi kami disini, program harian tetap sama. Ketika hari persekolahan perkara utama ialah menyediakan persiapan anak-anak ke sekolah termasuklah sarapan dan bekal ke sekolah. Rutin tersebut selalunya berubah ketika hujung minggu.  Alhamdulillah anak-anak saya sudah terbiasa dengan sarapan ringkas, mengikut cara ayah mereka iaitu meminum secawan susu dan sedikit roti atau biskut. Hanyalah diri ini yang masih terbawa-bawa dengan adat melayu, mesti tercari-cari nasi pada awal pagi.  Saya terfikir juga untuk berubah, tapi belum memulakannya, iaitu mengikut cara orang-orang Arab bersarapan. Teringat ketika kami berkunjung ke Ibri, kawasan pedalaman Oman, kami disajikan dengan sarapan yang berbeza daripada cara kita bersarapan. Sarapan yang mereka sediakan untuk kami ialah roti, madu, kurma, telur rebus dan susu. Jadi pandai-pandailah kami memilih apa yang kami sukai. Malah sepanjang hidup bersama-sama suami, saya