Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2015

Doakan Secara Berdepan

Alhamdulillah...syukur kerana masih mampu menulis di sini. Kali ini saya berminat untuk berkongsi satu cara yang amat elok, yang sentiasa diamalkan oleh rakan-rakan Arab, iaitu doakan rakan secara berdepan serta mengaminkan bersama-sama.

Bagi saya, itu adalah satu cara yang elok serta membahagiakan hati orang yang mendengarnya.

Amalan ini adalah biasa dikalangan orang-orang Arab, tetapi amat jarang ditemui dalam masyarakat kita, sehinggakan saya terasa seolah-olah begitu berat untuk menuturkannya.

Sebenarnya ia akan menjadi mudah jika kita melatih tabiat ini semenjak kecil, kerana ia adalah di antara perkataan asas dalam pertuturan. Doa-doa ini boleh digunakan dalam bahasa kita, selagi ia mampu difahami orang yang mendengarnya.

Saya dapat bayangkan betapa gembiranya insan yang berkomunikasi dengan kita, bila ungkapan kita sentiasa diselitkan dengan doa-doa yang indah. Kita boleh melatih anak-anak kita menggunakannya, menggantikan perkataan-perkataan kasar yang boleh mengguris hati pe…