Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2010

Macam-macam Rasa...

Bila melihat blog ini, timbul berbagai-bagai perasaan, apakah ingin diteruskan ataupun membiarkan ia tersadai?
Bila menyorot kembali niat ketika ia dimulakan, terasa sayang untuk membiarkan ia terus sunyi tanpa pos-pos yang bernas, tapi....
Apakah saya mampu memberikan motivasi kepada insan-insan yang sama memilih status ini? Apakah perkongsian disini mampu menaikkan semangat diri sendiri yang selalu turun-naik, agar terus kuat?
Moga kedatangan tahun baru ini menaikkan semangat saya untuk terus menulis disini, serta berkongsi suka-duka hidup surirumah diperantauan.
Moga Allah memberi kekuatan kepada semua Surirumah dalam mengharungi hidup di Tahun Baru.

Percayalah setiap detik yang kita lalui begitu bermakna buat kita suatu hari nanti, jadi kuatkanlah semangat untuk menjadikannya begitu manis untuk dikenang dan dikongsikan bersama-sama insan tersayang.
Allahumma yassir umurana...