Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2010

Shout Box

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat di alam maya yang telah meninggalkan mesej di shout box saya disini.
Terimakasih juga atas kesudian melawat dan membaca tulisan di blog kedua ini. Saya amat menghargainya, cuma sayangnya saya tidak boleh menjawab ucapan-ucapan tersebut, entah kenapa lah saya tidak boleh menulis apa-apa disitu, entah apa silapnya.
Moga Allah merapatkan hati-hati kita walaupun kita cuma berkenalan di alam maya.  Jazakallahu khairan...

Bila Anak Sakit...

Alhamdulillah, hari ini terasa nak berkongsi sedikit pengalaman tentang penjagaan kesihatan anak-anak. Ini kerana sudah dua hari berturut-turut saya bersembang dengan rakan-rakan tentang batuk dan demam anak-anak.
Bukan mudah nak menghadapi keadaan anak-anak yang asyik demam, batuk dan selsema. Itulah masalah utama yang pernah saya alami dalam menjaga empat orang anak kecil suatu ketika dulu. Tapi itulah kenangan yang banyak mengajar saya dalam perjalanan hidup ini.
Bila anak-anak sakit, kita juga seolah-olah sakit, segala kerja lain tergendala, tumpuan perlu diberikan sepenuhnya kepada anak-anak. Itulah yang dikatakan ujian...Allah hanya menguji hamba-Nya yang mampu menghadapinya.
Kadang-kadang anak sakit bersambung-sambung, lepas seorang seorang lagi sakit, jadi masa yang perlu diperuntukkan disitu juga panjang. Ada juga ketikanya mereka sakit serentak, ketika ini hanya kekuatan yang membantu ibu dan ayah menguruskan anak-anak yang semua inginkan perhatian.
Alhamdulillah semenjak sa…

Kembali Bekerja....

Dah dua hari berturut-turut bertemu dengan rakan yang akan balik bekerja di Malaysia semula meninggalkan suami sendirian disini, terfikir juga apakah maksud pertemuan ini? Apakah saya juga akan kembali bekerja diluar rumah?
Kami juga sudah beberapa tahun berbincang tentang kembali menetap di Malaysia, tetapi masih juga disini. Banyak perkara yang perlu diambilkira jika memilih untuk kembali menetap ditanahair.
Bagi saya, bila kita kembali bekerja diluar bermakna segala urusan rumahtangga akan terletak ditangan kita seorang, bila ditambah dengan urusan anak-anak, banyaklah perkara yang perlu kita uruskan. 
Apakah berbaloi dengan pendapatan yang diterima?   Ramai yang memikirkan kesenangan masa hadapan, tidak mengapa kita berkorban sekarang asalkan senang pada masa akan datang. Betulkah kita akan berbahagia pada masa akan datang? Ataupun kita akan terus mengulangi cerita-cerita yang sama.
Tidak ramai yang mengira sebanyak manakah pendapatan lebih yang ingin diperolehi, berbanding ketenang…

Cerita Lepas Raya...

Hari ini kita sudah berada dipenghujung Syawal 1431H, rupa-rupanya sudah sebulan lebih saya tidak menulis apa-apa disini. Moga selepas ini lebih bermotivasi untuk menulis disini.
Bermacam-macam peristiwa telah kami dialami sepanjang bulan Syawal kali ini. Bermula dengan sambutan pagi Syawal yang agak hambar, kemudian kami isikan dengan pelbagai program yang agak menarik buat kami sekeluarga alhamdulillah.
Apa yang menarik bagi anak-anak ialah peluang untuk merasa naik feri laju ke Musandam, "akhirnya tercapai juga impian nak naik kapal biru yang cantik tu", "tercapai juga impian nak melihat dalam kawasan Port Sultan Qaboos", "tercapai juga impian nak tengok dolpin", serta berbagai-bagai lagi impian.
Alhamdulillah 'ala kulli hal....anak-anak memang sentiasa memasang angan-angan, selagi angan-angan tersebut tidak membawa kemudaratan biarlah mereka membesar dengan angan-angan tersebut.
Alhamdulillah peluang melawat tempat-tempat baru mengajar kita banyak …