Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Anak-anak Remaja

Assalamualaikum wrt.wbt

Alhamdulillah kehidupan masih diteruskan seperti biasa, aktiviti-aktiviti harian dan mingguan masih tetap. Saya masih berada dirumah, melayan anak-anak yang kesemuanya dah masuk alam remaja.

Alhamdulillah anak sulung sudah memasuki alam universiti, kini pelajar Tahun Satu di Kuliah Agama disini.  Satu keputusan yang tidak mengikut perancangan beliau, tetapi saya redha, mungkin itu yang terbaik buat beliau.

Beliau telah memilih beberapa keputusan yang berbeza daripada kebiasaan. Keputusan pertama beliau yang mengejutkan guru-guru disini ialah apabila beliau memilih untuk mengikuti jurusan sastera sedangkan beliau adalah diantara pelajar terbaik matematik dan sains disekolah.

Alhamdulillah keputusan tersebut membantu pelajar junior memikir kembali tentang corak pemikiran mereka sebelum ini. Begitu juga pandangan pelajar sekolah beliau terhadap jurusan sastera juga turut berubah bilamana pelajar sastera terpilih sebagai salah seorang pelajar terbaik sekolah. Alha…