Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

Boring Memasak? Tak Ada idea?

Alhamdulillah saya telah dilatih memasak semenjak dari sekolah rendah. Jadi pelbagai tip-tip memasak sempak saya kumpul daripada ibu, nenek dan insan-insan yang tidak lokek berkongsi ilmu memasak. Sebelum berkahwin saya mampu memasak pelbagai masakan tradisional dan moden. Dan sememangnya saya amat suka melihat orang-orang yang saya sayangi berselera makan . Namun begitu setelah berkahwin, saya dapati segala ilmu tersebut tidak begitu berguna kerana suami tidak berminat untuk mencuba makanan tradisi kita. Jadi bertahun-tahun saya cuba mencipta pelbagai resepi sendiri, agar dapat memenuhi selera suami dan anak-anak. Ketika itu saya terasa betapa sukarnya seorang ibu dan isteri untuk memenuhi keinginan seluruh ahli keluarganya. Suami saya berasal daripada negara yang amat sukakan makanan yang berwarna merah dan pedas, manakala anak-anak pula sukakan makanan yang kurang pedas. Jadi saya terpaksa memilih jalan tengah dengan menyediakan makanan yang kurang pedas, kemudian memastikan st…