Posts

Showing posts from March, 2010

Mengurus makanan...

Alhamdulillah hari ini saya ingin berkongsi tentang pengurusan makanan dirumah. Apa pula ceritanya ni? Apakah makanan pun perlu diurus? Sebenarnya mengurus makanan adalah diantara kerja surirumah yang tidak boleh dibiar begitu sahaja. Apa maksudnya mengurus makanan? Mengurus makanan bermula daripada pemilihan bahan makanan yang sesuai, membeli, menyimpan, memasak serta mengitar semula makanan. Maknanya banyak juga urusan berkaitan makanan ni. Ramai yang sukakan kesenangan dengan membeli makanan dari luar, menyediakan makanan daripada makanan sejukbeku, ataupun membeli pes-pes dan segala jenis campuran sedia ada dipasaran sebagaimana yang selalu ditunjukkan dalam iklan di Malaysia. Bila melihat segala macam makanan sedia ada terjual diluar, apa perlunya wanita mengurus makanan, beli sahaja dari luar, hati lebih senang, serta dapat gunakan masa untuk membuat kerja-kerja lain.  Tapi hati kecil wanita tetap ingin menyediakan sesuatu dari air tangan sendiri buat keluarga tercinta. Bagi

Bekerja atau Berada dirumah?

Ada seorang rakan bertanya kepada saya, mengapa saya memilih untuk berada dirumah sedangkan saya boleh memilih untuk bekerja diluar. Beliau berkata bahawa beliau teringin untuk mengetahuinya kerana beliau sendiri tidak sempat merasai pengalaman bekerja kerana berkahwin sejurus tamat belajar di universiti. Bagi saya jawapannya terpulang kepada diri masing-masing, ada orang yang berasa seronok bekerja diluar serta mampu mengurus masa dan emosi mereka dengan baik, maka baiklah untuk mereka. Manakala ada segolongan lagi wanita yang lebih memilih untuk berada dirumah, kerana sayangkan anak-anak serta sanggup berkorban demi kebaikan anak-anak. Apapun jawapannya, semuanya kembali kepada kekuatan kita serta kemampuan kita mengurus diri dan keluarga. Bagi saya masa untuk berada lama bersama anak-anak amat singkat, dan peluang tersebut tidak akan berulang lagi. Ini kerana anak-anak kita cepat membesar, bila besar mereka akan meneruskan putaran hidup mereka pula, tinggallah kita tanpa sempat m

Lagi Mengenai Bakat...

Bakat adalah sebahagian daripada diri kita, jika kita mengetahui apakah bakat kita, kemudian kita kembangkan kebolehan tersebut dengan cara terancang, insya Allah kita akan mampu mengecap kemanisan dalam hidup kita. Teringat pula kisah dokumentari tentang sepasang suami-isteri yang menghabiskan masa selama 30 tahun, mengkaji dan menyelidik tentang sebuah kapal lama yang tenggelam, hidup mereka sekeluarga dihabiskan disitu, malah anak-anak mereka membesar dalam suasana itu. Walaupun akhirnya kajian tersebut ternyata gagal kerana kapal tersebut bukanlah kapal yang mereka anggap tinggalan sejarah, tetapi hasilnya amat baik, hubungan anak-beranak amat rapat, malah anak-anak mereka menghargai segala usaha kedua ibubapa mereka, dan mereka mampu memulakan bisnes berkaitan dengan kajian tersebut. Semasa menontonnya, saya berkata pada diri: "Sesungguhnya mereka begitu yakin dengan usaha yang mereka lakukan, tidak jemu melakukan aktiviti yang sama selama 30 tahun, akhirnya mereka berjaya

Apa Bakat Saya?

Semasa pulang ke Malaysia tahun lepas, saya sempat membaca buku 'Apa Bakat Saya?" terbitan PTS. Namun begitu saya terlupa dimana saya letakkan buku tersebut, semestinya berada dikampung bersama-sama barangan lain yang saya tinggalkan. Apakah tujuan saya membaca buku tersebut ketika umur sudah mencecah 40 tahun? Apakah saya memerlukan motivasi daripada buku tersebut? Sebenarnya saya ingin memahami apakah pendapat penulis mengenai "bakat", lebih-lebih lagi saya ingin mencungkil bakat anak-anak. Biarlah mereka hidup dengan bakat mereka, agar mereka lebih berjaya dalam hidup mereka. Mengikut sistem pembelajaran disini, guru-guru suka mencungkil bakat pelajar, kemudian mereka diajar bagaimana untuk mengembangkan kebolehan tersebut. Alhamdulillah bakat anak-anak saya yang dikenalpasti oleh guru-guru sama dengan bakat yang kami telah kenalpasti dan kembangkan setakat ini. Mungkin saya kurang mengambilberat tentang bakat diri sendiri, disebabkan kesibukan mengejar ilmu,

Cantikkah kita?

Apakah kecantikan sejati? Hari ini ramai yang bercerita tentang kecantikan, malah di negara-negara Arab pembedahan kecantikan tersebar luas, malah di Iran pembedahan hidung dilakukan secara berleluasa kerana kos yang lebih murah. Wanita tidak lagi segan silu melakukan pembedahan sebegini semata-mata untuk menjadi cantik, sedangkan bagi kita rupa paras orang Arab sudah amat cantik, tidak perlu diubah lagi. Dalam satu forum di TV Saudi, wanita-wanita yang ditemuramah memberitahu bahawa sebab utama wanita melakukan pembedahan kecantikan kerana terpengaruh dengan pelbagai iklan yang disiarkan disana-sini.  Dalam masyarakat kita pula disana sini wanita bercerita tentang 'maintain' tubuh badan. Alhamdulillah daripada muda hingga umur mencecah 40-an masih tidak berubah penampilan diri. Inilah dunia wanita, kecantikan luaran amat penting hinggakan melakukan perbuatan yang dilarang dalam agama kita. Bila membaca majalah-majalah wanita, ruangan kecantikan dan mekap adalah ruangan ya

Belajar dari Kesilapan Orang lain

Dalam hidup ini kita bukannya mampu hidup lama untuk belajar semuanya daripada kesilapan kita sendiri. Oleh itu kita hendaklah belajar daripada kesilapan orang lain, jadikan ia pedoman untuk kita. Bila menyentuh tentang hidup berkeluarga, semua insan inginkan kehidupan yang bahagia hingga ke akhir hayat. Jalan untuk mencapai kebahagiaan tersebut bukan semudah yang disebut, terdapat pelbagai liku yang harus ditempuhi, malah ia memerlukan pengorbanan daripada semua ahli keluarga. Ada yang terlalu asyik dengan fikiran sendiri, hingga terkadang melukakan hati dan perasaan ahli keluarga yang lain. Bayangkan seorang anak yang terlalu mabuk cinta, sehingga melupakan tentang hati dan perasaan ibubapa. Ketika itu ibubapa terpaksa mengorbankan hati dan perasaan hanya untuk memenuhi keinginan anak tersebut. Apapun nasihat tidak akan didengari, keinginan hati itulah yang dituruti. Bayangkan pula suasana ketika seorang isteri mengambil tindakan untuk berpisah dengan suami. Ketika itu dia lupaka

Kebahagiaanmu dari dalam Dirimu...

Kebahagiaanmu berada dalam dirimu, mengapa kita perlu mencarinya jauh-jauh, kadangkala kita terpaksa bermusafir untuk mendapatkannya. Inilah diantara tajuk-tajuk yang terdapat dalam buku "La Tahzan..wabtasim lilhayat". Bila membaca tajuk buku tersebut saya ingatkan buku Dr. Aidh Qarni, rupa-rupanya buku ini tulisan Mahmud Misri. Jadi inilah peluang menambah input baru daripada penulis lain mengenai "Jangan bersedih". Di antara pesanan ringkasnya ialah: 1- Kebahagiaan itu berada didalam dirimu. 2- Kebahagiaan kita berada pada keimanan kita pada Allah swt. 3- Kebahagiaan kita berada pada keredhaan kita kepada Allah dan keredhaan-Nya pada kita. 4- Kebahagiaan kita apabila kita bersahabat dengan kitab suci al-Quran serta mengamalkan setiap ajaran didalamnya. 5- Kebahagiaan kita apabila kita mampu mengembirakan hati orang-orang susah, anak-anak yatim, orang-orang sakit dan orang yang sedang bersedih. 6- Kebahagiaan kita juga apabila kita zuhud didunia ini, serta beru