Belajar dari Kesilapan Orang lain

Dalam hidup ini kita bukannya mampu hidup lama untuk belajar semuanya daripada kesilapan kita sendiri. Oleh itu kita hendaklah belajar daripada kesilapan orang lain, jadikan ia pedoman untuk kita.

Bila menyentuh tentang hidup berkeluarga, semua insan inginkan kehidupan yang bahagia hingga ke akhir hayat. Jalan untuk mencapai kebahagiaan tersebut bukan semudah yang disebut, terdapat pelbagai liku yang harus ditempuhi, malah ia memerlukan pengorbanan daripada semua ahli keluarga.

Ada yang terlalu asyik dengan fikiran sendiri, hingga terkadang melukakan hati dan perasaan ahli keluarga yang lain.

Bayangkan seorang anak yang terlalu mabuk cinta, sehingga melupakan tentang hati dan perasaan ibubapa. Ketika itu ibubapa terpaksa mengorbankan hati dan perasaan hanya untuk memenuhi keinginan anak tersebut. Apapun nasihat tidak akan didengari, keinginan hati itulah yang dituruti.

Bayangkan pula suasana ketika seorang isteri mengambil tindakan untuk berpisah dengan suami. Ketika itu dia lupakan perasaan ahli keluarga yang lain, lupakan perasaan anak-anak, perasaan ibubapa, perasaan adik-beradik yang lain.

Bayangkanlah pula ketika seorang perempuan mengambil keputusan untuk berhenti kerja serta menumpukan perhatian kepada anak-anak, apakah ia memberikan kesan positif  atau negatif kepada ahli keluarga yang lain.

Ada yang membuat kesilapan, malah kesilapan tersebut akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada ahli keluarga mereka, kadang-kadang ia menjadi trauma kepada mereka. 

Oleh itu belajarlah mendengar, belajarlah melihat perjalanan hidup orang lain agar setiap tindakan yang kita buat tidak melukakan hati orang-orang yang kita sayangi.

Walauapapun masalah yang kita hadapi, belajarlah berfikir secara mendalam, apakah kesan tindakan kita kepada perjalanan hidup orang-orang yang kita sayang.

Belajarlah daripada kesilapan orang lain, agar perjalanan hidup kita lebih manis dan bahagia.



Comments

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat