Posts

Showing posts with the label Kesihatan wanita

Bila Suami Sakit

Alhamdulillah saya masih mempunyai kesempatan untuk mencatat disini. Sebagai surirumah, kitalah pengurus rumahtangga, mengurus ahli keluarga kita setiap masa. Jika ada ahli keluarga yang kurang sihat, kita mampu meluangkan lebih masa untuk bersama-sama mereka. Situasi ini amat berbeza daripada masa kita bekerja. Alhamdulillah bila kita fokuskan perhatian kita sepenuhnya untuk keluarga, kita akan merasa lebih tenang bila menghadapi keadaan sukar dalam hidup kita. Ini kerana kita tidak perlu memikirkan urusan lain diluar rumah.  Sebagai insan kita tidak boleh lari daripada menerima ujian, diri sendiri ataupun pasangan hidup kita sakit. Apakah tindakan kita bila menghadapi situasi sebegini? Bagi setiap pasangan, apabila pasangan kita sakit, kita terasa seolah-olah diri kita juga tidak tenang, segala perhatian diperuntukan untuk memberi kekuatan kepada pasangan kita menghadapi masa-masa sukar mereka. Seboleh-bolehnya kita ingin mengetahui perkemb...

Detox tubuh dengan Inai

Dalam masyarakat melayu, inai dipakai dihujung jari ketika majlis perkahwinan sebagai tanda raja sehari, kemudian kita jarang menggunakannya lagi sedangkan ia mempunyai banyak manfaatnya. Ada pula yang menganggap penggunaan inai sebagai kesan daripada adat orang Hindu, malah ramai yang menganggap wanita memakai inai sebagai 'tabarruj' iaitu berhias diri. Oleh itu memakai inai kurang diamalkan dikalangan wanita melayu. Bila berada dikalangan orang-orang Sudan dan Oman, satu amalan wanita yang agak menarik ialah menggunakan inai. Wanita-wanita Sudan sentiasa memakai inai dijari tangan dan dikaki serta tapak kaki, begitu juga wanita Oman. Amalan ini diamalkan setiap ketika, lebih-lebih lagi pada perayaan tertentu.  Pada mulanya saya agak tidak selesa melihat amalan ini, tambahan lagi bila melihat inai dilukis ditapak tangan dan kaki. Akhirnya setelah mencari maklumat tentang penggunaan inai didalam sunnah, saya tidak kekok lagi untuk menggunakanny...