Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

Ringkas dan Berkhasiat

Salam Ramadhan.. Moga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik buat kita sekeluarga. Bila masuk Ramadhan cerita surirumah banyak berkait dengan makanan, kerana itulah tajuk utama yang dibincangkan dimana-mana. Macam-macam resepi masakan dikongsi, anak-anak pula masing-masing sibuk dengan permintaan mereka. Jika nak diikuti semua permintaan anak-anak seharian lah ibu berada di dapur.Sebenarnya Ramadhan bukanlah untuk makan, ia bulan untuk melatih kita kurangkan makan serta lebihkan ibadah. Namun begitu setiap kali Ramadhan datang umat Islam sibuk dengan makanan hinggalah akhirnya matlamat Ramadhan tak tercapai.Apa kata kali ini kita cuba mendidik diri dan keluarga kita agar mencuba makanan ringkas tapi bekhasiat. Jadi ibu-ibu dapat mengurangkan masa berada didapur serta dapat menggantikannya dengan aktiviti lain. Sebaik-baiknya banyakkan memakan buah-buahan segar ketika berbuka. Bagi saya ia lebih ringkas dan mudah. Begitu juga makanan lain, cuba masak makanan yang ringkas kerana ia lebih…