Posts

Showing posts with the label Dari Sudut hati

Indahnya Memberi

Alhamdulillah...   Surirumah sepenuh masa sebenarnya mempunyai masa yang agak terluang jika dibandingkan dengan surirumah yang bekerja, jika masa kita diurus dengan teliti dan teratur.   Oleh itu bersyukurlah serta carilah peluang untuk memberi sumbangan kepada masyarakat yang lebih besar, kerana di situ letaknya keindahan hidup kita. Janganlah kita menyempitkan hidup dengan hanya melihat anak-anak dan suami sahaja.   Mungkin ada yang menganggap bahawa 'aku dah ada pelbagai tugasan dirumah yang tak habis-habis, buat apa keluar membantu orang lain!'   Yakinlah bahawa kita akan dapat kekuatan bila kita mendedahkan diri kepada aktiviti-aktiviti diluar rumah, paling kurang sekali seminggu.   Ini kerana kebanyakan surirumah hari ini adalah surirumah yang terpelajar, wanita yang pernah menghabiskan sebahagian besar masa diluar rumah. Dari situ sebenarnya kita mendapat kekuatan diri.   Jika kita mengubah cara kita memandang hidup ini...

Apa Tujuan Allah letakkan kita disitu?

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana telah meletakkan kita berada dirumah, satu tempat yang dipandang rendah oleh wanita-wanita terpelajar masa kini.   Mengapa saya mengatakan begitu? Ini kerana status wanita berada dirumah adalah terlalu tidak berharga dimata insan-insan yang melihat kepada nikmat dunia semata-mata.   Bukan sekali, dua kali malah berkali-kali saya mendengar ucapan-ucapan...'mengapa duduk dirumah, mengapa tidak memohon kerja diluar yang sesuai dengan status', hinggakan ada yang menyatakan 'awak habis belajar sekolah menengah saja ke, pilih untuk berada dirumah'.   Ada pelbagai lagi ucapan-ucapan yang menyedihkan hati saya sekali dengar, tetapi menguatkan hati ini untuk mempertahankan status ini bila berkali-kali mendengar pertanyaan yang sama.   Bertahun-tahun saya mencari jawapan kepada pilihan ini, saya tahu Allah tidak meletakkan saya berada disini sia-sia...Ada satu misi yang mesti saya lakukan, yang...

Apa yang Telah Kau Buat dengan Hidupmu?

Satu persoalan yang selalu bermain difikiran ini ialah apakah yang telah aku lakukan setakat ini? Apakah kesan yang akan aku tinggalkan untuk ummah?   Soalan-soalan ini lebih mudah dijelaskan dengan satu soalan lagi iaitu "Apakah yang telah kau buat dengan hidupmu?"   Soalan-soalan ini menjadikan kita seorang yang akan memikirkan secara serius tentang kehidupan seharian kita, apakah ia berlalu tanpa apa-apa makna ataupun ia adalah sebahagian daripada gerakkerja untuk memenuhi tuntutan hidup kita sebagai khalifah Allah dialam ini.   Bila kita selalu berfikir tentang tujuan hidup kita, insya Allah jalan-jalan yang dilalui sehari-hari akan menuju ke arah mencari Redha Ilahi.   Namun jika jalan yang dipilih mengenepikan persoalan ini, mungkin hidup kita hanyalah untuk memenuhkan perut semata-mata. Moga dijauhkan daripada semua itu.   Kebanyakan surirumah hari ini adalah terdiri daripada insan-insan terpelajar, insan yang memiliki pelbagai ...

Masih Bermotivasi

"Allah hanya menguji insan-insan yang mampu menghadapinya."   Itulah kata-kata penguat setiap kali diri ini diuji. Ujian utama ialah bagaimana untuk mengurus masa yang begitu lapang, tanpa tekanan daripada luar. Ya lah bagi saya yang sudah bertahun-tahun hidup dalam tekanan kesibukan, ketenangan adalah ujian yang amat besar. Alhamdulillah...berkat ilmu dan latihan yang diperolehi semasa belajar, saya masih bermotivasi untuk meneruskan perjuangan walaupun masih belum bertemu dengan insan-insan yang sefikrah. Kadang-kadang hati memberontak, mengapalah aku terlontar begitu jauh disini, tanpa teman-teman apalagi sanak-saudara, semuanya mesti bermula daripada asas, iaitu ukhwah islamiyyah. Namun begitu, amat sukar untuk bertemu dengan insan yang memiliki fikrah perjuangan seperti cara saya dididik di UIAM. Jika bertemu dengan insan yang berakhlak baik, mereka tidak mempunyai fikrah untuk berjuang, kehidupan mereka hanyalah untuk diri dan keluarga mereka sahaja. Moga Allah me...

Moga Termotivasi

Alhamdulillah perjalanan hidup diteruskan dalam episod seterusnya, bermula dengan tahun baru sama ada hijrah atau masihi. Ia hanyalah perkiraan tarikh, apa yang penting kita masih bersemangat untuk meneruskan kehidupan kita. Apakah perjalanan episod hidup anda pada tahun lepas menggembirakan hati anda? Ataupun ia hanyalah episod biasa-biasa sepertimana tahun-tahun sebelumnya? Bagi saya 2011 meninggalkan kesan yang begitu besar dalam diri saya. Begitu besar dugaan dan ujian yang disediakan oleh-Nya selama tempoh tersebut. Alhamdulillah saya masih mampu menghadapinya, moga Allah memberi kekuatan semangat buat diri ini. 2011...satu nombor yang bertahun-tahun tercatat dalam imaginasi ini, hinggakan saya tertanya-tanya apakah yang ada pada 2011? Kini setelah 2011 berlalu, barulah saya tahu jawapan kepada semua persoalan selama ini. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Saya terasa seolah-olah rahsia tersebut telah dibuka, dan saya telah selesai menjalaninya...Alhamdulillah. Namun begitu ta...

Surirumah dan Keinginan Hati

Alhamdulillah setiap hari bekerja saya dapat meluangkan masa untuk berjalan-jalan dengan jiran, setelah anak-anak ke sekolah dan suami keluar bekerja. Jadi setiap hari saya dapat mempraktikkan bercakap Arab, alhamdulillah jiran ini begitu memahami bahawa saya tidak mampu berbahasa ammi, jadi beliau cuba sedaya-upaya menggunakan bahasa Arab formal. Macam-macam idea dikongsikan setiap pagi, daripada isu politik, sosial, keluarga dan hal-ehwal rumahtangga. Satu isu yang amat bermakna buat saya ialah mengenai surirumah dan keinginan hati. Alhamdulillah saya amat berbangga menjadi wanita Malaysia, kerana kita berpeluang melakukan banyak urusan dalam hidup kita walaupun setelah berumahtangga. Apa yang pasti, kita masih mampu bergerak bebas kesana-sini, masih mampu mempraktikkan apa-apa saja keinginan hati kita tanpa perlu melalui kata-kata negatif insan disekeliling kita. Corak kehidupan surirumah Malaysia amat berbeza daripada surirumah Arab, yang mana kita masih mampu meneruskan apa ...

Doa Melembutkan Hati Suami

Perjalanan hidup berumahtangga tidaklah selalu manis, kadang-kadang kita terpaksa menempuh pelbagai ujian semasa mengharungi hidup bersama-sama. Apa yang pasti, jika kita menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada Allah, Dia akan menunjukkan jalan terbaik untuk kita selesaikan masalah tersebut. Setiap orang memiliki perangai dan ragam sendiri yang begitu sukar untuk difahami, kadang-kadang membawa kepada perselisihan yang berpanjangan. Ketika itu salah seorang mestilah mengalah, untuk menyelamatkan suasana. Semasa saya mengikuti kelas perubatan Islam dengan ustaz Ismail Kamus dua tahun lepas, ada diberitahu tentang doa-doa yang boleh dibaca untuk melembutkan hati suami dan insan-insan lain yang keras hatinya. Ada berbagai ayat yang diajar, tetapi ayat yang melekat dihati saya adalah ayat akhir surah Ali Imran  يا أيها الذين آمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون   yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran...

Beberapa peringatan buat Diri...

"Jika kamu mahu kerja disiapkan, berikan tugas tersebut kepada insan yang sibuk" Ini kerana orang yang sibuk lebih tahu mengatur masa untuk menyiapkan tugasan mereka. Orang yang agak kurang sibuk selalunya menangguh-nangguhkan kerja mereka kerana menganggap masa masih banyak. Manusia adalah sejenis mesin yang akan rosak jika tidak digunakan, ini kerana kita akan menggandakan tenaga kita dengan cara menggunakannya. Jika kita kurang membuat kerja, kurang melakukan aktiviti fizikal, maka otot-otot kita akan menjadi keras dan kaku, jadi manfaatkanlah ia dengan cara melakukan tugas-tugas kita dengan cergas. Itulah sebabnya umat Islam diajar untuk solat, kerana bila kita solat kita akan menggerakkan anggota tubuh badan kita, jadi penggunaan tenaga akan berlaku disitu. Tenaga manusia akan ada dengan cara menggunakannya, jika kita menghalang penggunaannya ia akan tersekat serta akan menyebabkan timbul pelbagai masalah penyakit kepada kita. Secara ringkasnya tenaga fizikal akan be...

Macam-macam Rasa...

Bila melihat blog ini, timbul berbagai-bagai perasaan, apakah ingin diteruskan ataupun membiarkan ia tersadai? Bila menyorot kembali niat ketika ia dimulakan, terasa sayang untuk membiarkan ia terus sunyi tanpa pos-pos yang bernas, tapi.... Apakah saya mampu memberikan motivasi kepada insan-insan yang sama memilih status ini? Apakah perkongsian disini mampu menaikkan semangat diri sendiri yang selalu turun-naik, agar terus kuat? Moga kedatangan tahun baru ini menaikkan semangat saya untuk terus menulis disini, serta berkongsi suka-duka hidup surirumah diperantauan. Moga Allah memberi kekuatan kepada semua Surirumah dalam mengharungi hidup di Tahun Baru. Percayalah setiap detik yang kita lalui begitu bermakna buat kita suatu hari nanti, jadi kuatkanlah semangat untuk menjadikannya begitu manis untuk dikenang dan dikongsikan bersama-sama insan tersayang. Allahumma yassir umurana...

Kembali Bekerja....

Dah dua hari berturut-turut bertemu dengan rakan yang akan balik bekerja di Malaysia semula meninggalkan suami sendirian disini, terfikir juga apakah maksud pertemuan ini? Apakah saya juga akan kembali bekerja diluar rumah? Kami juga sudah beberapa tahun berbincang tentang kembali menetap di Malaysia, tetapi masih juga disini. Banyak perkara yang perlu diambilkira jika memilih untuk kembali menetap ditanahair. Bagi saya, bila kita kembali bekerja diluar bermakna segala urusan rumahtangga akan terletak ditangan kita seorang, bila ditambah dengan urusan anak-anak, banyaklah perkara yang perlu kita uruskan.  Apakah berbaloi dengan pendapatan yang diterima?   Ramai yang memikirkan kesenangan masa hadapan, tidak mengapa kita berkorban sekarang asalkan senang pada masa akan datang. Betulkah kita akan berbahagia pada masa akan datang? Ataupun kita akan terus mengulangi cerita-cerita yang sama. Tidak ramai yang mengira sebanyak manakah pendapatan lebih yang ingin diperolehi, ...

Betulkah Pilihanku?

Bila membaca status kawan-kawan lama di facebook, yang menceritakan tentang kesibukan bekerja dan mengurus rumahtangga, saya merasa bersyukur kerana telah mampu melepasi keadaan itu, satu situasi yang pernah saya hadapi ketika berada di Malaysia. Sebenarnya itulah realiti kehidupan sebahagian besar wanita di Malaysia ketika ini. Namun begitu saya kagum dengan mereka kerana masih mampu menghadapi ujian tersebut dengan tabah. Terdetik dihati, jika aku masih di Malaysiapun keadaan aku juga masih begitu, sibuk dari pagi hingga ke malam, hujung minggupun masih mengajar kerana terlalu mencintai tugas yang diamanahkan. Seronok bila berada bersama-sama kawan dan pelajar, sedangkan bila kembali ke rumah tubuh sudah letih lesu untuk meneruskan tugas dan tanggungjawab yang hakiki. Mungkin wanita-wanita lain tidak sepertiku, mereka begitu kuat dan mempunyai pengurusan masa yang terancang. Itulah bisikan hatiku, sekadar menguatkan diri. Alhamdulillah, penghijrahan tanpa dirancang ini berjaya m...

Rasa Rendah Diri...bagaimana nak atasi?

Sepanjang bergaul dengan surirumah pelbagai keluhan yang saya dengar, terutamanya perasaan rendah diri. Malah ada surirumah menyalahkan berada dirumah sebagai sebab dia tidak mampu menyusun jadual harian beliau. Inilah dilema surirumah terpelajar. Bayangkan apabila kita melihat wanita-wanita lain diluar, kita melihat segala kelebihan yang mereka perolehi hasil gaji mereka sedangkan kita berada dirumah, bergantung sepenuhnya kepada pemberian suami. Kemudian kita melihat berapa banyak pakaian dan perhiasan yang mereka ada, selalu berganti sedangkan surirumah terpaksa berfikir panjang sebelum meminta dibeli sesuatu.  Kemudian bila berkumpul dalam majlis, kita akan ditanya apakah kerjaya kita, apakah pencapaian kita? Ketika itu datang lagi perasaan rendah diri tersebut. Memang jika nak dihitung terlalu banyak suasana yang menyebabkan surirumah sepenuh masa merasa rendah diri.  Malah perasaan ini jika tidak diuruskan dengan betul boleh menyusahkan diri s...

Terima Kasih...

Terima kasih kepada adik yang menyedarkan diri ini agar fokuskan kepada satu-satu kerja. Sebenarnya itulah perancangan tapi sememangnya kelemahan saya ialah terlalu lemah dengan permintaan sahabat. Jadi niat asal bertukar menjadi dua dan segala pemikiran berpecah semula menjadi dua halatuju yang berbeza. Jadi hari ini setelah menghabiskan masa seharian di luar rumah bersama-sama keluarga dan rakan-rakan, saya rasa inilah jalan terbaik buat saya. Fokuskan kepada niat asal, moga Allah memudahkan urusan ini dan membuka jalan seterusnya. Moga pada penghujung bulan pertama tahun ini, saya akan lebih fokus lagi kepada segala matlamat yang dirancang. Alhamdulillah...Alhamdulillah...