Posts

Showing posts from 2011

Surirumah dan Keinginan Hati

Alhamdulillah setiap hari bekerja saya dapat meluangkan masa untuk berjalan-jalan dengan jiran, setelah anak-anak ke sekolah dan suami keluar bekerja. Jadi setiap hari saya dapat mempraktikkan bercakap Arab, alhamdulillah jiran ini begitu memahami bahawa saya tidak mampu berbahasa ammi, jadi beliau cuba sedaya-upaya menggunakan bahasa Arab formal. Macam-macam idea dikongsikan setiap pagi, daripada isu politik, sosial, keluarga dan hal-ehwal rumahtangga. Satu isu yang amat bermakna buat saya ialah mengenai surirumah dan keinginan hati. Alhamdulillah saya amat berbangga menjadi wanita Malaysia, kerana kita berpeluang melakukan banyak urusan dalam hidup kita walaupun setelah berumahtangga. Apa yang pasti, kita masih mampu bergerak bebas kesana-sini, masih mampu mempraktikkan apa-apa saja keinginan hati kita tanpa perlu melalui kata-kata negatif insan disekeliling kita. Corak kehidupan surirumah Malaysia amat berbeza daripada surirumah Arab, yang mana kita masih mampu meneruskan apa

Doa Melembutkan Hati Suami

Perjalanan hidup berumahtangga tidaklah selalu manis, kadang-kadang kita terpaksa menempuh pelbagai ujian semasa mengharungi hidup bersama-sama. Apa yang pasti, jika kita menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada Allah, Dia akan menunjukkan jalan terbaik untuk kita selesaikan masalah tersebut. Setiap orang memiliki perangai dan ragam sendiri yang begitu sukar untuk difahami, kadang-kadang membawa kepada perselisihan yang berpanjangan. Ketika itu salah seorang mestilah mengalah, untuk menyelamatkan suasana. Semasa saya mengikuti kelas perubatan Islam dengan ustaz Ismail Kamus dua tahun lepas, ada diberitahu tentang doa-doa yang boleh dibaca untuk melembutkan hati suami dan insan-insan lain yang keras hatinya. Ada berbagai ayat yang diajar, tetapi ayat yang melekat dihati saya adalah ayat akhir surah Ali Imran  يا أيها الذين آمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون   yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan ikatlah

Bakat dan Pengangguran

Apakah kaitan antara bakat dan pengangguran? Apakah seseorang yang berbakat akan menganggur? Itulah persoalan yang selalu bermain-main dalam fikiran saya. Ini berdasarkan pemerhatian saya terhadap kehidupan pelajar hari ini. Dimana-mana saja kita mendengar keluhan tentang pengangguran. Itulah juga yang saya dengari semasa berkunjung ke Tunisia beberapa bulan lepas. Kebanyakan ibubapa mengeluh tentang kesukaran mendapatkan peluang pekerjaan untuk anak-anak mereka. Siapakah yang disalahkan? Tentu sekali pihak pemerintah yang tidak mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak mereka. Ketika itu saya telah menceritakan kepada beberapa orang daripada mereka tentang beberapa jenis pekerjaan yang boleh diperkenalkan dalam usaha membasmi pengangguran. Akan tetapi bagi mereka, cadangan saya tidak begitu sesuai dengan masyarakat mereka atas alasan corak pemikiran yang agak berbeza. Apa yang berlaku dalam masyarakat ialah mereka begitu terpengaruh dengan kerja-kerja yang dipandang he

Lagi Mengenai Bakat...

Alhamdulillah seminggu sebelum raya saya dijemput oleh pihak pengurusan sekolah anak untuk berbincang mengenai program sekolah. Pihak sekolah begitu mengambilberat tentang bakat pelajar serta ingin menganjurkan program pengukuhan bakat yang telah mereka cungkil. Tugas saya ialah berkongsi tentang bakat saya dalam seni khat serta memberi sedikit-sebanyak tips mengenai cara menulis khat yang betul. Ia adalah program susulan kepada siri pertama yang saya kendalikan pada awal tahun ini. Apakah bakat? Mengapa ia begitu penting dalam kehidupan kita? Apakah bakat tersebut lahir secara semulajadi ataupun ia perlu dicungkil?  Semua persoalan tersebut tergantung menanti penjelasan yang tepat mengenainya.  Apa yang pasti Allah mencipta manusia dengan keistimewaan tersendiri, yang mana ia punca kekuatan diri kita. Jika kita dapat mengenalpasti keistimewaan tersebut serta berusaha mengukuhkannya, kita akan rasa tenang dan gembira.   Akan tetapi hari ini tidak ramai yang sedar tentang bakat te

Kembali Bersemangat

Alhamdulillah pagi ini tergerak tangan ini untuk menaip sesuatu untuk blog ini yang sudah berbulan-bulan tidak diupdate. Apakah tuan punya blog ini masih bermotivasi untuk menulis disini? Sebenarnya tiap kali menatap blog ini hati saya menjadi sayu, sedih kerana terasa tiada apa yang dapat dikongsikan, sedangkan banyak pengalaman bersama-sama surirumah disini dapat dikongsikan.  Jadi bertepatan dengan hari Arafah ini, saya akan mula berkongsi beberapa idea yang saya perolehi disini, sama ada daripada pembacaan ataupun pengalaman sehari-hari.   Alhamdulillah saya masih lagi berusaha membantu rakan-rakan surirumah disini untuk menikmati keindahan hidup ini. Apa yang pasti, saya ingin melihat mereka ceria dan bersemangat dalam hidup setelah bertahun-tahun hidup diperantauan, jauh daripada sanak-saudara. Sebenarnya ia turut membantu diri saya membina jatidiri semula, membina kekuatan diri sendiri, agar dalam masa yang sama saya dapat membantu rakan-rakan lain meneruskan kehidupan denga

Surirumah Baru

Alhamdulillah peluang berada dikampung serta menghadiri majlis kenduri saudara-mara serta jiran sekampung begitu bermakna. Apatah lagi bagi saya yang teramat jarang berpeluang menghadiri majlis-majlis sebegini. Terimakasih buat suami yang begitu memahami serta menggalakkan saya untuk balik kampung, walaupun hati ini kurang selesa meninggalkan beliau serta anak-anak dirantau orang. Bila bercerita tentang kenduri, kita bercerita tentang surirumah baru, iaitu pengantin baru. Wanita-wanita yang baru menjejaki alam rumahtangga, dengan pelbagai impian yang diburu. Jika dilihat kepada persiapan kenduri kahwin hari ini, kita dapat melihat surirumah yang memiliki impian tinggi melangit, moga impian itu akan tercapai akhirnya. Apakah kemeriahan majlis perkahwinan itu mampu berterusan pada hari-hari berikutnya? Ataupun kehidupan selepasnya dipenuhi dengan kisah-kisah bagaimana ingin melunaskan hutang-piutang untuk menghidupkan majlis impian sebagai raja sehari? Apa yang pasti wanita-wanita i

Bila Suami Sakit

Alhamdulillah saya masih mempunyai kesempatan untuk mencatat disini. Sebagai surirumah, kitalah pengurus rumahtangga, mengurus ahli keluarga kita setiap masa. Jika ada ahli keluarga yang kurang sihat, kita mampu meluangkan lebih masa untuk bersama-sama mereka. Situasi ini amat berbeza daripada masa kita bekerja. Alhamdulillah bila kita fokuskan perhatian kita sepenuhnya untuk keluarga, kita akan merasa lebih tenang bila menghadapi keadaan sukar dalam hidup kita. Ini kerana kita tidak perlu memikirkan urusan lain diluar rumah.  Sebagai insan kita tidak boleh lari daripada menerima ujian, diri sendiri ataupun pasangan hidup kita sakit. Apakah tindakan kita bila menghadapi situasi sebegini? Bagi setiap pasangan, apabila pasangan kita sakit, kita terasa seolah-olah diri kita juga tidak tenang, segala perhatian diperuntukan untuk memberi kekuatan kepada pasangan kita menghadapi masa-masa sukar mereka. Seboleh-bolehnya kita ingin mengetahui perkembangan kesihatan pasangan kita, jika kit

Susahkah Berada di Rumah?

Saya selalu bertanya diri...susahkah berada dirumah? Suasana tenang, segala keinginan hati boleh dicapai, apa lagi yang saya inginkan? Mungkin saya yang terlalu memikirkannya, maklumlah sudah terbiasa berada dialam pekerjaan, sudah biasa dilanda stress setiap hari. Bila berada dirumah terasa seakan-akan saya tidak berbuat apa-apa, walaupun rutin setiap hari dilaksanakan, termasuklah rutin membaca buku. Suami selalu menyatakan bahawa saya akan kembali ceria jika saya bekerja diluar, tetapi saya menafikannya. Bagi saya, berada dirumah adalah anugerah Allah swt, jadi saya mestilah memanfaatkannya sebaik-baiknya. Ada suatu kurniaan yang mesti saya cari dari sini. Bila ditambah kebiasaan hidup susah semenjak kecil, bila berada dalam situasi lapang sebegini.saya terasa seolah-oah kehilangan sesuatu. Tapi apakah ia? Selalunya hati terasa tenang, tetapi bisikan-bisikan tentang mengapa saya memilih untuk berada dirumah, sedangkan saya boleh menabur bakti diluar, sentiasa menganggu diri ini.

Wanita dan Kerja

Alhamdulillah semenjak berada dirumah, saya berpeluang memerhati serta memikirkan apa yang berlaku kepada wanita-wanita hari ini. Jika dulu, sewaktu saya menjadi pelajar BA di universiti, banyak perbincangan tentang perlunya wanita keluar bekerja serta memberi khidmat kepada masyarakat, hinggakan akhirnya...hari ini, selepas 20 tahun lebih, kita melihat kesan daripada laungan tersebut, banyak kepincangan berlaku dalam masyarakat melayu. Kemudian masalah sosial menjadi-jadi, masing-masing sibuk memikirkan penyelesaian...tapi dimanakah jalannya? Hari ini, bila membaca tulisan diblog-blog persendirian, saya dapat merasakan ada fenomena baru berlaku di Malaysia hari ini, iaitu ramai wanita yang begitu teruja untuk memberi perhatian kepada rumahtangga, malah ramai yang memilih untuk berada dirumah ataupun bekerja dari rumah...alhamdulillah. Moga hasrat yang murni ini mampu memperbaiki pelbagai masalah sosial yang melanda masyarakat kita. Namun begitu kesungguhan wanita-wanita ini perlul

Menagih Kasih-sayang

Alhamdulillah dua hari lepas saya sempat menghadiri program khas untuk ibu-ibu disekolah hero-hero saya belajar. Ada beberapa perkara yang disampaikan sebagai panduan ibu-ibu semasa mendidik anak-anak. Apa yang paling menarik bagi saya ialah penjelasan tentang anak-anak menagih kasih-sayang. Inilah fenomena yang berlaku disekolah-sekolah sekarang, yang mana pelajar cuba menarik perhatian guru-guru, serta inginkan perhatian lebih diberikan kepada mereka, malah ada ketikanya mereka bergaduh hanya kerana inginkan perhatian guru. Inilah dilema yang dihadapi guru-guru bila anak-anak kurang diberi perhatian semasa dirumah, mereka mencarinya disekolah. Alhamdulillah mereka mencarinya ditempat yang elok, tetapi jika guru tidak sempat memberi perhatian, maka anak-anak ini akan mencarinya diluar. Dari situ akan bermulalah masalah lain yang akhirnya akan menjadi masalah sosial yang serius. Di antara isi perbincangan semasa perjumpaan tersebut ialah: 1. Ibu-ibu mestilah faham bahawa tugas me

Tenangnya Mereka...

Dalam kesibukan urusan seharian, apakah kita masih mampu mengekalkan sifat tenang kita? Apakah kita masih mampu bersabar dengan pelbagai kerenah insan lain? Apakah pula tidakan kita bila ditimpa musibah? Sebenarnya saya berkesempatan bertemu dengan beberapa orang surirumah yang menyatakan bahawa mereka begitu tenang, hinggakan tidak terasa apa-apa apabila melihat anak-anak mereka jatuh ataupun bergaduh. Mereka menyatakan bahawa mereka seolah-olah lali dengan keadaan sebegitu. Alhambulillah 'ala kulli hal... Seronok juga jika kita mampu bersikap sebegitu, kita akan terasa tenang walau apapun yang berlaku disekeliling kita. Teringat pula kejadian gempabumi dan tsunami di Jepun beberapa hari lepas. Saya amat kagum dengan sikap penduduk-penduduk Jepun yang ternyata amat tenang menghadapi suasana begitu. Masih terbayang-bayang dimata bilamana menonton laporan operasi menyelamat dilakukan, ketika itu ada gambar seorang wanita muda mencari-cari ahli keluarga beliau ditempat runtuhan

Mencari Ketenangan

Ketenangan tidak boleh digantikan dengan apa juga yang ada didunia ini. Apalah gunanya harta berjuta jika tiada ketenangan. Oleh sebab itulah kita dapati dimana-mana saja insan sanggup hidup ala kadar, asal ketenangan bertakhta dihati. Islam mengajar kita pelbagai cara untuk mendapat ketenangan, dan yang paling utama ialah memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Bagaimanakah caranya? Jagailah amalan seharian kita kerana dari situ bermula ketenangan sejati. Kemudian sentiasalah bersangka baik terhadap apapun yang berlaku kepada kita, serta jauhilah daripada berkeluh-kesah. Insya Allah jika kita mampu menjaganya, kita akan mulai merasa tenang dalam urusan hidup kita.  Perbaikilah sikap kita dengan sentiasa mengamalkan sikap positif, lama kelamaan ia akan dapat menghilangkan sifat-sifat negatif kita. Ketika itu juga kita akan dapat merasai ketenangan yang tiada tandingannya.  Berusahalah untuk mencari ketenangan kerana wanita yang tidak tenang akan mudah melakukan perkara-perkara ya

Beberapa peringatan buat Diri...

"Jika kamu mahu kerja disiapkan, berikan tugas tersebut kepada insan yang sibuk" Ini kerana orang yang sibuk lebih tahu mengatur masa untuk menyiapkan tugasan mereka. Orang yang agak kurang sibuk selalunya menangguh-nangguhkan kerja mereka kerana menganggap masa masih banyak. Manusia adalah sejenis mesin yang akan rosak jika tidak digunakan, ini kerana kita akan menggandakan tenaga kita dengan cara menggunakannya. Jika kita kurang membuat kerja, kurang melakukan aktiviti fizikal, maka otot-otot kita akan menjadi keras dan kaku, jadi manfaatkanlah ia dengan cara melakukan tugas-tugas kita dengan cergas. Itulah sebabnya umat Islam diajar untuk solat, kerana bila kita solat kita akan menggerakkan anggota tubuh badan kita, jadi penggunaan tenaga akan berlaku disitu. Tenaga manusia akan ada dengan cara menggunakannya, jika kita menghalang penggunaannya ia akan tersekat serta akan menyebabkan timbul pelbagai masalah penyakit kepada kita. Secara ringkasnya tenaga fizikal akan be

Masih Bahagia

Saya masih dalam mood untuk bercerita tentang kebahagiaan dan kegembiraan, yang mana ia merupakan suatu topik yang amat penting buat surirumah. Ya lah kita sebagai surirumah selalu berdepan dengan pelbagai soalan bila duduk bersama-sama ahli masyarakat. Ketika itulah perasaan bahagia kita berada dirumah akan diuji dengan pelbagai soalan maut yang mampu mengugat ketenangan yang kita rasa. Mungkinkah anda juga merasai perasaan seperti ini? Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita seolah-olah menyambungkan diri kita kepada satu mesin untuk menjadikan kita bahagia. Apakah kita sanggup untuk menjadi seorang insan yang terlalu bergantung kepada unsur lain untuk merasa bahagia? Sedangkan kita tahu bahawa semua unsur tersebut tidak kekal...malah akan hilang bila tiba masanya. Ketika itu kita akan mencari-cari unsur lain untuk kita sambungkan tenaga kita demi memiliki rasa bahagia yang kita impikan. Apakah yang kita rasakan bila kita terpaksa bergantung kepada orang lain dalam setiap akt

Lebih Gembira (Happier...)

Alhamdulillah, hari ini saya ingin berkongsi sebuah buku yang agak menarik iaitu "Happier" ditulis oleh Tal Ben Shahar. Buku tersebut agak menarik kerana ia membincangkan bagaimana untuk kita menjadi lebih gembira dalam kehidupan kita. Ini kerana bagi penulis "happiness" adalah matlamat akhir, dalam mencapai kebahagiaan tersebut kita perlu lebih gembira, kerana siri-siri kegembiraan tersebutlah yang akan membawa kita kepada kebahagiaan sejati. Saya tidak ingin mengulas panjang mengenai isi kandungan buku tersebut, akan tetapi kepada sesiapa yang berminat untuk membacanya, boleh e-mailkan kepada saya kerana saya terlupa link asal buku tersebut ataupun boleh mencarinya di http://www.scribd.com/ , dan download free. Moga kita dapat mengisi hidup kita dengan episod-episod bahagia, serta beroleh keredhaan Allah swt.

Tahun Baru Wajah Baru

Alhamdulillah tergerak dihati untuk membuat sedikit perubahan pada blog ini, moga ia mampu menjadi sumber inspirasi kepada surirumah termasuklah diri ini. Namun begitu ia masih belum memenuhi maksud 'suriummah' yang saya pilih untuk digunakan pada url blog ini. Bagi saya 'suriummah' mempunyai maksud yang begitu luas, dan perkataan tersebut menggambarkan kehebatan seorang wanita, yang merangkumi segenap sudut hidup mereka. Dalam pada itu, blog ini masih perlu ditambah lagi isinya. Moga impian hati ini akan tercapai.