Posts

Showing posts from 2013

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat

Alhamdulillah hari ini saya ingin berkongsi kegembiraan kerana telah berjaya menyelesaikan masalah utama di dapur tanpa bantuan orang lain. Memandangkan kami tinggal di apartment yang disediakan oleh majikan suami di sini, jadi kami tidak banyak pilihan. Redha dan bersyukur dengan apa yang ada meskipun kadang-kadang rasa sakit hati bila pelbagai masalah timbul. Alhamdulillah pihak pengurusan bangunan menyediakan perkhidmatan baikpulih secara percuma tetapi agak sukar untuk mendapatkan khidmat pekerja tersebut mengikut masa luang kami. Selalunya pekerja akan datang pada waktu pagi, saya akan mendiamkan diri, tidak berani membuka pintu kerana tinggal bersendirian. Apabila menghadapi masalah sinki tersumbat pula terpaksa tunggu berhari-hari untuk mendapat waktu yang sesuai ketika suami berada dirumah. Ketika itulah pekerja India akan datang membaiki apa-apa yang perlu dibaiki. Setelah beberapa kali menghadapi masalah yang sama; kebiasaannya saya akan cuba membaiki sendiri serta mengo

Petua Hilangkan Bau Dapur

Alhamdulillah akhirnya saya bertemu beberapa petua untuk dikongsikan bersama-sama ketika berada didapur. Alkisahnya seorang kawan menghadiahkan beberapa jenis ikan kering yang dibawa dari Malaysia. Memandangkan telah begitu lama tidak memakannya, saya cuba menggorengnya. Sayang sekali bau ikan kering memenuhi setiap ruang dirumah saya hinggakan anak-anak dan suami bertanya apakah bau tersebut. Sememangnya saya sudah sebati dengan bau tersebut sejak kecil lagi, tetapi ahli rumah ini tidak sanggup menyedut atau menghidu bau tersebut. Jadi saya terpaksa mencari serta mencuba beberapa petua untuk mengembalikan bau enak untuk ruangan dirumah saya. Diantara cara mudah yang saya amalkan ialah membersihkan lantai dapur dengan menggunakan cuka makan. Caranya ialah dengan mencampurkan secawan cuka makan kedalam air, dan siram ke lantai dapur dan mana-mana ruang yang ingin dineutralkan baunya. Pada mulanya bau cuka makan akan memenuhi ruang tersebut, namun akhirnya ia akan hilang bersama-s

Ringkas dan Berkhasiat

Salam Ramadhan.. Moga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik buat kita sekeluarga. Bila masuk Ramadhan cerita surirumah banyak berkait dengan makanan, kerana itulah tajuk utama yang dibincangkan dimana-mana. Macam-macam resepi masakan dikongsi, anak-anak pula masing-masing sibuk dengan permintaan mereka. Jika nak diikuti semua permintaan anak-anak seharian lah ibu berada di dapur. Sebenarnya Ramadhan bukanlah untuk makan, ia bulan untuk melatih kita kurangkan makan serta lebihkan ibadah. Namun begitu setiap kali Ramadhan datang umat Islam sibuk dengan makanan hinggalah akhirnya matlamat Ramadhan tak tercapai. Apa kata kali ini kita cuba mendidik diri dan keluarga kita agar mencuba makanan ringkas tapi bekhasiat. Jadi ibu-ibu dapat mengurangkan masa berada didapur serta dapat menggantikannya dengan aktiviti lain. Sebaik-baiknya banyakkan memakan buah-buahan segar ketika berbuka. Bagi saya ia lebih ringkas dan mudah. Begitu juga makanan lain, cuba masak makanan yang ringkas kerana i

Boring Memasak? Tak Ada idea?

Alhamdulillah saya telah dilatih memasak semenjak dari sekolah rendah. Jadi pelbagai tip-tip memasak sempak saya kumpul daripada ibu, nenek dan insan-insan yang tidak lokek berkongsi ilmu memasak.   Sebelum berkahwin saya mampu memasak pelbagai masakan tradisional dan moden. Dan sememangnya saya amat suka melihat orang-orang yang saya sayangi berselera makan .   Namun begitu setelah berkahwin, saya dapati segala ilmu tersebut tidak begitu berguna kerana suami tidak berminat untuk mencuba makanan tradisi kita.   Jadi bertahun-tahun saya cuba mencipta pelbagai resepi sendiri, agar dapat memenuhi selera suami dan anak-anak. Ketika itu saya terasa betapa sukarnya seorang ibu dan isteri untuk memenuhi keinginan seluruh ahli keluarganya.   Suami saya berasal daripada negara yang amat sukakan makanan yang berwarna merah dan pedas, manakala anak-anak pula sukakan makanan yang kurang pedas.   Jadi saya terpaksa memilih jalan tengah dengan menyediakan makanan yang kurang pe

Indahnya Memberi

Alhamdulillah...   Surirumah sepenuh masa sebenarnya mempunyai masa yang agak terluang jika dibandingkan dengan surirumah yang bekerja, jika masa kita diurus dengan teliti dan teratur.   Oleh itu bersyukurlah serta carilah peluang untuk memberi sumbangan kepada masyarakat yang lebih besar, kerana di situ letaknya keindahan hidup kita. Janganlah kita menyempitkan hidup dengan hanya melihat anak-anak dan suami sahaja.   Mungkin ada yang menganggap bahawa 'aku dah ada pelbagai tugasan dirumah yang tak habis-habis, buat apa keluar membantu orang lain!'   Yakinlah bahawa kita akan dapat kekuatan bila kita mendedahkan diri kepada aktiviti-aktiviti diluar rumah, paling kurang sekali seminggu.   Ini kerana kebanyakan surirumah hari ini adalah surirumah yang terpelajar, wanita yang pernah menghabiskan sebahagian besar masa diluar rumah. Dari situ sebenarnya kita mendapat kekuatan diri.   Jika kita mengubah cara kita memandang hidup ini, dengan mengutamakan kelu

Apa Tujuan Allah letakkan kita disitu?

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana telah meletakkan kita berada dirumah, satu tempat yang dipandang rendah oleh wanita-wanita terpelajar masa kini.   Mengapa saya mengatakan begitu? Ini kerana status wanita berada dirumah adalah terlalu tidak berharga dimata insan-insan yang melihat kepada nikmat dunia semata-mata.   Bukan sekali, dua kali malah berkali-kali saya mendengar ucapan-ucapan...'mengapa duduk dirumah, mengapa tidak memohon kerja diluar yang sesuai dengan status', hinggakan ada yang menyatakan 'awak habis belajar sekolah menengah saja ke, pilih untuk berada dirumah'.   Ada pelbagai lagi ucapan-ucapan yang menyedihkan hati saya sekali dengar, tetapi menguatkan hati ini untuk mempertahankan status ini bila berkali-kali mendengar pertanyaan yang sama.   Bertahun-tahun saya mencari jawapan kepada pilihan ini, saya tahu Allah tidak meletakkan saya berada disini sia-sia...Ada satu misi yang mesti saya lakukan, yang jarang difikirkan oleh ber

Apa yang Telah Kau Buat dengan Hidupmu?

Satu persoalan yang selalu bermain difikiran ini ialah apakah yang telah aku lakukan setakat ini? Apakah kesan yang akan aku tinggalkan untuk ummah?   Soalan-soalan ini lebih mudah dijelaskan dengan satu soalan lagi iaitu "Apakah yang telah kau buat dengan hidupmu?"   Soalan-soalan ini menjadikan kita seorang yang akan memikirkan secara serius tentang kehidupan seharian kita, apakah ia berlalu tanpa apa-apa makna ataupun ia adalah sebahagian daripada gerakkerja untuk memenuhi tuntutan hidup kita sebagai khalifah Allah dialam ini.   Bila kita selalu berfikir tentang tujuan hidup kita, insya Allah jalan-jalan yang dilalui sehari-hari akan menuju ke arah mencari Redha Ilahi.   Namun jika jalan yang dipilih mengenepikan persoalan ini, mungkin hidup kita hanyalah untuk memenuhkan perut semata-mata. Moga dijauhkan daripada semua itu.   Kebanyakan surirumah hari ini adalah terdiri daripada insan-insan terpelajar, insan yang memiliki pelbagai bentuk ilmu bermanf

Surirumah berpendirian Teguh

Alhamdulillah akhirnya saya beroleh kekuatan untuk meneruskan blog ini. Moga ia mampu membantu saya dan rakan-rakan surirumah untuk beroleh kekuatan dalam mengharungi hidup sebagai seorang surirumah sepenuh masa.   Kadang-kadang lain yang kita inginkan tetapi lain pula ketetapan Allah swt buat kita. Lain yang kita pilih tetapi lain pula yang berlaku. Redhalah dengan apa yang berlaku kerana ia akan memberi kekuatan kepada kita dalam menghadapi hidup ini.   Kemudian, kita mestilah berpegang teguh dengan prinsip kita, kerana ia punca kekuatan dalam mengharungi hidup.    Sebagaimana yang saya selalu sebutkan, bila kita memilih untuk menjadi surirumah sepenuh masa, ia tidak bermakna kita meninggalkan masyarakat disekeliling kita, tetapi kita mencari kekuatan daripada pilihan tersebut. Cubalah untuk menjadi ejen perubah dalam masyarakat disekeliling kita, agar umat Islam dihormati.   Kitalah wanita, ibu, kakak dan anak perempuan...didiklah diri untuk menjadi wanita yang m