Surirumah berpendirian Teguh

Alhamdulillah akhirnya saya beroleh kekuatan untuk meneruskan blog ini. Moga ia mampu membantu saya dan rakan-rakan surirumah untuk beroleh kekuatan dalam mengharungi hidup sebagai seorang surirumah sepenuh masa.
 
Kadang-kadang lain yang kita inginkan tetapi lain pula ketetapan Allah swt buat kita. Lain yang kita pilih tetapi lain pula yang berlaku.

Redhalah dengan apa yang berlaku kerana ia akan memberi kekuatan kepada kita dalam menghadapi hidup ini.
 
Kemudian, kita mestilah berpegang teguh dengan prinsip kita, kerana ia punca kekuatan dalam mengharungi hidup. 
 
Sebagaimana yang saya selalu sebutkan, bila kita memilih untuk menjadi surirumah sepenuh masa, ia tidak bermakna kita meninggalkan masyarakat disekeliling kita, tetapi kita mencari kekuatan daripada pilihan tersebut. Cubalah untuk menjadi ejen perubah dalam masyarakat disekeliling kita, agar umat Islam dihormati.
 
Kitalah wanita, ibu, kakak dan anak perempuan...didiklah diri untuk menjadi wanita yang mampu memberi impak yang maksima didalam masyarakat dengan menjaga diri sebaik-baiknya. Dalam masa yang sama keluarlah untuk berbakti kepada masyarakat setakat mana kemampuan diri kita.
 
Ingatlah selalu hadis ini "Wanita adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah".  
 
Juga ingatlah
 "Surirumah adalah Pengurus Rumahtangga, jika pengurus tersebut mantap, rumahtangga tersebut akan mampu berdiri teguh, namun jika pengurus tersebut lemah, tiada pendirian, rumah tersebut akan goyah dan akhirnya akan rebah menyembah bumi."
 
Sama-samalah kita fikirkan dan perbaiki mana yang perlu dibaiki. Moga Allah memberi kekuatan kepada kita.
 

Comments

  1. saya juga surirumah terpelajar (master in science)..bukan memilih untuk tidak bekerja..tetapi sbb tdk mendapat kerjaya yg diidamkan..blog ini amat beerti buat saya utk menjadi seorang surirumah yg ikhlas dan redha dgn kerjaya ini...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Bagus sgt2 article ni untuk saya.kadang2 bila tidak kuat atau goyang hati ni boleh jadi lost jugak lagi2 bila terkenangkan waktu sebelum jd surirumah sepenuh masa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat