Posts

Showing posts with the label Pendidikan Anak-anak

Doakan Secara Berdepan

Alhamdulillah...syukur kerana masih mampu menulis di sini. Kali ini saya berminat untuk berkongsi satu cara yang amat elok, yang sentiasa diamalkan oleh rakan-rakan Arab, iaitu doakan rakan secara berdepan serta mengaminkan bersama-sama. Bagi saya, itu adalah satu cara yang elok serta membahagiakan hati orang yang mendengarnya. Amalan ini adalah biasa dikalangan orang-orang Arab, tetapi amat jarang ditemui dalam masyarakat kita, sehinggakan saya terasa seolah-olah begitu berat untuk menuturkannya. Sebenarnya ia akan menjadi mudah jika kita melatih tabiat ini semenjak kecil, kerana ia adalah di antara perkataan asas dalam pertuturan. Doa-doa ini boleh digunakan dalam bahasa kita, selagi ia mampu difahami orang yang mendengarnya. Saya dapat bayangkan betapa gembiranya insan yang berkomunikasi dengan kita, bila ungkapan kita sentiasa diselitkan dengan doa-doa yang indah. Kita boleh melatih anak-anak kita menggunakannya, menggantikan perkataan-perkataan kasar yang boleh mengguris ...

Didik Anak Tersenyum

Alhamdulillah tergerak dihati untuk berkongsi satu teknik yang selalu saya gunakan bila bertemu dengan kanak-kanak, iaitu tersenyum, dan meminta mereka senyum. Secara fitrahnya kanak-kanak mudah tersenyum, dan senyuman itu yang menjadi daya tarikan mereka sedari kecil. Namun begitu lama kelamaan sifat ini hilang tanpa disedari hingga ke satu tahap mereka hanya tersenyum kepada insan-insan tertentu sahaja. Pada mulanya saya hanya bergurau dengan mereka tetapi akhirnya saya merasakan senyuman itu indah, apatah lagi jika ia lahir dari hati yang ikhlas. Jadi tidak salah untuk meminta mereka agar menghadiahkan kita satu senyuman. Bagi saya, kanak-kanak berhati suci dan bersih, bila hati mereka bersih, terlalu mudah untuk tersenyum kepada sesiapa sahaja. Jadi mungkin ada sesuatu yang menyebabkan mereka makin sukar untuk tersenyum bila usia meningkat. Alangkah indah dan gembiranya jika kita selalu bertemu dengan insan yang suka senyum, kerana senyuman mereka mampu mengubat hati insan yan...

Ringkas dan Berkhasiat

Salam Ramadhan.. Moga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik buat kita sekeluarga. Bila masuk Ramadhan cerita surirumah banyak berkait dengan makanan, kerana itulah tajuk utama yang dibincangkan dimana-mana. Macam-macam resepi masakan dikongsi, anak-anak pula masing-masing sibuk dengan permintaan mereka. Jika nak diikuti semua permintaan anak-anak seharian lah ibu berada di dapur. Sebenarnya Ramadhan bukanlah untuk makan, ia bulan untuk melatih kita kurangkan makan serta lebihkan ibadah. Namun begitu setiap kali Ramadhan datang umat Islam sibuk dengan makanan hinggalah akhirnya matlamat Ramadhan tak tercapai. Apa kata kali ini kita cuba mendidik diri dan keluarga kita agar mencuba makanan ringkas tapi bekhasiat. Jadi ibu-ibu dapat mengurangkan masa berada didapur serta dapat menggantikannya dengan aktiviti lain. Sebaik-baiknya banyakkan memakan buah-buahan segar ketika berbuka. Bagi saya ia lebih ringkas dan mudah. Begitu juga makanan lain, cuba masak makanan yang ringkas kerana i...

Bersama Anak-anak 24 jam

Bismillah.... Apabila kita memilih untuk berada dirumah, maknanya kita bersedia untuk berada sepanjang masa bersama-sama anak-anak, dalam kata lain 24 jam, tujuh hari dalam seminggu. Apakah kita bersedia secara emosi dan fizikal untuk menempuh pengalaman ini? Apakah kita akan mampu bersabar sepanjang tempoh tersebut ataupun hari-hari dijalani dengan penuh ketegangan, kerana kurang mampu bersabar dengan kerenah anak-anak. Bagi ibu-ibu yang bekerja, mereka mungkin menghadapi hari-hari sebegini ketika tibanya musim cuti sekolah. Namun begitu ramai ibu-ibu hari ini memilih untuk mendaftarkan anak-anak mereka ke kelas-kelas tertentu sepanjang musim cuti, demi memanfaatkan masa cuti anak-anak mereka. Bayangkan ketika bekerja, kita cuma menghabiskan masa yang amat singkat dengan anak-anak, kerana masa kita banyak dihabiskan ditempat kerja, manakala anak-anak kita hantarkan ke pusat-pusat asuhan. Apabila balik ke rumah kita sibuk dengan urusan rumahtangga, mak...

Menagih Kasih-sayang

Alhamdulillah dua hari lepas saya sempat menghadiri program khas untuk ibu-ibu disekolah hero-hero saya belajar. Ada beberapa perkara yang disampaikan sebagai panduan ibu-ibu semasa mendidik anak-anak. Apa yang paling menarik bagi saya ialah penjelasan tentang anak-anak menagih kasih-sayang. Inilah fenomena yang berlaku disekolah-sekolah sekarang, yang mana pelajar cuba menarik perhatian guru-guru, serta inginkan perhatian lebih diberikan kepada mereka, malah ada ketikanya mereka bergaduh hanya kerana inginkan perhatian guru. Inilah dilema yang dihadapi guru-guru bila anak-anak kurang diberi perhatian semasa dirumah, mereka mencarinya disekolah. Alhamdulillah mereka mencarinya ditempat yang elok, tetapi jika guru tidak sempat memberi perhatian, maka anak-anak ini akan mencarinya diluar. Dari situ akan bermulalah masalah lain yang akhirnya akan menjadi masalah sosial yang serius. Di antara isi perbincangan semasa perjumpaan tersebut ialah: 1. Ibu-ibu mestilah faham bahawa...

Bila kita Membantu orang lain....

Salam Ramadhan... Bila kita membantu orang lain, Allah akan membantu kerja-kerja kita...itulah diantara kata-kata yang selalu kita dengar dimana-mana. Sememangnya itulah yang sebaik-baiknya kita lakukan, sentiasa bersedia untuk membantu insan-insan disekeliling kita. Namun begitu apabila ungkapan tersebut diluaskan lagi meliputi pendidikan anak-anak, saya jadi tertanya-tanya, betulkah apabila kita mendidik anak-anak orang lain, maka anak-anak kita juga dengan sendirinya akan terdidik? Teringat pula kisah seorang pensyarah yang sibuk dengan urusan mengajar, memberi ceramah agama serta tidak sempat meluangkan masa untuk mendidik anak-anak sendiri, akhirnya anak-anak beliau menjadi mangsa. Apakah dalam kes beliau yang ikhlas mendidik anak-anak orang lain, Allah tidak membantu mendidik anak-anak beliau? Ataupun ungkapan tersebut yang perlu kita teliti semula? Apakah anak-anak kita akan terdidik jika kita sentiasa sibuk dengan urusan diluar? Apakah bentuk didikan yang akan dip...

Mendidik Anak Berani

Alhamdulillah, musim cuti sekolah kali ini pelbagai program boleh dilakukan dengan anak-anak, namun begitu anak-anak saya lebih gembira bermain dalam kumpulan. Berbagai-bagai aktiviti berkumpulan yang mereka lakukan tanpa dirancang. Sebenarnya terdapat pelbagai kesan positif yang mampu mereka perolehi daripada permainan sehari-hari, walaupun kadang-kadang kita merasakan mereka membuang masa.  Ini kerana dengan bermain mereka dapat melatih diri memupuk sifat-sifat positif dalam diri mereka. Ini termasuklah bagaimana menangani perasaan marah, bagaimana melatih diri menjaga lidah, tangan dan kaki. Tanpa bermain, kita tidak dapat melihat tindakbalas yang betul daripada anak-anak kita. Begitu juga mereka berpeluang berinteraksi sesama mereka. Bagi saya berilah peluang anak-anak bermain semasa kecil, kerana ia dapat membentuk peribadi mereka sedari kecil.   Namun begitu saya masih lagi tercari-cari formula untuk meningkatkan sifat berani dikalangan anak-anak....

Menyemai Minat Suka Membaca

Alhamdulillah anak-anak semakin minat membaca, walaupun kami tidak pernah menyuruh atau memaksa mereka membaca. Mungkin minat tersebut timbul perlahan-lahan kerana mereka sentiasa melihat kami membaca buku. Bila melihat anak-anak makin berminat untuk membaca buku, maka kami mulakan dengan membeli bahan bacaan ringan seperti majalah majid, buku-buku cerita khayalan serta beberapa jenis buku lain. Kadang-kadang terasa bersalah kerana memberi mereka peluang membaca cerita-cerita khayalan, tapi berdasarkan pengalaman lalu dimana kami hanya menyediakan set buku-buku cerita Nabi Muhammad saw sahaja di rumah, tidak ada seorangpun yang membacanya. Alhamdulillah semasa pameran buku antarabangsa yang lalu kami memberi peluang untuk mereka memilih buku mengikut citarasa sendiri. Hasilnya mereka membaca buku-buku pilihan mereka termasuklah ensaiklopedia tentang haiwan. Mulai bulan ini anak-anak semakin berminat untuk membaca buku-buku lain, malah mula bertanya tentang buku-buku cerita tentang ...

Sabarlah dengan Kerenah Anak-anak

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana kita dikurniai anak-anak yang menceriakan hari-hari kita. Mereka adalah tanggungjawab yang diberikan kepada kita dan tidak boleh kita pandang ringan. Susah atau senang terpaksalah kita hadapi dengan penuh sabar. Bukan semua pasangan bertuah memiliki anak, masih ramai yang tertunggu-tunggu bilakah Allah akan mengurniakan mereka anak. Malah pelbagai usaha yang telah mereka lakukan tapi masih belum berhasil. Jadi bila mengingatkan ujian yang terpaksa mereka hadapi, kita seharusnya bersyukur kerana ujian kita berbeza daripada pasangan-pasangan ini. Semenjak lahir pelbagai kerenah anak-anak kecil yang terpaksa kita hadapi, apatah lagi sekiranya kita mempunyai anak kecil yang berderet-deret, setahun seorang, maka kerenah yang terpaksa kita hadapi juga berganda. Itulah ujian seorang ibu. Mampukah kita bersabar bila berhadapan dengan kerenah mereka? Alhamdulillah anak-anak saya telah melepasi peringkat pertama, kesemua mereka sekarang berada da...