Posts

Showing posts from January, 2011

Beberapa peringatan buat Diri...

"Jika kamu mahu kerja disiapkan, berikan tugas tersebut kepada insan yang sibuk" Ini kerana orang yang sibuk lebih tahu mengatur masa untuk menyiapkan tugasan mereka. Orang yang agak kurang sibuk selalunya menangguh-nangguhkan kerja mereka kerana menganggap masa masih banyak. Manusia adalah sejenis mesin yang akan rosak jika tidak digunakan, ini kerana kita akan menggandakan tenaga kita dengan cara menggunakannya. Jika kita kurang membuat kerja, kurang melakukan aktiviti fizikal, maka otot-otot kita akan menjadi keras dan kaku, jadi manfaatkanlah ia dengan cara melakukan tugas-tugas kita dengan cergas. Itulah sebabnya umat Islam diajar untuk solat, kerana bila kita solat kita akan menggerakkan anggota tubuh badan kita, jadi penggunaan tenaga akan berlaku disitu. Tenaga manusia akan ada dengan cara menggunakannya, jika kita menghalang penggunaannya ia akan tersekat serta akan menyebabkan timbul pelbagai masalah penyakit kepada kita. Secara ringkasnya tenaga fizikal akan be

Masih Bahagia

Saya masih dalam mood untuk bercerita tentang kebahagiaan dan kegembiraan, yang mana ia merupakan suatu topik yang amat penting buat surirumah. Ya lah kita sebagai surirumah selalu berdepan dengan pelbagai soalan bila duduk bersama-sama ahli masyarakat. Ketika itulah perasaan bahagia kita berada dirumah akan diuji dengan pelbagai soalan maut yang mampu mengugat ketenangan yang kita rasa. Mungkinkah anda juga merasai perasaan seperti ini? Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita seolah-olah menyambungkan diri kita kepada satu mesin untuk menjadikan kita bahagia. Apakah kita sanggup untuk menjadi seorang insan yang terlalu bergantung kepada unsur lain untuk merasa bahagia? Sedangkan kita tahu bahawa semua unsur tersebut tidak kekal...malah akan hilang bila tiba masanya. Ketika itu kita akan mencari-cari unsur lain untuk kita sambungkan tenaga kita demi memiliki rasa bahagia yang kita impikan. Apakah yang kita rasakan bila kita terpaksa bergantung kepada orang lain dalam setiap akt

Lebih Gembira (Happier...)

Alhamdulillah, hari ini saya ingin berkongsi sebuah buku yang agak menarik iaitu "Happier" ditulis oleh Tal Ben Shahar. Buku tersebut agak menarik kerana ia membincangkan bagaimana untuk kita menjadi lebih gembira dalam kehidupan kita. Ini kerana bagi penulis "happiness" adalah matlamat akhir, dalam mencapai kebahagiaan tersebut kita perlu lebih gembira, kerana siri-siri kegembiraan tersebutlah yang akan membawa kita kepada kebahagiaan sejati. Saya tidak ingin mengulas panjang mengenai isi kandungan buku tersebut, akan tetapi kepada sesiapa yang berminat untuk membacanya, boleh e-mailkan kepada saya kerana saya terlupa link asal buku tersebut ataupun boleh mencarinya di http://www.scribd.com/ , dan download free. Moga kita dapat mengisi hidup kita dengan episod-episod bahagia, serta beroleh keredhaan Allah swt.

Tahun Baru Wajah Baru

Alhamdulillah tergerak dihati untuk membuat sedikit perubahan pada blog ini, moga ia mampu menjadi sumber inspirasi kepada surirumah termasuklah diri ini. Namun begitu ia masih belum memenuhi maksud 'suriummah' yang saya pilih untuk digunakan pada url blog ini. Bagi saya 'suriummah' mempunyai maksud yang begitu luas, dan perkataan tersebut menggambarkan kehebatan seorang wanita, yang merangkumi segenap sudut hidup mereka. Dalam pada itu, blog ini masih perlu ditambah lagi isinya. Moga impian hati ini akan tercapai.