Posts

Showing posts with the label Cerita Oman

Mesyuarat Ibu-ibu lagi

Alhamdulillah pagi semalam saya telah menghadiri mesyuarat ibu-ibu di sekolah anak sulung saya, satu perjumpaan dengan ibu-ibu untuk memberi taklimat akhir sebelum sekolah dibuka semula hari ini. Alhamdulillah suasana perjumpaan semalam amat berbeza daripada kebiasaan, salah juga ramalan saya. Kebiasaannya mesyuarat dimulakan lewat daripada waktu yang ditetapkan, namun begitu semalam ia dimulakan lebih awal. Disebabkan saya dan anak perempuan terpaksa berjalan jauh sebelum sampai ke sekolah, jadi kami terlewat 20minit daripada waktu yang ditetapkan, ketika kami sampai program telahpun dimulakan. Alhamdulillah suasana mesyuarat kali ini tenang, tidak suara-suara orang bercakap, mungkin disebabkan kerusi yang diletakkan jauh antara satu sama lain, ataupun kesan daripada H1N1 disitu. Maka sayapun terasa seronok dengan suasana kali ini, ditambah lagi dengan pengisian yang diberikan oleh guru-guru disitu. Masing-masing tampil menyentuh isu-isu yang berkaitan...

Mesyuarat Ibu-ibu di Sekolah

Alhamdulillah malam tadi selesailah mesyuarat ibu-ibu di sekolah Zahratul Maarif, sekolah hero-hero saya belajar. Seperti biasa cara mereka amat jauh bezanya daripada kita, memang tiada protokol dalam setiap pertemuan, malah tidak ada ucapan-ucapan rasmi seperti yang biasa kita lihat di sekolah-sekolah di Malaysia. Namun begitu persatuan ibu-ibu tetap ada, walaupun hanya sekadar nama. Dah mungkin adat mereka. Menurut kebiasaan mereka, pertemuan diadakan disebelah malam agar lebih ramai ibu-ibu dapat hadir ke sekolah, kerana ada orang yang boleh menghantar mereka. Tahun-tahun lepas tidak ramai yang hadir menyebabkan pihak pengurusan menyediakan hanya sedikit kerusi di tempat perjumpaan, tetapi malam tadi kehadiran amat ramai alhamdulillah. Kehadiran ibu-ibu yang agak ramai ini juga memeriahkan majlis ini, kerana dewan sentiasa bising setiap kali pihak pengurusan berhenti bercakap, malah mereka terpaksa mengetuk meja agar para hadirin diam. Itulah cara orang Arab, nak bua...

Cerita di Oman

Alhamdulillah setelah lama berehat, hari ini saya mulakan semula penulisan di sini, moga ia dapat menjadi terapi kepada saya yang makin malas menulis. Alhamdulillah anak-anak telah mula bersekolah semula secara berperingkat-peringkat malah minggu ini perjumpaan persatuan ibu-ibu disekolah akan mula diadakan. Begitulah urusan hidup seorang surirumah, mestilah memastikan hubungan antara rumah dan sekolah berjalan dengan baik. Memang kerajaan Oman begitu mengambil berat tentang kesihatan pelajar-pelajar mereka, pelbagai usaha dilakukan untuk memberi kesedaran kepada ibubapa pelajar tentang H1N1. Malah guru-guru ditugaskan untuk mengambil suhu badan pelajar setiap pagi sebelum pelajaran bermula. Ini adalah untuk memastikan setiap pelajar berada dalam keadaan sihat ketika berada di sekolah. Akan tetapi sehebat manapun usaha yang dilakukan pasti tidak dapat mengatasi ketetapan Allah swt. Sekolah anak sulung saya terpaksa ditutup seminggu bermula daripada 11 Nov 2009, hanya selepas dua ...

Melawat sambil Belajar

Alhamdulillah sepanjang Syawal yang lalu kami banyak melawat tempat-tempat menarik di Oman. Ditambah pula anak-anak masih lagi bercuti, jadi kami manfaatkan masa ini untuk membawa anak-anak melawat sambil belajar. Bermula dengan membantu Saudari Muna dari Thailand melawat-lawat sekitar bandar Muscat pada hari raya pertama dan kedua, sekarang kami meneruskan program ini untuk anak-anak. Diantara tempat-tempat menarik ialah taman-taman dan kota-kota di Oman. Maklumlah anak-anak belajar di sekolah kerajaan Oman, jadi maklumat-maklumat sebegini amat diperlukan oleh anak-anak kami agar mampu memahami apa yang akan dipelajari di sekolah. Setakat ini kami telah melawat Kota-kota (Husn) Jibrin, Bahla, Ibri dan Barka. Memang banyak perkara yang mampu dipelajari disebalik kewujudan kota-kota sebegini di Oman. Inilah sejarah Oman yang agak menarik untuk dipelajari. Sayangnys saya tidak boleh memasukkan gambar tempat-tempat tersebut disini, kerana masalah teknikal, walaupun dah mencuba beber...

Kawan Baru di Oman

Alhamdulillah, semalam, selepas pulang daripada rumah terbuka seorang kawan berdekatan Qurum Natural Park, kami sempat singgah berehat di taman tersebut. Biasanya kami menghabiskan hari minggu berehat di tepi pantai sambil berenang dan menyelam. Itu saja yang dapat kami lakukan sebagai anak rantau, untuk menenangkan fikiran. Alhamdulillah raya kali ini, program hujung minggu kami terisi dengan jemputan rumah terbuka, satu perubahan baru dalam kehidupan kami di sini. Sekurang-kurangnya ada jalan dibuka kepada kami mengenali orang Malaysia lain di sini. Namun bagi saya, walaupun kurang bergaul dengan warga senegara, kehidupan kami tetap meriah dengan ukhwah yang dijalinkan dengan dengan warga lain seperti Sudan, Mesir, Oman, India, Pakistan dan lain-lain. Sedang kami berehat menunggu anak-anak bermain, tiba-tiba mereka datang memberitahu bahawa mereka terjumpa kanak-kanak bercakap bahasa Melayu, 'orang Malaysia la tu' kata si kakak. Saya kata 'mungkin Indonesia atau B...