Melawat sambil Belajar

Alhamdulillah sepanjang Syawal yang lalu kami banyak melawat tempat-tempat menarik di Oman. Ditambah pula anak-anak masih lagi bercuti, jadi kami manfaatkan masa ini untuk membawa anak-anak melawat sambil belajar.

Bermula dengan membantu Saudari Muna dari Thailand melawat-lawat sekitar bandar Muscat pada hari raya pertama dan kedua, sekarang kami meneruskan program ini untuk anak-anak. Diantara tempat-tempat menarik ialah taman-taman dan kota-kota di Oman. Maklumlah anak-anak belajar di sekolah kerajaan Oman, jadi maklumat-maklumat sebegini amat diperlukan oleh anak-anak kami agar mampu memahami apa yang akan dipelajari di sekolah.

Setakat ini kami telah melawat Kota-kota (Husn) Jibrin, Bahla, Ibri dan Barka. Memang banyak perkara yang mampu dipelajari disebalik kewujudan kota-kota sebegini di Oman. Inilah sejarah Oman yang agak menarik untuk dipelajari.

Sayangnys saya tidak boleh memasukkan gambar tempat-tempat tersebut disini, kerana masalah teknikal, walaupun dah mencuba beberapa kali masih gagal. Ada tak sesiapa yang dapat membantu? Mr. Help tidak dapat menunjukkan caranya disini.

Comments

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat