Sabarlah dengan Kerenah Anak-anak

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana kita dikurniai anak-anak yang menceriakan hari-hari kita. Mereka adalah tanggungjawab yang diberikan kepada kita dan tidak boleh kita pandang ringan. Susah atau senang terpaksalah kita hadapi dengan penuh sabar.

Bukan semua pasangan bertuah memiliki anak, masih ramai yang tertunggu-tunggu bilakah Allah akan mengurniakan mereka anak. Malah pelbagai usaha yang telah mereka lakukan tapi masih belum berhasil. Jadi bila mengingatkan ujian yang terpaksa mereka hadapi, kita seharusnya bersyukur kerana ujian kita berbeza daripada pasangan-pasangan ini.

Semenjak lahir pelbagai kerenah anak-anak kecil yang terpaksa kita hadapi, apatah lagi sekiranya kita mempunyai anak kecil yang berderet-deret, setahun seorang, maka kerenah yang terpaksa kita hadapi juga berganda. Itulah ujian seorang ibu. Mampukah kita bersabar bila berhadapan dengan kerenah mereka?

Alhamdulillah anak-anak saya telah melepasi peringkat pertama, kesemua mereka sekarang berada dalam peringkat kedua (7 tahun ke atas) iaitu peringkat mendisiplinkan mereka. Kadang-kadang saya terfikir mengapa saya tidak bertegas dengan mereka pada peringkat awal lagi, supaya senang untuk mendisiplinkan mereka.

Namun begitu alhamdulillah, ini kerana pada peringkat umur sebegini mereka telah mampu memahami setiap disiplin yang diterapkan kepada mereka. Jadi kebebasan yang diberikan semasa mereka masih kecil bukan bermakna mereka boleh berbuat sesuka hati mereka. Ia cuma kebebasan untuk mereka mengeluarkan setiap idea yang ada dalam fikiran mereka, tanpa banyak perkataan 'tidak' dalam kamus hidup mereka pada peringkat itu.

Bayangkan anak-anak yang terlalu awal didisiplinkan banyak idea akan terbantut begitu saja, kerana banyaknya perkataan 'tidak' diberikan kepada mereka semenjak mereka masih belum memahami apa-apa.

Ketika ini terasa betul juga apa yang disarankan oleh Saidina Ali dalam pendidikan anak-anak, iaitu disiplinkan mereka ketika berumur 7 tahun ke atas. Dalam masa yang sama, cerita sahabat-sahabat yang menyuruh anak-anak mereka membai'ah Rasulullah apabila anak-anak mereka berumur 7 tahun menguatkan lagi tindakan sebegini.

Apakah rahsia dan hikmahnya para sahabat menyuruh anak-anak mereka bertemu dan membai'ah Rasulullah ketika mereka berumur 7 tahun, mengapa mereka tidak menyuruh mereka ketika usia mereka masih kecil? Apakah kanak-kanak sekarang berbeza daripada kanak-kanak ketika zaman Rasulullah?

Kanak-kanak tetap kanak-kanak walau pada zaman mana mereka dilahirkan. Oleh itu ibubapa hendaklah memahami kehendak mereka serta banyak bersabar dengan pelbagai kerenah mereka.

Comments

  1. assalamualaikum wbt,
    Alhamdulillah, saya sangat bersyukur, walaupun agak terlambat tetapi Allah temukan juga saya dengan blog ini sebagai sumber input berguna kepada saya terutamanya dalam memotivasikan saya sebagai suri rumah. Namun,saya ini seorang suri rumah/ ibu muda yang masih jahil dalam banyak perkara. jadi, boleh tak dr cadangkan tulisan/ buku dlm bahasa melayu/ inggeris untuk sy rujuk terutama dlm hal pendidikan anak-anak dan pengurusan rumahtangga yang efektif? Terima kasih saya dahulukan.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Qamariah...
    Terimakasih atas kunjungan ke sini, moga dapat berkongsi maklumat.
    Moga dapat berkenalan walaupun hanya dialam maya.

    Sebenarnya saya kurang arif tentang buku2 dalam BM @ Inggeris, kerana kesukaran untuk mendapatkannya disini.
    Kebanyakan rujukan saya adalah buku2 Arab yg boleh saya dapati dgn mudah disini.
    Jika berminat utk membaca lebih lanjut, sila ke blog saya yg pertama www.surirumahtangga.blogspot.com. Moga dapat sedikit-sebanyak maklumat drp situ.

    ReplyDelete
  3. salam..TQ atas pndangan berguna utk saya sebagai ibu kepada anak2 yg masih kecil dan lasak..kdg2 tak tertahan rasanya..namun inilah taqdir dan amanah yg harus dipikul...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Bila Berbakat...Kembangkanlah...