Blog Baru Niat Baru

Alhamdulillah blog ini diwujudkan untuk menggantikan blog 'Surirumah Efektif' yang merupakan tempat saya belajar menulis bermula 2 Syawal tahun lepas.

Setelah setahun berlalu, terlalu banyak perkara yang saya pelajari berkaitan surirumah dan internet. Jadi saya merasakan teramat perlu untuk saya melakukan perubahan, untuk lebih fokus kepada bidang pilihan saya, surirumah dan pengurusan keluarga.

Blog ini juga diwujudkan untuk memotivasi diri sendiri yang mana apabila diri termotivasi, banyak usaha yang mampu dilakukan untuk kebaikan ummah.

Namun begitu, saya masih tetap meyakini bahawa apa saja kebaikan yang ingin kita lakukan hendaklah bermula dengan diri sendiri. Sekiranya kita mampu mengawal diri, kita akan mampu mengawal keluarga kita seterusnya kita akan mampu menyumbang sesuatu untuk kebaikan masyarakat disekeliling kita.

Jika setiap diri mampu dikawal oleh tuan empunya diri, maka akan amanlah bumi ini, dan kehidupan yang akan kita lalui juga akan menjadi teramat manis. Dengan itu 'surirumah' juga akan mampu menjadi 'suriummah'.

Surirumah bukanlah seorang wanita yang lemah, tidak berwawasan tetapi menjadi agen perubah masyarakat di sekeliling mereka. Itulah peranan yang telah dimainkan oleh wanita-wanita Islam terdahulu, saling bantu membantu untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni.

Apakah kita telah berjaya mendidik diri kita? Apakah kita mempunyai misi untuk kebaikan orang-orang disekeliling kita? Sama-samalah kita berusaha diiringi doa berterusan agar Allah memberi kekuatan kepada kita dalam segala usaha yang akan kita lakukan.

Comments

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat