Apa Perasaan Anda Hari Ini?

Apa perasaan anda setiap hari apabila bangun tidur? Adakah anda gembira dan bersemangat untuk meneruskan hari tersebut ataupun letih-lesu serta tidak ceria.

Ingatlah Rasulullah sallalahu alaihiwasallam mengajar kita membaca doa setiap kali bangun tidur yang bermula dengan kata-kata syukur kepada Allah. Ini bermakna kita perlu hadapi hari-hari dalam hidup kita bermula dengan kesyukuran dan kegembiraan.

Kemudian kita diajar supaya berwuduk dan memasukkan air ke dalam hidung, kerana syaitan berada didalam lubang hidung kita ketika kita tidur. kemudian menunaikan solat Subuh dengan penuh khusyuk. Begitulah amalan harian yang diajar kepada kita sebelum memulakan kerja-kerja lain.

Apakah kita terfikir mengapa kita disuruh berbuat demikian? Mengapa kita perlu melakukan perkara-perkara tersebut sejurus bangun tidur? Apakah hikmah yang mampu kita perolehi?

Sememangnya orang-orang yang memulakan hari-hari mereka dengan penuh kesyukuran akan dapat meneruskan hari tersebut dengan gembira dan akan dapat berkomunikasi dengan orang-orang di sekeliling mereka dengan baik.

Jadi pastikan hari kita bermula dengan penuh semangat dan keceriaan, kerana keceriaan kita akan membantu seluruh ahli keluarga kita untuk turut sama ceria.

Bayangkan orang yang tidak memulakan hari mereka dengan perkara-perkara sebegini, apakah sama suasana yang dilalui oleh mereka dengan suasana hari yang dilalui oleh seorang wanita Muslimah? Tentu banyak bezanya terutama bagi surirumah yang akan menyediakan keperluan keluarganya.

Amalan sebegini banyak memberi kesan kepada hati keluarga kita. Jika anda inginkan suami dan anak-anak yang lembut hati dan penuh kasih sayang, mulakan hari kita dengan amalan yang elok seperti yang diajar oleh Rasulullah saw. Moga hari-hari kita dilalui penuh ketenangan dan kebahagiaan.

Comments

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat