Cepatnya Masa Berlalu

Begitu cepat masa berlalu, pejam celik pejam celik sudah seminggu berlalu. Ketika ini terasa banyak masa dihabiskan tanpa hasil (material). Memang sepanjang hari menghabiskan masa dengan anak-anak, melayani kerenah mereka memang memerlukan kesabaran. Tambahan lagi bila dilakukan dalam keadaan santai, tidak terasa masa berlalu.

Apakah itu keseronokan? Ini kerana bila kita seronok kita tidak terasa masa berlalu begitu cepat, sedangkan bila kita dalam musibah kita akan selalu menghitung hari, mengharapkan penderitaan itu berakhir.

Hati tertanya-tanya; apakah ada orang lain yang terasa bahawa masa berlalu begitu cepat? Apakah ini tanda-tanda bahawa dunia semakin tiba ke penghujungnya sebagaimana yang disebut dalam hadis Rasulullah tentang tanda-tanda hari akhirat iaitu "masa berlalu begitu cepat". Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya.

Sebagai surirumah, apakah melaksanakan rutin seharian menyebabkan kita terasa masa begitu pantas berlalu? Pastikan kita membetulkan niat kita berada di rumah agar segala pekerjaan yang kita lakukan seharian mendapat pahala daripada Allah.

Pastikan juga kita menjaga pengurusan masa kita setiap hari agar setiap waktu yang berlalu memberi manfaat kepada kita dan keluarga. Moga kita beroleh Rahmat-Nya.

Comments

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat