Semangat Ramadhan

Alhamdulillah kita telah berjaya melalui tarbiyah Ramadhan tahun ini, moga-moga ia mampu mengajar kita mengurus diri dan keluarga dengan lebih terancang.

Memang terlalu banyak ilmu yang mampu kita perolehi daripada Ramadhan. Malah setiap kali kedatangannya kita berubah menjadi seorang Muslim yang lebih elok daripada sebelumnya, tapi apakah setiap amalan yang dilakukan semasa Ramadhan dapat kita teruskan selepas Ramadhan berakhir?

Menurut kajian, ramai keluarga Muslim berubah ke arah yang lebih baik ketika bulan Ramadhan, malah peratusan pergaduhan suami isteri serta perceraian juga berkurangan dalam bulan Ramadhan. Apakah umat Islam mesti menunggu bulan Ramadhan untuk berubah? Dan apakah perubahan itu akan berterusan ataupun berakhir bersama-sama berakhirnya Ramadhan kali ini.

Sama-samalah kita memastikan yang kita mampu melakukan yang terbaik untuk keluarga kita,setelah berjaya menjalani tarbiyah Ramadhan tahun ini. Dan biarlah usaha yang kita lakukan itu berterusan sepanjang tahun sehingga kita bertemu Ramadhan seterusnya.

Comments

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat