Skip to main content

Bila terkena kepada kita...

Sebagai manusia yang hidup di dunia ini kita tidak boleh lari daripada menghadapi masalah. Setiap saat yang berlalu merupakan ujian kepada kita, apakah kita telah menggunakannya dengan sebaik-baiknya ataupun ia sekadar berlalu tanpa apa-apa faedah.

Ujian-ujian inilah yang akan menambahkan pengalaman kepada kita, bagaimana menghadapi ujian itu dan apakah cara untuk menyelesaikannya.

Apakah kita dapat merasai kesusahan yang dihadapi oleh orang lain? Apakah pula tindakan kita untuk membantu orang-orang yang menghadapi masalah itu? Kadang-kadang kita cuma mampu melihat tanpa membantu apa-apa,itulah ujian kita pula.

Namun bila masalah yang sama terkena kepada kita barulah kita merasai apa yang selama ini cuma kita lihat dari jauh. Inilah kehidupan...Itulah sebabnya kita diajar agar sentiasa bantu membantu antara satu sama lain, agar kita tidak terkejut apabila menghadapi ujian yang sama.

Ada orang yang terus melenting apabila menghadapi masalah, habis orang diarahkan untuk membantu mereka. Apatah lagi sekiranya mereka adalah bos ataupun isteri bos, habislah pekerja-pekerja dibawah mereka ditekan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

Nasiblah bila kita bertemu dengan orang-orang sebegini, orang yang tidak memikirkan tentang urusan hidup orang lain. Apa yang penting bagi mereka ialah kehidupan mereka penuh dengan kesenangan. Apa-apapun sebagai insan kita hendaklah bersabar dengan orang-orang sebegini. Bila tiba masanya mereka akan reda sendiri, dan keadaan akan jadi seperti sediakala.

Ini kerana setiap orang dijadikan dengan sifat-sifat tersendiri yang amat sukar difahami oleh orang lain. Begitulah asam garam hidup sebagai surirumah yang bergaul dengan surirumah yang bermasalah. Moga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk menghadapi hari-hari mendatang dengan penuh ketenangan.

Comments

Popular posts from this blog

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat

Alhamdulillah hari ini saya ingin berkongsi kegembiraan kerana telah berjaya menyelesaikan masalah utama di dapur tanpa bantuan orang lain. Memandangkan kami tinggal di apartment yang disediakan oleh majikan suami di sini, jadi kami tidak banyak pilihan. Redha dan bersyukur dengan apa yang ada meskipun kadang-kadang rasa sakit hati bila pelbagai masalah timbul. Alhamdulillah pihak pengurusan bangunan menyediakan perkhidmatan baikpulih secara percuma tetapi agak sukar untuk mendapatkan khidmat pekerja tersebut mengikut masa luang kami.Selalunya pekerja akan datang pada waktu pagi, saya akan mendiamkan diri, tidak berani membuka pintu kerana tinggal bersendirian.Apabila menghadapi masalah sinki tersumbat pula terpaksa tunggu berhari-hari untuk mendapat waktu yang sesuai ketika suami berada dirumah. Ketika itulah pekerja India akan datang membaiki apa-apa yang perlu dibaiki.Setelah beberapa kali menghadapi masalah yang sama; kebiasaannya saya akan cuba membaiki sendiri serta mengorek pai…

Bergaya didalam Rumah

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita masih mampu bernafas serta melakukan aktiviti sehari-hari.

Bila melayari internet terdapat pelbagai website yang mempromosi jualan pakaian wanita. Pelbagai corak dan warna disediakan untuk kita tampil bergaya diluar rumah agar nampak cantik pada pandangan masyarakat.

Apakah pula penampilan kita semasa dirumah? Apakah secantik penampilan diluar atau ala kadar? Kadang-kadang kita terlalu ingin orang luar tertarik dengan gaya dan fesyen pakaian kita, sehingga melupakan insan terdekat dengan kita.

Sepanjang bergaul dengan wanita Arab, saya melihat satu perbezaan ketara dengan cara kita. Bila diluar rumah, mereka cuma memakai abaya hitam dan tudung hitam tetapi bila berada dirumah mereka begitu bergaya, mengenakan pelbagai jenis pakaian yang cantik.

Alhamdulillah masih begitu ramai yang mempraktikkan cara terbaik untuk wanita berpakaian. Ketika berada dirumah, wanita bebas memakai apa saja menurut keinginan hati mereka, tanpa perlu memikirkan …

Petua Hilangkan Bau Dapur

Alhamdulillah akhirnya saya bertemu beberapa petua untuk dikongsikan bersama-sama ketika berada didapur. Alkisahnya seorang kawan menghadiahkan beberapa jenis ikan kering yang dibawa dari Malaysia. Memandangkan telah begitu lama tidak memakannya, saya cuba menggorengnya. Sayang sekali bau ikan kering memenuhi setiap ruang dirumah saya hinggakan anak-anak dan suami bertanya apakah bau tersebut. Sememangnya saya sudah sebati dengan bau tersebut sejak kecil lagi, tetapi ahli rumah ini tidak sanggup menyedut atau menghidu bau tersebut. Jadi saya terpaksa mencari serta mencuba beberapa petua untuk mengembalikan bau enak untuk ruangan dirumah saya. Diantara cara mudah yang saya amalkan ialah membersihkan lantai dapur dengan menggunakan cuka makan. Caranya ialah dengan mencampurkan secawan cuka makan kedalam air, dan siram ke lantai dapur dan mana-mana ruang yang ingin dineutralkan baunya. Pada mulanya bau cuka makan akan memenuhi ruang tersebut, namun akhirnya ia akan hilang bersama-sama de…