Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2010

Mendidik Anak Berani

Alhamdulillah, musim cuti sekolah kali ini pelbagai program boleh dilakukan dengan anak-anak, namun begitu anak-anak saya lebih gembira bermain dalam kumpulan. Berbagai-bagai aktiviti berkumpulan yang mereka lakukan tanpa dirancang.
Sebenarnya terdapat pelbagai kesan positif yang mampu mereka perolehi daripada permainan sehari-hari, walaupun kadang-kadang kita merasakan mereka membuang masa. 
Ini kerana dengan bermain mereka dapat melatih diri memupuk sifat-sifat positif dalam diri mereka. Ini termasuklah bagaimana menangani perasaan marah, bagaimana melatih diri menjaga lidah, tangan dan kaki. Tanpa bermain, kita tidak dapat melihat tindakbalas yang betul daripada anak-anak kita. Begitu juga mereka berpeluang berinteraksi sesama mereka.
Bagi saya berilah peluang anak-anak bermain semasa kecil, kerana ia dapat membentuk peribadi mereka sedari kecil.  
Namun begitu saya masih lagi tercari-cari formula untuk meningkatkan sifat berani dikalangan anak-anak. Ini kerana apabila anak-anak bera…