Posts

Showing posts with the label Bakat dan Anda

Bergaya didalam Rumah

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita masih mampu bernafas serta melakukan aktiviti sehari-hari. Bila melayari internet terdapat pelbagai website yang mempromosi jualan pakaian wanita. Pelbagai corak dan warna disediakan untuk kita tampil bergaya diluar rumah agar nampak cantik pada pandangan masyarakat. Apakah pula penampilan kita semasa dirumah? Apakah secantik penampilan diluar atau ala kadar? Kadang-kadang kita terlalu ingin orang luar tertarik dengan gaya dan fesyen pakaian kita, sehingga melupakan insan terdekat dengan kita. Sepanjang bergaul dengan wanita Arab, saya melihat satu perbezaan ketara dengan cara kita. Bila diluar rumah, mereka cuma memakai abaya hitam dan tudung hitam tetapi bila berada dirumah mereka begitu bergaya, mengenakan pelbagai jenis pakaian yang cantik. Alhamdulillah masih begitu ramai yang mempraktikkan cara terbaik untuk wanita berpakaian. Ketika berada dirumah, wanita bebas memakai apa saja menurut keinginan hati mereka, tanpa perlu memi...

Bila Berbakat...Kembangkanlah...

Bismillah... Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana mendapat kekuatan untuk mencoret disini. Alhamdulillah akhirnya blog ini mampu dihidupkan kembali... Saya minat untuk bercerita tentang bakat kerana ia begitu penting dalam kehidupan seorang insan. Apakah kita redha menjalani kehidupan sehari-hari melakukan perkara yang bukan terhasil daripada bakat kita? Allah swt menjadikan setiap orang memiliki keistimewaan tersendiri. Kita mempunyai bakat tertentu sama ada kita sedari ataupun tidak. Itulah tujuan hidup kita. Bila kita mengetahui apa sebenarnya kelebihan istimewa tersebut, kita akan terasa betapa berharganya kehidupan kita di alam ini. Ya, itulah suatu keistimewaan kita, tiada siapa mampu menidakkannya. Syukurlah kepada sesiapa yang telah berjaya menemui kelebihan tersebut serta mengembangkannya, kerana ia begitu berharga melebihi wang ringgit dan segala harta didunia ini. Bagi yang masih belum bertemu atau yang gagal menentukan mana satu keistimewaannya, anda masih b...

Bakat dan Pengangguran

Apakah kaitan antara bakat dan pengangguran? Apakah seseorang yang berbakat akan menganggur? Itulah persoalan yang selalu bermain-main dalam fikiran saya. Ini berdasarkan pemerhatian saya terhadap kehidupan pelajar hari ini. Dimana-mana saja kita mendengar keluhan tentang pengangguran. Itulah juga yang saya dengari semasa berkunjung ke Tunisia beberapa bulan lepas. Kebanyakan ibubapa mengeluh tentang kesukaran mendapatkan peluang pekerjaan untuk anak-anak mereka. Siapakah yang disalahkan? Tentu sekali pihak pemerintah yang tidak mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak mereka. Ketika itu saya telah menceritakan kepada beberapa orang daripada mereka tentang beberapa jenis pekerjaan yang boleh diperkenalkan dalam usaha membasmi pengangguran. Akan tetapi bagi mereka, cadangan saya tidak begitu sesuai dengan masyarakat mereka atas alasan corak pemikiran yang agak berbeza. Apa yang berlaku dalam masyarakat ialah mereka begitu terpengaruh dengan kerja-kerja yang dipandan...

Lagi Mengenai Bakat...

Alhamdulillah seminggu sebelum raya saya dijemput oleh pihak pengurusan sekolah anak untuk berbincang mengenai program sekolah. Pihak sekolah begitu mengambilberat tentang bakat pelajar serta ingin menganjurkan program pengukuhan bakat yang telah mereka cungkil. Tugas saya ialah berkongsi tentang bakat saya dalam seni khat serta memberi sedikit-sebanyak tips mengenai cara menulis khat yang betul. Ia adalah program susulan kepada siri pertama yang saya kendalikan pada awal tahun ini. Apakah bakat? Mengapa ia begitu penting dalam kehidupan kita? Apakah bakat tersebut lahir secara semulajadi ataupun ia perlu dicungkil?  Semua persoalan tersebut tergantung menanti penjelasan yang tepat mengenainya.  Apa yang pasti Allah mencipta manusia dengan keistimewaan tersendiri, yang mana ia punca kekuatan diri kita. Jika kita dapat mengenalpasti keistimewaan tersebut serta berusaha mengukuhkannya, kita akan rasa tenang dan gembira.   Akan tetapi hari ini tidak...

Lagi Mengenai Bakat...

Bakat adalah sebahagian daripada diri kita, jika kita mengetahui apakah bakat kita, kemudian kita kembangkan kebolehan tersebut dengan cara terancang, insya Allah kita akan mampu mengecap kemanisan dalam hidup kita. Teringat pula kisah dokumentari tentang sepasang suami-isteri yang menghabiskan masa selama 30 tahun, mengkaji dan menyelidik tentang sebuah kapal lama yang tenggelam, hidup mereka sekeluarga dihabiskan disitu, malah anak-anak mereka membesar dalam suasana itu. Walaupun akhirnya kajian tersebut ternyata gagal kerana kapal tersebut bukanlah kapal yang mereka anggap tinggalan sejarah, tetapi hasilnya amat baik, hubungan anak-beranak amat rapat, malah anak-anak mereka menghargai segala usaha kedua ibubapa mereka, dan mereka mampu memulakan bisnes berkaitan dengan kajian tersebut. Semasa menontonnya, saya berkata pada diri: "Sesungguhnya mereka begitu yakin dengan usaha yang mereka lakukan, tidak jemu melakukan aktiviti yang sama selama 30 tahun, akhirnya mereka berjaya...

Apa Bakat Saya?

Semasa pulang ke Malaysia tahun lepas, saya sempat membaca buku 'Apa Bakat Saya?" terbitan PTS. Namun begitu saya terlupa dimana saya letakkan buku tersebut, semestinya berada dikampung bersama-sama barangan lain yang saya tinggalkan. Apakah tujuan saya membaca buku tersebut ketika umur sudah mencecah 40 tahun? Apakah saya memerlukan motivasi daripada buku tersebut? Sebenarnya saya ingin memahami apakah pendapat penulis mengenai "bakat", lebih-lebih lagi saya ingin mencungkil bakat anak-anak. Biarlah mereka hidup dengan bakat mereka, agar mereka lebih berjaya dalam hidup mereka. Mengikut sistem pembelajaran disini, guru-guru suka mencungkil bakat pelajar, kemudian mereka diajar bagaimana untuk mengembangkan kebolehan tersebut. Alhamdulillah bakat anak-anak saya yang dikenalpasti oleh guru-guru sama dengan bakat yang kami telah kenalpasti dan kembangkan setakat ini. Mungkin saya kurang mengambilberat tentang bakat diri sendiri, disebabkan kesibukan mengejar ilmu, ...