Posts

Showing posts from December, 2011

Surirumah dan Keinginan Hati

Alhamdulillah setiap hari bekerja saya dapat meluangkan masa untuk berjalan-jalan dengan jiran, setelah anak-anak ke sekolah dan suami keluar bekerja. Jadi setiap hari saya dapat mempraktikkan bercakap Arab, alhamdulillah jiran ini begitu memahami bahawa saya tidak mampu berbahasa ammi, jadi beliau cuba sedaya-upaya menggunakan bahasa Arab formal. Macam-macam idea dikongsikan setiap pagi, daripada isu politik, sosial, keluarga dan hal-ehwal rumahtangga. Satu isu yang amat bermakna buat saya ialah mengenai surirumah dan keinginan hati. Alhamdulillah saya amat berbangga menjadi wanita Malaysia, kerana kita berpeluang melakukan banyak urusan dalam hidup kita walaupun setelah berumahtangga. Apa yang pasti, kita masih mampu bergerak bebas kesana-sini, masih mampu mempraktikkan apa-apa saja keinginan hati kita tanpa perlu melalui kata-kata negatif insan disekeliling kita. Corak kehidupan surirumah Malaysia amat berbeza daripada surirumah Arab, yang mana kita masih mampu meneruskan apa