Belajar di Rumah

Sekolah kerajaan Oman masih ditutup dan akan dibuka secara berperingkat-peringkat sehingga 3 Nov depan. Ini bermakna masih lama lagi masa untuk anak-anak berada dirumah. Sememangnya tahun ini musim cuti teramat panjang bermula awal Jun hingga November.

Anak-anak sudah semakin boring berada dirumah tanpa belajar. Mereka mula membilang hari bilakah mereka akan ke sekolah semula. Malah mereka mula mengkritik mengapa mereka masih perlu bercuti, sedangkan segala keperluan sekolah telah kami sediakan semenjak akhir Ramadhan lagi.

Alhamdulillah inilah peluang untuk saya menghidupkan semangat ingin belajar dalam diri mereka. Sekiranya pada awal musim cuti mereka terlalu liat bila disuruh belajar, tapi sekarang mereka yang terlalu ingin belajar.

Belajar di Rumah...itulah satu usaha yang boleh kami buat untuk menghilangkan kebosanan mereka berada dirumah. Tapi ia bukanlah homeschool seperti yang diamalkan oleh ramai ibu-ibu sekarang. Saya cuba mempraktikkan homeschool versi mak saya dahulu. Kami tetap ke sekolah seperti anak-anak lain tetapi belajar dengan ibu mengaji quran, menjahit, memasak dan urusan rumahtangga.

Di samping itu saya cuba mengatur masa ulangkaji anak-anak agar mereka lebih bersedia untuk ke sekolah semula.

Alhamdulillah terdapat pelbagai hikmah dalam penangguhan musim pembelajaran tahun ini. Moga ia akan menjadi titik permulaan anak-anak belajar dirumah, disamping menimba ilmu di sekolah.

Comments

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat