Cerita di Oman

Alhamdulillah setelah lama berehat, hari ini saya mulakan semula penulisan di sini, moga ia dapat menjadi terapi kepada saya yang makin malas menulis.

Alhamdulillah anak-anak telah mula bersekolah semula secara berperingkat-peringkat malah minggu ini perjumpaan persatuan ibu-ibu disekolah akan mula diadakan. Begitulah urusan hidup seorang surirumah, mestilah memastikan hubungan antara rumah dan sekolah berjalan dengan baik.

Memang kerajaan Oman begitu mengambil berat tentang kesihatan pelajar-pelajar mereka, pelbagai usaha dilakukan untuk memberi kesedaran kepada ibubapa pelajar tentang H1N1. Malah guru-guru ditugaskan untuk mengambil suhu badan pelajar setiap pagi sebelum pelajaran bermula. Ini adalah untuk memastikan setiap pelajar berada dalam keadaan sihat ketika berada di sekolah.

Akan tetapi sehebat manapun usaha yang dilakukan pasti tidak dapat mengatasi ketetapan Allah swt. Sekolah anak sulung saya terpaksa ditutup seminggu bermula daripada 11 Nov 2009, hanya selepas dua minggu dibuka, disebabkan terdapat beberapa orang pelajar disahkan positif H1N1.

Begitulah keadaan sesi pembelajaran sekolah kerajaan Oman tahun ini, sedangkan sekolah-sekolah swasta diteruskan seperti biasa tanpa apa-apa masalah.

Semoga niat yang baik mendapat ganjaran yang sepatutnya.

Comments

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat