Salam Idil Adha 1430H

Selamat Menyambut Idil Adha.

Semoga kita beroleh banyak pengajaran berkaitan dengan pengorbanan pada hari ini. Ini kerana kebiasaannya khutbah hariraya akan diselitkan dengan pelbagai kisah dan sejarah yang berkaitan dengan hari ini.

Alhamdulillah tahun ini Oman merayakan hariraya haji bersama-sama dengan umat Islam lain. Hariraya yang dikenali juga sebagai 'Eidul Akbar'. Ini kerana orang-orang Arab merayakan hari ini lebih meriah daripada hari raya puasa. Hari ini kawasan solat wanita di masjid juga penuh dengan wanita dan kanak-kanak, jika dibandingkan dengan solat raya puasa.

Keadaan ini amat berbeza dengan tradisi orang Malaysia termasuklah orang-orang Malaysia yang berada disini. Ini kerana kita melebihkan sambutan raya puasa, manakala sambutan raya haji ala kadar sahaja.

Malah disini tidak ada perjumpaan dibuat oleh pihak kedutaan semenjak lebih 4 tahun kami berada disini. Maka sambutan hari ini seolah-olah tiada dalam kalendar kedutaan, jika dibandingkan dengan perjumpaan hari raya puasa yang diadakan tiap-tiap tahun. Sayangnya kita tersilap memahami sunnah Rasul. Moga-moga kita tersedar tentang hal ini serta membetulkannya.

Alhamdulillah jadual raya kami masih tetap seperti dulu, melawat kampung Oman pada raya kedua atau ketiga, jadi kami tetap dapat merasakan kemeriahan raya ini disambut oleh orang-orang Oman.

Terkenang juga sambutan Idil Adha di Kelantan yang disambut begitu meriah, dengan jamuan makan daging korban sehingga beberapa hari selepas raya. Malah kenangan memakan daging sembelihan yang pertama beramai-ramai, dimana wanita memasak beramai-ramai dirumah tempat lembu dikorbankan, amat manis untuk dikenang.

Memang saya merindukan sambutan sebegitu.

Selamat Menyambut Eidul Adha. Kullu 'aam wa antum bi alf khair.






Comments

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat