Apa yang nak dikongsi?

Setiap hari saya membaca cerita-cerita menarik ditulis dalam pelbagai blog dan web. Ketika itu terasa kekurangan diri kerana tidak mampu menyampaikan pelbagai ilmu yang dipelajari selama ini.

Ketika pulang ke kampung kali ini saya bertekad untuk tidak menghadiri apa-apa majlis ilmu untuk mengelakkan pertambahan ilmu, (kerana tiada peluang menyampaikan) akan tetapi gagal kerana hati ini terlalu menyukai ilmu. Maka peluang berada ditanahair tidak saya sia-siakan, setiap minggu saya menjadi penunggu setia kuliah hujung minggu ditengah bandar Kota Bharu bersama-sama ribuan pendengar setia lain.

Alhamdulillah pelbagai tazkirah singgah ditelinga ini, amanat Tok Guru yang terasa amat menusuk ke kalbu ini. Memang begitu lama saya tidak menghadiri kuliah-kuliah sebegini, terutama kuliah yang disampaikan oleh Tok Guru. Terasa seolah-olah Tok Guru berbicara dengan diri ini secara langsung, malah saya terasa setiap persoalan dijawab oleh Tuan Guru dan penceramah-penceramah lain dengan jelas.

Kemudian saya menghadiri kursus perubatan Islam yang dianjurkan di Kota Bharu bersama-sama ramai lagi peserta dari dalam dan luar negeri Kelantan. Kemudian saya tertanya-tanya: "mengapa aku menghadiri lagi kelas, mengapa aku masih lagi meluangkan masa untuk belajar, walaupun aku tahu bahawa aku tidak mampu menyampaikan kepada orang lain?"

Memang saya tidak mampu untuk menyampaikan kepada orang lain, setiap ilmu yang dipelajari terpaksa dipendam sendiri menyebabkan perasaan bersalah sentiasa menghantui diri ini. Mungkin inilah kelemahan diri yang mesti saya atasi untuk menjadi insan yang berjaya.

Jadi apakah yang ingin saya kongsikan di sini? Entahlah...perkongsian pelbagai ilmu dari pelbagai sudut yang kebanyakannya saya lihat dari perspektif yang amat berbeza daripada orang lain. Akan tetapi satu demi satu idea itu dijelaskan dalam tulisan orang lain, jadi saya bertanya kepada diri "beranikah saya menyampaikan segala maklumat-maklumat tersebut?", "beranikah saya menyampaikannya sebelum orang lain?", "sampai bila saya ingin menunggu orang lain menyampaikan ilmu-ilmu tersebut".

Ya Allah berikanlah kekuatan kepada hamba-Mu ini untuk menyampaikan ilmu yang telah dipelajari selama ini, serta lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah segala urusanku. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat