Mencari Kekuatan Diri

Berada di rumah sepanjang masa boleh menyebabkan kita terasa boring, terkurung serta pelbagai lagi perasaan negatif yang akan timbul. Oleh itu kita mestilah menjadikan rumah kita sebagai syurga kita, walaupun kita kurang bertemu orangramai tapi hati kita terasa damai dan tenang setiap masa.

Namun begitu untuk mengekalkan rasa damai dan tenang setiap masa, kita perlu mencari kekuatan diri sendiri. Apakah kekuatan kita, apakah kelemahan diri kita? Apakah kita betul-betul mengenal diri kita? Sekiranya ya, bermakna kita mampu berada bersendirian ataupun menyertai mana-mana kelompok manusia. Lebih hebat lagi sekiranya kita mampu mewujudkan interaksi yang berguna didalam setiap kumpulan yang kita sertai.

Belajarlah untuk bersikap terbuka, mudah bergaul dengan orang-orang disekeliling kita terutama jiran-jiran kerana itu adalah sunnah. Kekuatan diri boleh didapati apabila kita sentiasa positif, walau apapun ujian yang kita hadapi. Oleh itu sentiasalah bersikap positif untuk membina 'rumahku syurgaku'.


Comments

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Bila Berbakat...Kembangkanlah...