Beberapa peringatan buat Diri...

"Jika kamu mahu kerja disiapkan, berikan tugas tersebut kepada insan yang sibuk" Ini kerana orang yang sibuk lebih tahu mengatur masa untuk menyiapkan tugasan mereka. Orang yang agak kurang sibuk selalunya menangguh-nangguhkan kerja mereka kerana menganggap masa masih banyak.

Manusia adalah sejenis mesin yang akan rosak jika tidak digunakan, ini kerana kita akan menggandakan tenaga kita dengan cara menggunakannya. Jika kita kurang membuat kerja, kurang melakukan aktiviti fizikal, maka otot-otot kita akan menjadi keras dan kaku, jadi manfaatkanlah ia dengan cara melakukan tugas-tugas kita dengan cergas.

Itulah sebabnya umat Islam diajar untuk solat, kerana bila kita solat kita akan menggerakkan anggota tubuh badan kita, jadi penggunaan tenaga akan berlaku disitu.

Tenaga manusia akan ada dengan cara menggunakannya, jika kita menghalang penggunaannya ia akan tersekat serta akan menyebabkan timbul pelbagai masalah penyakit kepada kita.

Secara ringkasnya tenaga fizikal akan bertambah melalui latihan fizikal, manakala tenaga mental dan spiritual kita akan bertambah dengan mempunyai niat yang jelas untuk dilaksanakan, serta selalu membuat keputusan.

Jadi gunakanlah tenaga kita...kerana ia tidak mahu disimpan...buatlah kerja-kerja yang bermanfaat buat diri dan keluarga kita.  

Comments

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat