Menagih Kasih-sayang

Alhamdulillah dua hari lepas saya sempat menghadiri program khas untuk ibu-ibu disekolah hero-hero saya belajar. Ada beberapa perkara yang disampaikan sebagai panduan ibu-ibu semasa mendidik anak-anak. Apa yang paling menarik bagi saya ialah penjelasan tentang anak-anak menagih kasih-sayang.

Inilah fenomena yang berlaku disekolah-sekolah sekarang, yang mana pelajar cuba menarik perhatian guru-guru, serta inginkan perhatian lebih diberikan kepada mereka, malah ada ketikanya mereka bergaduh hanya kerana inginkan perhatian guru.

Inilah dilema yang dihadapi guru-guru bila anak-anak kurang diberi perhatian semasa dirumah, mereka mencarinya disekolah. Alhamdulillah mereka mencarinya ditempat yang elok, tetapi jika guru tidak sempat memberi perhatian, maka anak-anak ini akan mencarinya diluar. Dari situ akan bermulalah masalah lain yang akhirnya akan menjadi masalah sosial yang serius.

Di antara isi perbincangan semasa perjumpaan tersebut ialah:
1. Ibu-ibu mestilah faham bahawa tugas mendidik bukannya tugas guru. Ini kerana masa yang diluangkan bersama guru hanya sekejap, iaitu satu dua kelas sahaja setiap hari, jika dihitung seminggu cuma beberapa jam sahaja, tetapi masa yang diluangkan bersama ibu mereka lebih panjang. Jadi ibu-ibu mestilah cuba merapati anak-anak mereka serta cuba memahami apa yang anak-anak inginkan.

2. Ibu-ibu mestilah cuba menyelesaikan masalah psikologi mereka jika inginkan anak-anak mereka merasa disayangi. Ini kerana ramai ibu yang bermasalah membiarkan anak-anak mereka tanpa perhatian yang sewajarnya. Atau dengan kata lain, anak-anak menjadi mangsa sama ada dengan kata-kata kesat, mudah memukul atau berleter, serta membiarkan anak-anak.
3. Anak-anak yang menagih kasih-sayang diluar berpunca daripada "'idman al''atifi". Mereka merasakan bahawa ibubapa tidak memahami mereka, jadi mereka mencarinya diluar. Ketika kecil mereka mungkin menganggap gurulah tempat mereka mendapatkan kasih-sayang tersebut, tetapi apabila meningkat remaja mereka akan beralih ke tempat lain, seperti mencari teman lelaki.

4. Manakala sebahagian lagi pelajar sekolah rendah mendapatinya dengan cara membuli rakan-rakan disekolah sama ada memukul, menyakiti hati kawan-kawan dan sebagainya.

Sebenarnya anak-anak yang kurang mendapat perhatian ibubapa, sama ada ibu mereka bekerja diluar ataupun tidak, sentiasa berusaha untuk mengisi kekurangan tersebut mengikut cara mereka. Jika mereka tersilap jalan, ibubapa jugalah yang akan merasa bersalah.

Jadi nasihat buat ibu-ibu, selalulah nyatakan kasih-sayang anda kepada anak-anak walaupun mereka sudah meningkat remaja. Jika kita gembira bila suami mengucapkan kata-kata cinta dan sayang kepada kita, begitu juga anak-anak...jangan biarkan jiwa mereka merasa kosong daripada kata-kata positif kita.

Moga anak-anak kita mampu membesar menjadi insan yang mengerti hati dan perasaan orang lain, juga sentiasa menghargai diri sendiri dan orang lain disekeliling mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat