Tenangnya Mereka...

Dalam kesibukan urusan seharian, apakah kita masih mampu mengekalkan sifat tenang kita?
Apakah kita masih mampu bersabar dengan pelbagai kerenah insan lain?
Apakah pula tidakan kita bila ditimpa musibah?

Sebenarnya saya berkesempatan bertemu dengan beberapa orang surirumah yang menyatakan bahawa mereka begitu tenang, hinggakan tidak terasa apa-apa apabila melihat anak-anak mereka jatuh ataupun bergaduh. Mereka menyatakan bahawa mereka seolah-olah lali dengan keadaan sebegitu.

Alhambulillah 'ala kulli hal...

Seronok juga jika kita mampu bersikap sebegitu, kita akan terasa tenang walau apapun yang berlaku disekeliling kita.

Teringat pula kejadian gempabumi dan tsunami di Jepun beberapa hari lepas. Saya amat kagum dengan sikap penduduk-penduduk Jepun yang ternyata amat tenang menghadapi suasana begitu.

Masih terbayang-bayang dimata bilamana menonton laporan operasi menyelamat dilakukan, ketika itu ada gambar seorang wanita muda mencari-cari ahli keluarga beliau ditempat runtuhan rumah mereka, yang sudah hancur lebur tetapi dalam keadaan yang amat tenang, begitu jaga gambar seorang lelaki tua yang diselamatkan diatas bumbung rumahnya.

Saya tertanya-tanya apakah amalan mereka, hinggakan mereka mampu bersikap begitu tenang bila menghadapi musibah besar sebegitu? Sebenarnya itulah sikap yang perlu ada dalam diri umat Islam apabila menerima musibah. Apakah kita juga mampu bersikap sebegitu?

Moga Allah memberi ketenangan kepada kita semua.


Comments

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat