Bila kita Membantu orang lain....

Salam Ramadhan...

Bila kita membantu orang lain, Allah akan membantu kerja-kerja kita...itulah diantara kata-kata yang selalu kita dengar dimana-mana.

Sememangnya itulah yang sebaik-baiknya kita lakukan, sentiasa bersedia untuk membantu insan-insan disekeliling kita.

Namun begitu apabila ungkapan tersebut diluaskan lagi meliputi pendidikan anak-anak, saya jadi tertanya-tanya, betulkah apabila kita mendidik anak-anak orang lain, maka anak-anak kita juga dengan sendirinya akan terdidik?

Teringat pula kisah seorang pensyarah yang sibuk dengan urusan mengajar, memberi ceramah agama serta tidak sempat meluangkan masa untuk mendidik anak-anak sendiri, akhirnya anak-anak beliau menjadi mangsa. Apakah dalam kes beliau yang ikhlas mendidik anak-anak orang lain, Allah tidak membantu mendidik anak-anak beliau? Ataupun ungkapan tersebut yang perlu kita teliti semula?

Apakah anak-anak kita akan terdidik jika kita sentiasa sibuk dengan urusan diluar? Apakah bentuk didikan yang akan diperolehi oleh anak-anak kita daripada orang luar? Adakah ia sama dengan apa yang kita inginkan?

Setelah berbincang dengan suami, saya menyimpulkan bahawa sesibuk manapun kita, pendidikan anak-anak kita tidak boleh diserahkan kepada insan lain. Ini kerana didikan ibubapa amat berbeza daripada cara didikan seorang guru, pengasuh ataupun pembantu rumah, yang mana didikan ibubapa memberi kekuatan emosi kepada anak-anak.

Anak-anak yang memiliki kekuatan emosi, akan mampu memahami perasaan orang lain serta insan disekeliling mereka.

Jadi walau sesibuk manapun kita membantu orang lain, luangkanlah masa untuk mendidik anak-anak kita sendiri. Janganlah kita termasuk ke dalam golongan orang yang diumpamakan di dalam peribahasa "kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan".

Moga Allah memudahkan kita melaksanakan tugas kita mendidik anak-anak untuk menjadi khalifah Allah dialam ini. Moga Allah memasukkan kita dan anak-anak kita ke dalam golongan orang-orang soleh dan solehah. Amin.






Comments

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Bila Berbakat...Kembangkanlah...