Kesihatan Keluarga ditangan Surirumah - 2

Sebenarnya banyak perkara yang ingin saya kongsikan tentang kesihatan keluarga ditangan kita. Diantaranya adalah:
1. pemakanan iaitu penyediaan makanan, pemilihan makanan, kuantiti makanan dan waktu makan.
2. aktiviti tubuh badan dan riadah.
3. potensi diri anak-anak.

Buat kali ini saya ingin menyambung perbincangan tentang pemakanan, iaitu memilih makanan keluarga.  

Diantara makanan yang amat baik untuk ahli keluarga kita ialah buah-buahan. Sebenarnya saya pernah menulis tentang kepentingan mendidik anak-anak memakan buah-buahan, kerana khasiatnya yang amat jelas, serta bermanfaat untuk tubuh. 

Malah masyarakat Malaysia amat bertuah kerana memiliki pelbagai jenis buah-buahan yang baik, serta terselamat daripada penggunaan bahan-bahan kimia. Ini kerana buah-buahan dinegara kita besar dan masak tanpa perlu penjagaan rapi, juga tanpa perlu guna bahan-bahan kimia seperti buah-buahan citrus. 

Yang seronoknya kita juga boleh dapatkan buah-buahan dalam harga yang amat rendah, serta boleh didapati sepanjang tahun, jika dibandingkan dengan manfaat yang akan kita perolehi. Jika kita mampu amalkan, kita akan mampu menyelamatkan RM kita daripada dibelanjakan untuk ke klinik-klinik kesihatan. 

Amalan memakan buah-buahan ini memang amat baik untuk kesihatan kita, serta tidak memudaratkan kita sekiranya terlebih makan. Ia berbeza daripada makanan yang dimasak, yang perlu diambil dalam kuantiti tertentu sahaja.

Malah jika kita menyediakan buah-buahan sebagai bahan sedia ada didalam peti sejuk di rumah-rumah kita, kita juga boleh mengurangkan bebanan memasak, serta boleh dijadikan 'snack' yang baik untuk anak-anak kita.

Namun begitu , kita mestilah pastikan kita memakan buah-buahan sebelum memakan makanan lain bukan selepasnya (sebagai pencuci mulut), kerana ketika itu manfaat buah tersebut lebih baik untuk tubuh kita. Sebenarnya bila anak-anak sudah terbiasa memakan buah-buahan, keperluan kepada makanan lain juga berkurangan.  

Moga amalan ini dapat membantu mengekalkan tahap kesihatan terbaik untuk anak-anak kita, untuk kebaikan masa depan mereka.

Ketika ini kita boleh memilih buah-buahan yang mempunyai anti-oksidan yang tinggi, yang mana bila ia diamalkan secara berterusan, anak-anak kita akan memiliki daya tahan tubuh yang tinggi.

Jangan lupa juga, apa yang Allah swt jadikan dinegara kita lebih sesuai untuk penduduk setempat, jadi kita tidak perlu memikirkan buah-buahan luar yang dijual dalam harga lebih tinggi. 

Surirumah yang bijak mampu memikirkan apakah yang terbaik untuk keluarga beliau, serta menyediakan hanya yang terbaik untuk keluarga mereka. Mengajar anak-anak memakan buah-buahan adalah menyemai tabiat pemakanan yang baik untuk mereka semenjak kecil lagi.

Moga Allah memudahkan kita melaksanakan niat kita ini, serta memberikan kesihatan yang baik untuk ahli keluarga kita.  

  

Comments

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Bila Berbakat...Kembangkanlah...