Skip to main content

Apakah masih belum Termotivasi?

Saya selalu bertanya diri sendiri, apakah aku masih belum termotivasi? Apakah cara lain yang perlu aku cari untuk mendapat motivasi?

Sememangnya bila kita berada dirumah, agak sukar untuk kita kekalkan semangat juang sebagaimana yang mampu kita lakukan ketika bekerja diluar rumah.

Bila kita bekerja diluar, kita akan lebih aktif dengan pelbagai keperluan dan tugas didalam dan diluar rumah, jadi setiap waktu kita terisi dengan jadual yang agak padat, hingga terkadang kita tidak sempat memanjakan diri sendiri.

Namun begitu bila berada dirumah terkadang kita jadi leka dengan ketenangan yang kita perolehi, tiada lagi hambatan tugasan kerja diluar, tiada lagi insan yang akan mengarah kita untuk melakukan itu dan ini. Semuanya mesti datang dari dalam diri kita.

Ya....semua tugasan yang kita lakukan dirumah mesti datang daripada keinginan diri kita...'apakah yang aku ingin buat...." bukannya 'apa yang aku mesti buat..."

Jika kita masih menganggap tugasan kita dirumah adalah 'satu kemestian kita', akhirnya kita akan terasa bosan dan tidak dapat menikmati kemanisan melakukannya.

Akan tetapi sekiranya kita melakukan setiap tugasan kita dengan penuh penghayatan kerana 'aku ingin buat...', akhirnya semua tugasan kita akan menjadi terapi kepada kita, yang mana akhirnya kita akan terasa tenang zahir dan batin.

Jadi motivasikan diri kita dengan melakukan segala urusan kita dirumah sebagaimana kita memenuhi keinginan hati kita sendiri.

Moga kita beroleh ketenangan dan motivasi yang berpanjangan.

Comments

  1. Assalamualaikum kak Aliza,
    betul tu, sama sprt yg suami saya selalu pesan...kalau nak buat sesuatu tu buatlah dgn rela & ikhlas dan bukannya kerana terpaksa.
    terima kasih byk yea kak sbb tulisan akak tlh byk memberi semangat kpd saya :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat

Alhamdulillah hari ini saya ingin berkongsi kegembiraan kerana telah berjaya menyelesaikan masalah utama di dapur tanpa bantuan orang lain. Memandangkan kami tinggal di apartment yang disediakan oleh majikan suami di sini, jadi kami tidak banyak pilihan. Redha dan bersyukur dengan apa yang ada meskipun kadang-kadang rasa sakit hati bila pelbagai masalah timbul. Alhamdulillah pihak pengurusan bangunan menyediakan perkhidmatan baikpulih secara percuma tetapi agak sukar untuk mendapatkan khidmat pekerja tersebut mengikut masa luang kami.Selalunya pekerja akan datang pada waktu pagi, saya akan mendiamkan diri, tidak berani membuka pintu kerana tinggal bersendirian.Apabila menghadapi masalah sinki tersumbat pula terpaksa tunggu berhari-hari untuk mendapat waktu yang sesuai ketika suami berada dirumah. Ketika itulah pekerja India akan datang membaiki apa-apa yang perlu dibaiki.Setelah beberapa kali menghadapi masalah yang sama; kebiasaannya saya akan cuba membaiki sendiri serta mengorek pai…

Bergaya didalam Rumah

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita masih mampu bernafas serta melakukan aktiviti sehari-hari.

Bila melayari internet terdapat pelbagai website yang mempromosi jualan pakaian wanita. Pelbagai corak dan warna disediakan untuk kita tampil bergaya diluar rumah agar nampak cantik pada pandangan masyarakat.

Apakah pula penampilan kita semasa dirumah? Apakah secantik penampilan diluar atau ala kadar? Kadang-kadang kita terlalu ingin orang luar tertarik dengan gaya dan fesyen pakaian kita, sehingga melupakan insan terdekat dengan kita.

Sepanjang bergaul dengan wanita Arab, saya melihat satu perbezaan ketara dengan cara kita. Bila diluar rumah, mereka cuma memakai abaya hitam dan tudung hitam tetapi bila berada dirumah mereka begitu bergaya, mengenakan pelbagai jenis pakaian yang cantik.

Alhamdulillah masih begitu ramai yang mempraktikkan cara terbaik untuk wanita berpakaian. Ketika berada dirumah, wanita bebas memakai apa saja menurut keinginan hati mereka, tanpa perlu memikirkan …

Detox tubuh dengan Inai

Dalam masyarakat melayu, inai dipakai dihujung jari ketika majlis perkahwinan sebagai tanda raja sehari, kemudian kita jarang menggunakannya lagi sedangkan ia mempunyai banyak manfaatnya.
Ada pula yang menganggap penggunaan inai sebagai kesan daripada adat orang Hindu, malah ramai yang menganggap wanita memakai inai sebagai 'tabarruj' iaitu berhias diri. Oleh itu memakai inai kurang diamalkan dikalangan wanita melayu.
Bila berada dikalangan orang-orang Sudan dan Oman, satu amalan wanita yang agak menarik ialah menggunakan inai. Wanita-wanita Sudan sentiasa memakai inai dijari tangan dan dikaki serta tapak kaki, begitu juga wanita Oman. Amalan ini diamalkan setiap ketika, lebih-lebih lagi pada perayaan tertentu. 
Pada mulanya saya agak tidak selesa melihat amalan ini, tambahan lagi bila melihat inai dilukis ditapak tangan dan kaki. Akhirnya setelah mencari maklumat tentang penggunaan inai didalam sunnah, saya tidak kekok lagi untuk menggunakannya juga.
Sebenarnya banyak manfaat in…