Ringkas dan Berkhasiat

Salam Ramadhan.. Moga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik buat kita sekeluarga.

Bila masuk Ramadhan cerita surirumah banyak berkait dengan makanan, kerana itulah tajuk utama yang dibincangkan dimana-mana.

Macam-macam resepi masakan dikongsi, anak-anak pula masing-masing sibuk dengan permintaan mereka. Jika nak diikuti semua permintaan anak-anak seharian lah ibu berada di dapur.

Sebenarnya Ramadhan bukanlah untuk makan, ia bulan untuk melatih kita kurangkan makan serta lebihkan ibadah. Namun begitu setiap kali Ramadhan datang umat Islam sibuk dengan makanan hinggalah akhirnya matlamat Ramadhan tak tercapai.

Apa kata kali ini kita cuba mendidik diri dan keluarga kita agar mencuba makanan ringkas tapi bekhasiat. Jadi ibu-ibu dapat mengurangkan masa berada didapur serta dapat menggantikannya dengan aktiviti lain.

Sebaik-baiknya banyakkan memakan buah-buahan segar ketika berbuka. Bagi saya ia lebih ringkas dan mudah.

Begitu juga makanan lain, cuba masak makanan yang ringkas kerana ia lebih berkhasiat untuk kita sekeluarga.

Teringat pula kata-kata Ibn Jawzi dalam buku Tibb Nabawi:
"makanan murakkab iaitu makanan bercampur-campur akan menyebabkan penyakit murakkab yang sukar diubati manakala makanan ringkas seperti makanan golongan badwi lebih sihat dan kurang menyebabkan penyakit, serta mudah diubati."

Jika dilihat pada corak pemakanan kita hari ini, amat jelas ia punca timbulnya pelbagai penyakit pelik dan sukar dirawat.

Maka jadikanlah Ramadhan ini bulan untuk kita mendidik diri dan keluarga kita untuk memilih makanan ringkas dan berkhasiat.

Comments

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Bila Berbakat...Kembangkanlah...