Skip to main content

Apa yang Telah Kau Buat dengan Hidupmu?

Satu persoalan yang selalu bermain difikiran ini ialah apakah yang telah aku lakukan setakat ini? Apakah kesan yang akan aku tinggalkan untuk ummah?
 
Soalan-soalan ini lebih mudah dijelaskan dengan satu soalan lagi iaitu "Apakah yang telah kau buat dengan hidupmu?"
 
Soalan-soalan ini menjadikan kita seorang yang akan memikirkan secara serius tentang kehidupan seharian kita, apakah ia berlalu tanpa apa-apa makna ataupun ia adalah sebahagian daripada gerakkerja untuk memenuhi tuntutan hidup kita sebagai khalifah Allah dialam ini.
 
Bila kita selalu berfikir tentang tujuan hidup kita, insya Allah jalan-jalan yang dilalui sehari-hari akan menuju ke arah mencari Redha Ilahi.
 
Namun jika jalan yang dipilih mengenepikan persoalan ini, mungkin hidup kita hanyalah untuk memenuhkan perut semata-mata. Moga dijauhkan daripada semua itu.
 
Kebanyakan surirumah hari ini adalah terdiri daripada insan-insan terpelajar, insan yang memiliki pelbagai bentuk ilmu bermanfaat, yang telah dikutip sepanjang hidup.
 
Jika kita berubah status kepada surirumah, ia bukan bermakna kita meninggalkan segala ilmu tersebut serta mula menceduk ilmu lain yang sesuai dengan status kita sebagai surirumah.

Sayangnya agama kita akan kehilangan ilmuan yang hebat bilamana surirumah tidak ingin lagi memikirkan persoalan ilmu seperti sebelum bergelar 'surirumah'.
 
Jadi mulai saat ini, cubalah kembali memikirkan apakah yang telah aku buat dengan ilmu yang telah ku tuntut selama ini? Carilah ruang untuk mempraktikkan ilmu-ilmu tersebut, agar kita kekal sebagai seorang 'surirumah terpelajar'.
 
Janganlah jadikan kehidupan dirumah sebagai alasan untuk melupakan kehebatan kita sewaktu bergelar seorang pelajar.

Moga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan setiap ilmu yang telah kita pelajari satu waktu dahulu. Amiin.

Comments

  1. It is indeed a shame that a person having spent years acquiring high ewducation stays home to do house chores. Raising children is not in itself a waste but one can do much more. Such a waste of talent is unforgiveable when we take into acoount the demand for help in education is so acute among our rural people, children in particular. Isn't it a reason why the great Prophet mentioned that extending useful education is one of the three sources of benefits to those who are deasd? - ilmun yuntafau bihi...

    The choice is in our hand. Lamenting over it serves no purpose. This is my view

    ReplyDelete
  2. Thanks Pakcik for your opinion...hopefully I can share more knowledge with the society here, especially the Arab Women.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat

Alhamdulillah hari ini saya ingin berkongsi kegembiraan kerana telah berjaya menyelesaikan masalah utama di dapur tanpa bantuan orang lain. Memandangkan kami tinggal di apartment yang disediakan oleh majikan suami di sini, jadi kami tidak banyak pilihan. Redha dan bersyukur dengan apa yang ada meskipun kadang-kadang rasa sakit hati bila pelbagai masalah timbul. Alhamdulillah pihak pengurusan bangunan menyediakan perkhidmatan baikpulih secara percuma tetapi agak sukar untuk mendapatkan khidmat pekerja tersebut mengikut masa luang kami.Selalunya pekerja akan datang pada waktu pagi, saya akan mendiamkan diri, tidak berani membuka pintu kerana tinggal bersendirian.Apabila menghadapi masalah sinki tersumbat pula terpaksa tunggu berhari-hari untuk mendapat waktu yang sesuai ketika suami berada dirumah. Ketika itulah pekerja India akan datang membaiki apa-apa yang perlu dibaiki.Setelah beberapa kali menghadapi masalah yang sama; kebiasaannya saya akan cuba membaiki sendiri serta mengorek pai…

Bergaya didalam Rumah

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita masih mampu bernafas serta melakukan aktiviti sehari-hari.

Bila melayari internet terdapat pelbagai website yang mempromosi jualan pakaian wanita. Pelbagai corak dan warna disediakan untuk kita tampil bergaya diluar rumah agar nampak cantik pada pandangan masyarakat.

Apakah pula penampilan kita semasa dirumah? Apakah secantik penampilan diluar atau ala kadar? Kadang-kadang kita terlalu ingin orang luar tertarik dengan gaya dan fesyen pakaian kita, sehingga melupakan insan terdekat dengan kita.

Sepanjang bergaul dengan wanita Arab, saya melihat satu perbezaan ketara dengan cara kita. Bila diluar rumah, mereka cuma memakai abaya hitam dan tudung hitam tetapi bila berada dirumah mereka begitu bergaya, mengenakan pelbagai jenis pakaian yang cantik.

Alhamdulillah masih begitu ramai yang mempraktikkan cara terbaik untuk wanita berpakaian. Ketika berada dirumah, wanita bebas memakai apa saja menurut keinginan hati mereka, tanpa perlu memikirkan …

Petua Hilangkan Bau Dapur

Alhamdulillah akhirnya saya bertemu beberapa petua untuk dikongsikan bersama-sama ketika berada didapur. Alkisahnya seorang kawan menghadiahkan beberapa jenis ikan kering yang dibawa dari Malaysia. Memandangkan telah begitu lama tidak memakannya, saya cuba menggorengnya. Sayang sekali bau ikan kering memenuhi setiap ruang dirumah saya hinggakan anak-anak dan suami bertanya apakah bau tersebut. Sememangnya saya sudah sebati dengan bau tersebut sejak kecil lagi, tetapi ahli rumah ini tidak sanggup menyedut atau menghidu bau tersebut. Jadi saya terpaksa mencari serta mencuba beberapa petua untuk mengembalikan bau enak untuk ruangan dirumah saya. Diantara cara mudah yang saya amalkan ialah membersihkan lantai dapur dengan menggunakan cuka makan. Caranya ialah dengan mencampurkan secawan cuka makan kedalam air, dan siram ke lantai dapur dan mana-mana ruang yang ingin dineutralkan baunya. Pada mulanya bau cuka makan akan memenuhi ruang tersebut, namun akhirnya ia akan hilang bersama-sama de…