Tip Bersihkan Sinki Tersumbat

Alhamdulillah hari ini saya ingin berkongsi kegembiraan kerana telah berjaya menyelesaikan masalah utama di dapur tanpa bantuan orang lain.

Memandangkan kami tinggal di apartment yang disediakan oleh majikan suami di sini, jadi kami tidak banyak pilihan. Redha dan bersyukur dengan apa yang ada meskipun kadang-kadang rasa sakit hati bila pelbagai masalah timbul.

Alhamdulillah pihak pengurusan bangunan menyediakan perkhidmatan baikpulih secara percuma tetapi agak sukar untuk mendapatkan khidmat pekerja tersebut mengikut masa luang kami.

Selalunya pekerja akan datang pada waktu pagi, saya akan mendiamkan diri, tidak berani membuka pintu kerana tinggal bersendirian.

Apabila menghadapi masalah sinki tersumbat pula terpaksa tunggu berhari-hari untuk mendapat waktu yang sesuai ketika suami berada dirumah. Ketika itulah pekerja India akan datang membaiki apa-apa yang perlu dibaiki.

Setelah beberapa kali menghadapi masalah yang sama; kebiasaannya saya akan cuba membaiki sendiri serta mengorek paip yang tersumbat.

Akan tetapi kali ini, saya gagal untuk menyelesaikan masalah dengan cara biasa, sinki tersumbat selama beberapa hari. Tiba-tiba terasa ingin mencuba petua dengan menggunakan bahan yang terdapat didapur.

Alhamdulillah setelah mencuba petua pertama yang saya jumpa, sata berjaya menyelesaikan masalah tersebut.

Cara yang saya lakukan ialah:
1-  Ambil 1 1/2 cawan garam kasar dilarutkan dengan secerek air panas yang baru menggelegak.

2. Tuangkan ke dalam sinki yang tersumbat; biarkan selama 20 minit; kemudian pamkan dengan menggunakan pam tangan. Air akan mula masuk sedikit demi sedikit.

3. Tuangkan secerek lagi air panas kedalam sinki tersebut; biarkan seperti tadi selama 20 minit, kemudian pamkan semula.

4. Ulangi untuk kali ketiga sehingga berjaya. Pengalaman saya ketika cubaan kali ketiga air sudah mengalir laju seolah-olah tiada masalah air tersumbat langsung.

Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menyelesaikan masalah tersebut, tanpa perlu bergantung kepada tukang paip.

Sebenarnya saya sudah bersedia dengan petua seterusnya jika petua pertama gagal. Alhamdulillah garam membantu menyelesaikan masalah saya.

Moga ia dapat menjadi panduan untuk surirumah yang menghadapi masalah yang sama; dalam masa yang sama kita dapat jimatkan duit upah pekerja.

Comments

  1. salam..puan..mekasih ats tips nya, mohon copy ye.buat rujukan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Anak-anak Remaja

Petua Hilangkan Bau Dapur