Mencari Ketenangan

Ketenangan tidak boleh digantikan dengan apa juga yang ada didunia ini. Apalah gunanya harta berjuta jika tiada ketenangan. Oleh sebab itulah kita dapati dimana-mana saja insan sanggup hidup ala kadar, asal ketenangan bertakhta dihati.

Islam mengajar kita pelbagai cara untuk mendapat ketenangan, dan yang paling utama ialah memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Bagaimanakah caranya? Jagailah amalan seharian kita kerana dari situ bermula ketenangan sejati. Kemudian sentiasalah bersangka baik terhadap apapun yang berlaku kepada kita, serta jauhilah daripada berkeluh-kesah. Insya Allah jika kita mampu menjaganya, kita akan mulai merasa tenang dalam urusan hidup kita. 

Perbaikilah sikap kita dengan sentiasa mengamalkan sikap positif, lama kelamaan ia akan dapat menghilangkan sifat-sifat negatif kita. Ketika itu juga kita akan dapat merasai ketenangan yang tiada tandingannya. 

Berusahalah untuk mencari ketenangan kerana wanita yang tidak tenang akan mudah melakukan perkara-perkara yang negatif seperti berleter, merungut, bermasam muka, mengata orang lain serta meninggikan suara dengan orang-orang tersayang. Sedangkan kesemua perbuatan tersebut begitu mudah untuk dihindari jika kita tenang. 

Lebih jauh lagi...orang yang tidak tenang juga mudah memulakan pergaduhan dengan orang lain, tanpa sebab-sebab yang jelas. 

Oleh itu berusahalah untuk mengekalkan ketenangan tersebut sepanjang masa, kerana ia adalah punca untuk kita kekal sihat dan ceria.

Comments

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Bila Berbakat...Kembangkanlah...