Skip to main content

Susahkah Berada di Rumah?

Saya selalu bertanya diri...susahkah berada dirumah? Suasana tenang, segala keinginan hati boleh dicapai, apa lagi yang saya inginkan?

Mungkin saya yang terlalu memikirkannya, maklumlah sudah terbiasa berada dialam pekerjaan, sudah biasa dilanda stress setiap hari. Bila berada dirumah terasa seakan-akan saya tidak berbuat apa-apa, walaupun rutin setiap hari dilaksanakan, termasuklah rutin membaca buku.

Suami selalu menyatakan bahawa saya akan kembali ceria jika saya bekerja diluar, tetapi saya menafikannya. Bagi saya, berada dirumah adalah anugerah Allah swt, jadi saya mestilah memanfaatkannya sebaik-baiknya. Ada suatu kurniaan yang mesti saya cari dari sini.

Bila ditambah kebiasaan hidup susah semenjak kecil, bila berada dalam situasi lapang sebegini.saya terasa seolah-oah kehilangan sesuatu. Tapi apakah ia?

Selalunya hati terasa tenang, tetapi bisikan-bisikan tentang mengapa saya memilih untuk berada dirumah, sedangkan saya boleh menabur bakti diluar, sentiasa menganggu diri ini.

Jadi jawapan saya ialah, saya mesti berbuat sesuatu dari rumah, agar saya mampu menghilangkan bisikan-bisikan tersebut daripada terus menganggu diri ini.

Saya mesti buktikan bahawa wanita terpelajar mampu berbuat sesuatu dari rumah. Moga Allah memberi kekuatan pada kita semua. Amin.




Comments

  1. Yes, as homemakers we need a sense of purpose to structure our day to day lives at home. With no outside pressure from the working world we need to develop self-motivation to become an effective and empowered surirumah.

    I personally find that there is so much to learn and do there is no time to feel bored with being at home!

    From healthy cooking and baking, holistic health, backyard gardening, sewing, organizing and home decorating on a budget, child development, pleasing my husband...

    I am absolutely convinced that I make more of an impact at home with my family than whatever I do outside for the 'nation's economy'!

    Salam perkenalan :)

    Alhamdulillah. I am grateful to stumble across your website. We homemakers need to support each other in our career in the home for the benefit of the ummah.

    Carry on!

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan Ummu Ali dan terima kasih atas perkongsian disini.
    Itulah yg pernah saya kongsikan satu ketika dulu, cuma kadang2 kita tidak mampu melakukannya dgn sepenuh hati kerana ada sesuatu yg ingin dicari bila berada dirumah.
    Ada sesuatu yg ingin dianalisa dan dikongsikan bersama2 insan yg pernah melalui pengalaman ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat

Alhamdulillah hari ini saya ingin berkongsi kegembiraan kerana telah berjaya menyelesaikan masalah utama di dapur tanpa bantuan orang lain. Memandangkan kami tinggal di apartment yang disediakan oleh majikan suami di sini, jadi kami tidak banyak pilihan. Redha dan bersyukur dengan apa yang ada meskipun kadang-kadang rasa sakit hati bila pelbagai masalah timbul. Alhamdulillah pihak pengurusan bangunan menyediakan perkhidmatan baikpulih secara percuma tetapi agak sukar untuk mendapatkan khidmat pekerja tersebut mengikut masa luang kami.Selalunya pekerja akan datang pada waktu pagi, saya akan mendiamkan diri, tidak berani membuka pintu kerana tinggal bersendirian.Apabila menghadapi masalah sinki tersumbat pula terpaksa tunggu berhari-hari untuk mendapat waktu yang sesuai ketika suami berada dirumah. Ketika itulah pekerja India akan datang membaiki apa-apa yang perlu dibaiki.Setelah beberapa kali menghadapi masalah yang sama; kebiasaannya saya akan cuba membaiki sendiri serta mengorek pai…

Bergaya didalam Rumah

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita masih mampu bernafas serta melakukan aktiviti sehari-hari.

Bila melayari internet terdapat pelbagai website yang mempromosi jualan pakaian wanita. Pelbagai corak dan warna disediakan untuk kita tampil bergaya diluar rumah agar nampak cantik pada pandangan masyarakat.

Apakah pula penampilan kita semasa dirumah? Apakah secantik penampilan diluar atau ala kadar? Kadang-kadang kita terlalu ingin orang luar tertarik dengan gaya dan fesyen pakaian kita, sehingga melupakan insan terdekat dengan kita.

Sepanjang bergaul dengan wanita Arab, saya melihat satu perbezaan ketara dengan cara kita. Bila diluar rumah, mereka cuma memakai abaya hitam dan tudung hitam tetapi bila berada dirumah mereka begitu bergaya, mengenakan pelbagai jenis pakaian yang cantik.

Alhamdulillah masih begitu ramai yang mempraktikkan cara terbaik untuk wanita berpakaian. Ketika berada dirumah, wanita bebas memakai apa saja menurut keinginan hati mereka, tanpa perlu memikirkan …

Detox tubuh dengan Inai

Dalam masyarakat melayu, inai dipakai dihujung jari ketika majlis perkahwinan sebagai tanda raja sehari, kemudian kita jarang menggunakannya lagi sedangkan ia mempunyai banyak manfaatnya.
Ada pula yang menganggap penggunaan inai sebagai kesan daripada adat orang Hindu, malah ramai yang menganggap wanita memakai inai sebagai 'tabarruj' iaitu berhias diri. Oleh itu memakai inai kurang diamalkan dikalangan wanita melayu.
Bila berada dikalangan orang-orang Sudan dan Oman, satu amalan wanita yang agak menarik ialah menggunakan inai. Wanita-wanita Sudan sentiasa memakai inai dijari tangan dan dikaki serta tapak kaki, begitu juga wanita Oman. Amalan ini diamalkan setiap ketika, lebih-lebih lagi pada perayaan tertentu. 
Pada mulanya saya agak tidak selesa melihat amalan ini, tambahan lagi bila melihat inai dilukis ditapak tangan dan kaki. Akhirnya setelah mencari maklumat tentang penggunaan inai didalam sunnah, saya tidak kekok lagi untuk menggunakannya juga.
Sebenarnya banyak manfaat in…