Bila Suami Sakit

Alhamdulillah saya masih mempunyai kesempatan untuk mencatat disini.

Sebagai surirumah, kitalah pengurus rumahtangga, mengurus ahli keluarga kita setiap masa. Jika ada ahli keluarga yang kurang sihat, kita mampu meluangkan lebih masa untuk bersama-sama mereka. Situasi ini amat berbeza daripada masa kita bekerja.

Alhamdulillah bila kita fokuskan perhatian kita sepenuhnya untuk keluarga, kita akan merasa lebih tenang bila menghadapi keadaan sukar dalam hidup kita. Ini kerana kita tidak perlu memikirkan urusan lain diluar rumah. 

Sebagai insan kita tidak boleh lari daripada menerima ujian, diri sendiri ataupun pasangan hidup kita sakit.

Apakah tindakan kita bila menghadapi situasi sebegini?
Bagi setiap pasangan, apabila pasangan kita sakit, kita terasa seolah-olah diri kita juga tidak tenang, segala perhatian diperuntukan untuk memberi kekuatan kepada pasangan kita menghadapi masa-masa sukar mereka.

Seboleh-bolehnya kita ingin mengetahui perkembangan kesihatan pasangan kita, jika kita mampu duduk sama mendengar penjelasan doktor, kita akan berasa lebih tenang.

Namun begitu ada kalanya kita tidak mampu memenuhi keinginan hati kita kerana peraturan tertentu yang diwujudkan. Ataupun kesukaran mengatur urusan anak-anak yang juga memerlukan perhatian.

Walauapapun alasannya, sebagai pasangan yang berilmu, utamakanlah yang lebih penting serta berbincanglah selalu dengan pasangan kita.

Kadang-kadang saya terfikir, sepanjang tempoh perkahwinan cuma sekali-sekala pasangan kita sakit, ketika itulah si dia perlukan perhatian kita, mampukah kita laksanakan tanggungjawab kita sebaik-baiknya pada waktu itu?

Sayangnya hari ini, kita terpaksa menerima hakikat bahawa ketika saat-saat genting itulah kita menyerahkan urusan tersebut sepenuhnya kepada pihak hospital. Ada kalanya urusan melayan keperluan suamipun diserahkan kepada jururawat yang bertugas.

Alhamdulillah di Malaysia, kita dibenarkan untuk tinggal di wad ketika pasangan kita sakit, ketika itulah baru terasa betapa manisnya jika kita dapat berkhidmat untuk suami kita sepenuh masa.

Namun begitu, disini isteri tidak dibenarkan berada bersama-sama suami ketika mereka memerlukan perhatian, atas alasan suami berada diwad lelaki. Jadi khidmat tersebut diambilalih sepenuhnya oleh jururawat, ataupun ahli keluarga lelaki.

Sedihnya melihat dan memikirkan fenomena ini...moga ada perubahan suatu hari nanti. Ketika ini barulah terasa indahnya jika berada ditanahair sendiri.


Comments

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat