Kembali Bersemangat

Alhamdulillah pagi ini tergerak tangan ini untuk menaip sesuatu untuk blog ini yang sudah berbulan-bulan tidak diupdate. Apakah tuan punya blog ini masih bermotivasi untuk menulis disini?

Sebenarnya tiap kali menatap blog ini hati saya menjadi sayu, sedih kerana terasa tiada apa yang dapat dikongsikan, sedangkan banyak pengalaman bersama-sama surirumah disini dapat dikongsikan. 

Jadi bertepatan dengan hari Arafah ini, saya akan mula berkongsi beberapa idea yang saya perolehi disini, sama ada daripada pembacaan ataupun pengalaman sehari-hari.  

Alhamdulillah saya masih lagi berusaha membantu rakan-rakan surirumah disini untuk menikmati keindahan hidup ini. Apa yang pasti, saya ingin melihat mereka ceria dan bersemangat dalam hidup setelah bertahun-tahun hidup diperantauan, jauh daripada sanak-saudara.

Sebenarnya ia turut membantu diri saya membina jatidiri semula, membina kekuatan diri sendiri, agar dalam masa yang sama saya dapat membantu rakan-rakan lain meneruskan kehidupan dengan ceria.

Sesungguhnya hidup diperantauan agak menekan diri, jika tidak kena caranya. Ia mampu diubah menjadi manis dan bermakna jika kita bersikap terbuka dan bersedia untuk menghulurkan salam persaudaraan sesama kita. 

Namun begitu ramai yang memilih untuk bersendirian, mengasingkan diri daripada masyarakat sekeliling hingga akhirnya mereka mendapat pelbagai penyakit moden hari ini.

Bila berada jauh daripada sanak-saudara, kepada siapa lagi kita dapat mengadu selain suami dan anak-anak, ataupun memendam masalah bersendirian.

Akan tetapi sekiranya kita mempunyai kumpulan sokongan diluar, terutamanya jiran-jiran kita akan dapat mengurangkan tekanan tersebut dengan lebih baik.

Maka betullah anjuran Rasulullah saw agar kita berbuat baik dengan jiran. Ingatlah selalu jiran kita, bertanyalah khabar mereka, kerana itu adalah sunnah.

Sebagaimana sabda baginda "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka berbuat baiklah dengan jiran." Dalam hadis lain baginda mengingatkan agar kita tidak menyakiti hati jiran.

Apa-apapun surirumahlah yang memainkan peranan penting dalam hubungan dengan jiran, kerana anda lebih tahu apa yang dapat dibantu. Itulah sumbangan pertama surirumah selepas tanggungjawab dengan keluarga sendiri.

Jadi keluarlah berkenalan dengan jiran kita serta berbuat baiklah dengan mereka, moga kita mendapat kekuatan. Jom lakukan bersama-sama.

Comments

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat