Surirumah Baru

Alhamdulillah peluang berada dikampung serta menghadiri majlis kenduri saudara-mara serta jiran sekampung begitu bermakna. Apatah lagi bagi saya yang teramat jarang berpeluang menghadiri majlis-majlis sebegini.

Terimakasih buat suami yang begitu memahami serta menggalakkan saya untuk balik kampung, walaupun hati ini kurang selesa meninggalkan beliau serta anak-anak dirantau orang.

Bila bercerita tentang kenduri, kita bercerita tentang surirumah baru, iaitu pengantin baru. Wanita-wanita yang baru menjejaki alam rumahtangga, dengan pelbagai impian yang diburu.

Jika dilihat kepada persiapan kenduri kahwin hari ini, kita dapat melihat surirumah yang memiliki impian tinggi melangit, moga impian itu akan tercapai akhirnya.

Apakah kemeriahan majlis perkahwinan itu mampu berterusan pada hari-hari berikutnya? Ataupun kehidupan selepasnya dipenuhi dengan kisah-kisah bagaimana ingin melunaskan hutang-piutang untuk menghidupkan majlis impian sebagai raja sehari?

Apa yang pasti wanita-wanita ini adalah surirumah baru, yang semestinya baru belajar mengharungi hidup berumahtangga. Moga hari-hari terawal dalam kehidupan berumahtangga menjadi kenangan manis sepanjang hidup, bukannya titik mula kepada keretakan.
Belajarlah bertoleransi, belajarlah menerima kehidupan baru bersama-sama keluarga suami...belajarlah menerima kekurangan dan kelebihan mereka, sentiasalah buka pintu hati kita untuk menerima kasih yang dihulurkan mereka.

Janganlah jadikan ahli keluarga suami sebagai musuh kita, meskipun mereka orang-orang baru dalam hidup kita.

Ingatlah selalu, bila kita berkahwin kita mestilah belajar menerima. Sebelum menerima kitalah yang mesti memberi...berikanlah senyuman tanda kasih-sayang kita kepada mereka yang baru memasuki alam hidup kita.

Moga rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke syurga.

Comments

  1. Saya terbaca posting lama yang saya tuis dan ternampak catatan Aliza. Jadi saya melihat siapa Aliza dan memberi salam hormat.

    Tak banyak suri rumah berpelajaran tinggi menulis berkenaan pentingnya sumbangan dirumah. Aliza dan seorang pembaca Umi Ali ada menyatakan persetujuan dengan apa yang Aliza tulis.

    Saya ingin menyatakan betapa bahagianya hidup saya sekeluarga yang sudah melebihi 45 tahun semata mata dengan sumbangan isteri sepenuh masa dirumah. Tak munkin kejayaan saya dalam apa yang telah berjaya tanpa isteri saya yang menyokong penuh. Apatah lagi apa yang saya telah lakukan dalam masa 17 tahun terbelakang membuat amal untuk masyarakat. Sekarang ini pula bertambah dengan permintaan dari Darul Akhyar yang baru dibuka dengan lebih 100 anak anak fakir miskin dan yatim.

    Selamat bertugas. dan salam saya kepada Aliza sekeluarga.

    Pakcik Hassan: www.almanar-nuri.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Bila Berbakat...Kembangkanlah...