Skip to main content

Kebahagiaanmu dari dalam Dirimu...

Kebahagiaanmu berada dalam dirimu, mengapa kita perlu mencarinya jauh-jauh, kadangkala kita terpaksa bermusafir untuk mendapatkannya.

Inilah diantara tajuk-tajuk yang terdapat dalam buku "La Tahzan..wabtasim lilhayat". Bila membaca tajuk buku tersebut saya ingatkan buku Dr. Aidh Qarni, rupa-rupanya buku ini tulisan Mahmud Misri. Jadi inilah peluang menambah input baru daripada penulis lain mengenai "Jangan bersedih".

Di antara pesanan ringkasnya ialah:
1- Kebahagiaan itu berada didalam dirimu.
2- Kebahagiaan kita berada pada keimanan kita pada Allah swt.
3- Kebahagiaan kita berada pada keredhaan kita kepada Allah dan keredhaan-Nya pada kita.
4- Kebahagiaan kita apabila kita bersahabat dengan kitab suci al-Quran serta mengamalkan setiap ajaran didalamnya.
5- Kebahagiaan kita apabila kita mampu mengembirakan hati orang-orang susah, anak-anak yatim, orang-orang sakit dan orang yang sedang bersedih.
6- Kebahagiaan kita juga apabila kita zuhud didunia ini, serta berusaha untuk mendapatkan kelebihan hidup diakhirat.

Jadi berusahalah untuk mewujudkan kebahagiaan dari dalam diri kita, kerana apabila kita bahagia dengan diri kita, kita akan mampu membantu orang-orang disekeliling kita untuk turut sama berbahagia.

Berbahagialah daripada sekarang, jangan tunggu hari esok.



Comments

Popular posts from this blog

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat

Alhamdulillah hari ini saya ingin berkongsi kegembiraan kerana telah berjaya menyelesaikan masalah utama di dapur tanpa bantuan orang lain. Memandangkan kami tinggal di apartment yang disediakan oleh majikan suami di sini, jadi kami tidak banyak pilihan. Redha dan bersyukur dengan apa yang ada meskipun kadang-kadang rasa sakit hati bila pelbagai masalah timbul. Alhamdulillah pihak pengurusan bangunan menyediakan perkhidmatan baikpulih secara percuma tetapi agak sukar untuk mendapatkan khidmat pekerja tersebut mengikut masa luang kami.Selalunya pekerja akan datang pada waktu pagi, saya akan mendiamkan diri, tidak berani membuka pintu kerana tinggal bersendirian.Apabila menghadapi masalah sinki tersumbat pula terpaksa tunggu berhari-hari untuk mendapat waktu yang sesuai ketika suami berada dirumah. Ketika itulah pekerja India akan datang membaiki apa-apa yang perlu dibaiki.Setelah beberapa kali menghadapi masalah yang sama; kebiasaannya saya akan cuba membaiki sendiri serta mengorek pai…

Bergaya didalam Rumah

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita masih mampu bernafas serta melakukan aktiviti sehari-hari.

Bila melayari internet terdapat pelbagai website yang mempromosi jualan pakaian wanita. Pelbagai corak dan warna disediakan untuk kita tampil bergaya diluar rumah agar nampak cantik pada pandangan masyarakat.

Apakah pula penampilan kita semasa dirumah? Apakah secantik penampilan diluar atau ala kadar? Kadang-kadang kita terlalu ingin orang luar tertarik dengan gaya dan fesyen pakaian kita, sehingga melupakan insan terdekat dengan kita.

Sepanjang bergaul dengan wanita Arab, saya melihat satu perbezaan ketara dengan cara kita. Bila diluar rumah, mereka cuma memakai abaya hitam dan tudung hitam tetapi bila berada dirumah mereka begitu bergaya, mengenakan pelbagai jenis pakaian yang cantik.

Alhamdulillah masih begitu ramai yang mempraktikkan cara terbaik untuk wanita berpakaian. Ketika berada dirumah, wanita bebas memakai apa saja menurut keinginan hati mereka, tanpa perlu memikirkan …

Petua Hilangkan Bau Dapur

Alhamdulillah akhirnya saya bertemu beberapa petua untuk dikongsikan bersama-sama ketika berada didapur. Alkisahnya seorang kawan menghadiahkan beberapa jenis ikan kering yang dibawa dari Malaysia. Memandangkan telah begitu lama tidak memakannya, saya cuba menggorengnya. Sayang sekali bau ikan kering memenuhi setiap ruang dirumah saya hinggakan anak-anak dan suami bertanya apakah bau tersebut. Sememangnya saya sudah sebati dengan bau tersebut sejak kecil lagi, tetapi ahli rumah ini tidak sanggup menyedut atau menghidu bau tersebut. Jadi saya terpaksa mencari serta mencuba beberapa petua untuk mengembalikan bau enak untuk ruangan dirumah saya. Diantara cara mudah yang saya amalkan ialah membersihkan lantai dapur dengan menggunakan cuka makan. Caranya ialah dengan mencampurkan secawan cuka makan kedalam air, dan siram ke lantai dapur dan mana-mana ruang yang ingin dineutralkan baunya. Pada mulanya bau cuka makan akan memenuhi ruang tersebut, namun akhirnya ia akan hilang bersama-sama de…