Skip to main content

Mengurus makanan...

Alhamdulillah hari ini saya ingin berkongsi tentang pengurusan makanan dirumah. Apa pula ceritanya ni?
Apakah makanan pun perlu diurus?

Sebenarnya mengurus makanan adalah diantara kerja surirumah yang tidak boleh dibiar begitu sahaja. Apa maksudnya mengurus makanan?

Mengurus makanan bermula daripada pemilihan bahan makanan yang sesuai, membeli, menyimpan, memasak serta mengitar semula makanan. Maknanya banyak juga urusan berkaitan makanan ni.

Ramai yang sukakan kesenangan dengan membeli makanan dari luar, menyediakan makanan daripada makanan sejukbeku, ataupun membeli pes-pes dan segala jenis campuran sedia ada dipasaran sebagaimana yang selalu ditunjukkan dalam iklan di Malaysia.

Bila melihat segala macam makanan sedia ada terjual diluar, apa perlunya wanita mengurus makanan, beli sahaja dari luar, hati lebih senang, serta dapat gunakan masa untuk membuat kerja-kerja lain. 

Tapi hati kecil wanita tetap ingin menyediakan sesuatu dari air tangan sendiri buat keluarga tercinta. Bagi yang terlalu sibuk, paling kurang mereka pastikan tiap hujung minggu mereka akan menyediakan makanan masakan sendiri untuk ahli keluarga mereka. Ini kerana air tangan ibu atau isteri itulah pengikat hati dalam keluarga kita.

Bila bersembang dengan wanita-wanita Arab tentang makanan, saya membuat kesimpulan bahawa mereka amat mengambilberat tentang pemakanan keluarga. Tambahan lagi suami-suami mereka lebih suka makan dirumah bersama-sama ahli keluarga. Ini termasuklah suami saya yang lebih suka makan makanan dirumah walaupun ia hanya ala kadar.

Alhamdulillah bila berada di sini hati saya lebih tenang kerana saya boleh memilih pelbagai bahan makanan keluaran syarikat Islam, tidak seperti keadaan ketika berada di Kuala Lumpur. Di sana kami memilih untuk memakan lebih banyak buah kerana kami tidak perlu risau tentang halal haramnya, tambahan lagi harganya yang murah dan berkhasiat.

Jadi bila bercerita tentang mengurus makanan, saya sebenarnya ingin fokuskan kepada mengitar semula makanan. Inilah diantara topik yang selalu saya bincangkan dengan jiran-jiran disini.

Apa perlunya kita mengitar semula makanan?
Dalam kehidupan sehari-hari, kita selalu mempunyai lebihan makanan yang mana nak dibuang terasa sayang. Inilah realiti yang berlaku dalam masyarakat yang berduit.

Bagi yang tak berduit makan apa saja yang ada, tapi bila bersama-sama dengan orang yang agak berduit, masalah lebihan makanan ini selalu kita dengar. Bila dah lebih nak hulurkan pada jiranpun terasa malu, nak buang membazir sedangkan makanan tersebut masih elok dan boleh dimakan. 

Alhamdulillah semenjak kecil saya selalu melihat bagaimana ibu saya mengitar semula makanan dirumah, jadi ia tidak menjadi masalah buat saya tapi ibu saya tidak perlu selalu melakukannya, kerana makanan keluarga kami hanyalah sekadarnya.

Akan tetapi bila bersama-sama jiran, topik inilah yang selalu saya sebutkan. Jadi ketika itu banyaklah resepi makanan kitar semula boleh saya ketengahkan pada mereka. Selalunya pertanyaan mereka, apa nak buat dengan nasi berlebihan? Selalunya cadangan saya buat nasi goreng, nasi telur bungkus dan apa-apa yang boleh menukar makanan tersebut menjadi nama lain serta sedap dimakan.

Manakala lauk-pauk bolehlah kita hancurkan dan jadikan bahan untuk sediakan pizza atau roti berinti, ataupun isi karipap, isi ikan atau daging untuk tart, sardin gulung serta pelbagai resepi lain. Dengan cara ini kita dapat mengelakkan daripada membuang makanan yang tidak habis dimakan. 

Sebenarnya ia memerlukan kekreatifan kita dalam mengurus keperluan makanan keluarga kita. Malah tugasan ini tidak boleh kita lepaskan pada orang lain. 

Malah dalam hidup Rasulullah saw, baginda bertanya kepada isteri-isteri baginda tentang makanan, apakah ada makanan yang boleh mereka makan, jika tiada baginda akan niat untuk berpuasa pada hari tersebut. 

Jadi sama-samalah kita menjadi golongan surirumah yang tahu mengurus makanan keluarga dengan sebaik-baiknya agar kita tidak termasuk ke dalam golongan yang membazir.    







Comments

  1. salam...

    mak sy pun slalu ajar spy xbuang2 mknn dan kitar semula selagi boleh . Suami pun sama , jenis suka mkn di rumah dan pandai kitar semula mknn kalau dia duduk di dapur . :)

    terima kasih byk2 kongsi mklumat sbgini..lain kali kongsi resepi ala kadar pula ye,yg xpress2 utk org beranak kecik mcm sy ni ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat

Alhamdulillah hari ini saya ingin berkongsi kegembiraan kerana telah berjaya menyelesaikan masalah utama di dapur tanpa bantuan orang lain. Memandangkan kami tinggal di apartment yang disediakan oleh majikan suami di sini, jadi kami tidak banyak pilihan. Redha dan bersyukur dengan apa yang ada meskipun kadang-kadang rasa sakit hati bila pelbagai masalah timbul. Alhamdulillah pihak pengurusan bangunan menyediakan perkhidmatan baikpulih secara percuma tetapi agak sukar untuk mendapatkan khidmat pekerja tersebut mengikut masa luang kami.Selalunya pekerja akan datang pada waktu pagi, saya akan mendiamkan diri, tidak berani membuka pintu kerana tinggal bersendirian.Apabila menghadapi masalah sinki tersumbat pula terpaksa tunggu berhari-hari untuk mendapat waktu yang sesuai ketika suami berada dirumah. Ketika itulah pekerja India akan datang membaiki apa-apa yang perlu dibaiki.Setelah beberapa kali menghadapi masalah yang sama; kebiasaannya saya akan cuba membaiki sendiri serta mengorek pai…

Bergaya didalam Rumah

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita masih mampu bernafas serta melakukan aktiviti sehari-hari.

Bila melayari internet terdapat pelbagai website yang mempromosi jualan pakaian wanita. Pelbagai corak dan warna disediakan untuk kita tampil bergaya diluar rumah agar nampak cantik pada pandangan masyarakat.

Apakah pula penampilan kita semasa dirumah? Apakah secantik penampilan diluar atau ala kadar? Kadang-kadang kita terlalu ingin orang luar tertarik dengan gaya dan fesyen pakaian kita, sehingga melupakan insan terdekat dengan kita.

Sepanjang bergaul dengan wanita Arab, saya melihat satu perbezaan ketara dengan cara kita. Bila diluar rumah, mereka cuma memakai abaya hitam dan tudung hitam tetapi bila berada dirumah mereka begitu bergaya, mengenakan pelbagai jenis pakaian yang cantik.

Alhamdulillah masih begitu ramai yang mempraktikkan cara terbaik untuk wanita berpakaian. Ketika berada dirumah, wanita bebas memakai apa saja menurut keinginan hati mereka, tanpa perlu memikirkan …

Detox tubuh dengan Inai

Dalam masyarakat melayu, inai dipakai dihujung jari ketika majlis perkahwinan sebagai tanda raja sehari, kemudian kita jarang menggunakannya lagi sedangkan ia mempunyai banyak manfaatnya.
Ada pula yang menganggap penggunaan inai sebagai kesan daripada adat orang Hindu, malah ramai yang menganggap wanita memakai inai sebagai 'tabarruj' iaitu berhias diri. Oleh itu memakai inai kurang diamalkan dikalangan wanita melayu.
Bila berada dikalangan orang-orang Sudan dan Oman, satu amalan wanita yang agak menarik ialah menggunakan inai. Wanita-wanita Sudan sentiasa memakai inai dijari tangan dan dikaki serta tapak kaki, begitu juga wanita Oman. Amalan ini diamalkan setiap ketika, lebih-lebih lagi pada perayaan tertentu. 
Pada mulanya saya agak tidak selesa melihat amalan ini, tambahan lagi bila melihat inai dilukis ditapak tangan dan kaki. Akhirnya setelah mencari maklumat tentang penggunaan inai didalam sunnah, saya tidak kekok lagi untuk menggunakannya juga.
Sebenarnya banyak manfaat in…