Makanan dan Ubat
Alhamdulillah banyak ilmu yang mampu saya perolehi ketika bergaul dengan orang-orang Arab disini. Begitu juga ketika menonton TV bersama anak-anak.
Satu perkara yang ingin saya kongsikan ialah diantara amalan orang Arab yang menyediakan makanan dan minuman harian daripada bahan-bahan yang mengandungi unsur-unsur perubatan.
Sebagai contoh menyediakan minuman harian daripada halba yang mempunyai khasiat yang besar untuk mengelakkan selsema dan batuk, begitu juga minuman barli dan serat gandum.
Begitu juga mereka memasukkan habbatus sauda', minyak zaitun, za'faran dan lain-lain ke dalam makanan yang dimasak. Bagi saya, inilah cara terbaik untuk kita memastikan kesihatan ahli keluarga kita terjaga dengan baik.
Bila menonton program tentang cara wanita menyediakan masakan harian, itulah satu ciri yang tidak ada dalam masyarakat kita. Kita mengasingkan makanan dan ubat, sedangkan bila kita mengabungkannya dalam satu masakan, ia lebih mudah dan senang.
Begitu juga cara memasak yang agak berbeza, kebanyakan resepi nusantara berasaskan tumis dan goreng, sedangkan resepi-resepi Arab banyak menggunakan oven ketika memasak.
Apakah surirumah perlu memikirkan kembali tentang perkara ini, dengan menyediakan makanan sihat untuk keluarga kita? Mencegah lebih baik daripada merawat, mulakan sedikit demi sedikit kerana bukan senang untuk kita menukar cara makan keluarga kita sekaligus.
Moga kita berfikir untuk kebaikan insan tersayang dengan menjadikan masakan kita sebagai satu ubat untuk mereka.
amat bagus nie!
ReplyDelete